About This Blog

“Maecen tempu tel lus egetof condimentum rhoncus se quam semper libero”
by Namquam Adipiscing
Delete this widget from your Dashboard and add your own words. This is just an example!
3

Pindah...

|

18 December 2010

Sejuk nak mampuih. Tak muhung hangpa aih. Kalau aku kata sejuk ni lain daripada yang lain, nampak macam aku bohong sangat. Tapi serius, memang sejuk sungguh! Tak tau nak bagitau macam mana. Sakhanah pula tak pernah wujud dalam rumah ini!

Minggu depan aku nak kena pindah. Pindah keluar dari rumah lama ini. " Kenangan manis kau dan aku " akan aku abadikan selamanya. Semua ini gara-gara Moma (tuan bangunan merangkap tuan rumah) yang tidak mahu bertolak ansur lansung dalam perbincangan mengenai sewa rumah. Bayangkan, kenaikan yang perlu kami tanggung pada setiap setiap tahun mencecah LE100. 3 tahun menyewa, ini bermakna hampir LE300 kenaikan itu berlansung. Aku pasti, jumlah kenaikan ini adalah jumlah yang terlalu tinggi bagi mereka yang menyewa rumah.

Tapi, yang paling syok, bila kami bagitau kat dia, kami nak pindah, tanpa teragak-agak dan berasa geli-geleman, dia menurunkan kadar sewa rumah kepada LE300 sebulan. Separuh harga dipotong demi memastikan kami terus tinggal menyewa di rumah dia. Tapi, semua tahu akan perangai mujamalah ini, semuanya semata-mata politik busuk. Semuanya mainan semata-mata untuk mengaburi mata kami yang cerah lagi terang-benderang. Semua pelajar sedia maklum akan perangai mereka ini bila mereka bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sesuatu. Manis mulut dari gula yang ada melekat pada kek coklat manis. Manis mulut dari kadar gula yang berada dalam sebatang tebu yang besar. Maaf, kami tidak akan termakan dengan pujuk rayu yang sedemikian. Semuanya telah terlambat wahai Moma. Kami tidak akan berganjak dari keputusan yang telah kami buat. Lagipun kami dah bayar pun deposit untuk rumah baru! Selamat tinggal Imarah Ummu Hannan!

Itu semua di Tanta.

Di Kaherah, aku juga berhadapan situasi yang agak sama. Dengan penetapan undang-undang baru yang menghalang mana-mana pelajar yang belajar di luar Kaherah (seperti aku) untuk terus menyewa di DMAK, aktiviti yang aku rancangkan sewaktu berada di tanahair untuk mengisi kekosongan masa, berada dalam keadaan tidak menentu. Namun, rayuan demi rayuan aku buat demi memastikan rancangan aktiviti aku berjalan seperti yang telah diaturkan.

Ada berita katanya salji akan turun di beberapa tempat di Mesir. Menurut berita yang aku baca, salji pernah turun menimpa bumi Anbiya' ini pada sekitar tahun 80an. Mungkin aku belum lahir atau masih kecil. Tunggu punya tunggu, seketul pun tak turun. Aku rasa berita itu saja buat gimik atau sengaja diada-adakan. Maklumlah, kebanyakkan media sekarang semuanya gilakan publisiti. Benda yang tak terjangkau akal sekalipun, jika ianya dapat mempengaruhi populariti mereka, pasti ianya akan disiar dan disebarkan.

Sebelum aku terlupa, aku ingin mengucapkan Alfu Mabruk kepada mahasiswa-mahasiswa Mesir, Al-Azhar khususnya, yang telah berjaya menamatkan pengajian mereka. Seronok aku tengok riak wajah ahli bait aku sorang ini setelah menerima keputusan peperiksaan yang mengesahkan bahawa dia layak untuk pulang ke tanahair sebagai seorang graduan Al-azhar. Kepada dia dan semua yang berjaya, aku doakan yang terbaik untuk kalian.

Kalian pada sudut pandangan mata masyarakat adalah umpama untaian kurma-kurma yang masak ranum seterusnya dipetik dan dipaketkan dalam bungkusan berjenama Yusof Tayyib yang sedang laku dan ada harga di pasaran. Jangan lupa kami dalam doa kalian.

Sekian.

P / S : masih mengharap salji akan turun........
0

malang tak berbau...

|

3 December 2010


Amat malang sekali bagi Real Madrid apabila kecundang di Nou Camp dengan 5-0. Kejayaan ini bermakna Barcelona berjaya menjarakkan 2 mata untuk merampas takhta mengemudi liga.

Sudah menjadi lumrah pertandingan, kemenangan pasti akan mengiringi pasukan yang kuat dan gagah. Tidak wajar untuk melayan perasaan kecewa dan sedih.

Kekalahan ini merupakan satu contoh peristiwa tragis yang pahit untuk ditelan tetapi ianya adalah sebuah kenyataan yang perlu dihadapi. Penyokong yang setia akan sentiasa berada di samping pasukannya walau dalam apa keadaan sekalipun. HALA MADRID!

Sekian.

P / S : menyampah tengok Mourinho cakap besaq sangat...

0

Alhamdulillah...

|

29 October 2010


Alhamdulillah. Sudah seminggu sampai mesir. Tak banyak perubahan pun yang berlaku. Semuanya seakan hampir sama seperti biasa. Samada Kaherah mahupun Suburbay, Tanta.

Pastinya, mungkin yang akan banyak berubah adalah aku. Ntah la. Itupun kalau dapat buat perubahan. Tapi, kalau setakat dimulut kata nak berubah, semuanya sia-sia.

Arghhh,,,...keputusan yang diterima betoi-betoi menyakitkan hati. Terkandas lagi aku rupanya. lain digambarkan, lain pulak yang dipaparkan. Aku masuk fasa kritikal. Fursoh Akhirah. Sedikit kesilapan, bermakna aku terpaksa menanggung kekesalan yang pastinya membuatkan aku hidup dalam keadaan yang serba salah.

Salah pada kedua orang tuaku, keluargaku, sanak saudara dan semuanya yang menaruh harapan untuk melihat kejayaanku.

Tapi, salah sapa?

Sapa pun tak salah, kecuali aku. Sikap terlalu ambil mudah dalam banyak perkara, sehingga perkara-perkara yang wajib dititikberatkan pun, aku abaikan.

Natijahnya...terpelanting aku menanggung kecewa yang tak sudah!

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Aku pasrah dengan ketentuanNya.

Namun alhamdulillah, aku masih diberi peluang. Peluang untuk membuktikan bahawa aku mampu untuk merealisasikan impian yang hampir-hampir terkubur.

Sedih bukan kepalang. Tapi tiada siapa yang mampu menghalang. Jika tidak kerana lalai dan leka menjadi tulang, malas menjadi tunjang, pasti impian dan harapan terjulang.

Mohon doa.

Sekian.
0

Melizziaaa...

|

20 July 2010

Sudah 2 minggu berada di Malaysia. Setakat ini tidak ada lagi aktiviti-aktiviti menarik yang dilakukan melainkan....tidoq. Entah bila aktiviti ini akan berakhir, tidaklah aku mempunyai ilmu akannya. Mungkin juga sehingga kaki ini bisa melangkah dengan lebih panjang dan pandai mencari arah tujunya sendiri. Bila? Entahlaa...

Kepulanganku ke tanahair kali ini tidak banyak bezanya kalau nak dibangdingkan dengan cuti yang aku habiskan 2 tahun yang lalu. Cuma kali ini, anak-anak buah sudah besar panjang. Maka lahirlah berbagai-bagai telatah budak kecik dari mereka yang sememangnya kecik dari segi umur dan tubuh badan.

Keadaan suasana sekeliling juga tidak banyak berubah. Sepertimana aku tinggalkan 2 tahun lalu, sebegitu jugalah rupanya disaat ini. Cumanya, cerita sanak-saudara banyak yang aku ketinggalan. Sepupu-sepapat yang dahulunya menjadi rakan sepermainanan, kini sudah mampunyai kerjaya yang boleh membanggakan. Hal yang paling mengembirakan, ada juga yang memilih untuk menamatkan zaman bujang mereka tidak lama lagi. Adapun aku....?

Politik Malaysia masih lagi serabut dan semakin hari semakin bertambah serabut. Hal keserabutan itu tidak hanya memberi impak kepada mereka yang sedang berpolitik, tetapi tempiasnya turut dirasakan rakyat marhaen di Malaysia. Hari demi hari, keadaan terus dicemari dengan pelbagai karenah yang memuakkan. Rakyat terus menanggung beban. Kos sara hidup semakin lama semakin mencapai tahap meruncing dan merunsingkan. Namun itu semua seolah tidak dipedulikan mereka yang berada di atas sana.

Untuk menghadapi hari-hari yang mendatang yang lebih cerah dan selesa, sememangnya transformasi perlu berlaku. Transformasi dari buruk kepada yang baik bahkan lebih baik. Paling penting adalah, transformasi daripada terus jauh dan jauh dari Allah kepada pendekatan kepadaNya yang sudah semestinya akan terus mengundang rahmat dan anugerah daripadaNya.

Sekian.
2

Habih dah....

|

12 June 2010


Selesai sudah imtihan untuk madah terakhir yang aku ulang (ia'dah). Soalan payah nak mampuih. Ntah la, aku sendiri pun tak tau nak bagitau lagumana. Ala kulli hal, jawab jugak la. Orang kata tak tinggai kertas kosong out. Sebab Syeikh sendiri pesan, " kalau hampa tinggai kertas kosong, aku pun bagi markah kosong jugak dekat hampa. Jadi, baik hampa tulih apa yang hampa tau dari hampa tinggai kertas kosong kat aku!". Jadi, aku pun buat lebih kurang apa yang dia bagitau la. Moga-moga dia kesian kat aku sekaligus bagi aku lulus. Amin ya Rabb.

Piala Dunia start dah. Tak sat tuan rumah South Africa seri dengan Mexico 1-1. Tahniah!. Mexico bukan pasukan caroi. Depa tu kira kuat jugak. Tapi hampa buleh seri dengan depa Kira hampa best la jugak, walaupun nanti mesti ada orang kata hampa bernasib baik, sebab hampa Tuan Rumah. Biasa la tu. Janji hampa buat terbaik untuk pasukan hampa. Perancis seri dengan Uruguay. Depa kata Perancis main tak bagus lansung. Aku penah sokong depa ni waktu ada Zidan. Tapi lepas lepas Zidan bersara, aku tengok depa main tak baguih dah. Jadi aku malaih nak sokong depa dah. Padan muka depa!.

Tiket nak balik Malaysia tempah lama dah. InsyAllah, kalau tadak apa-apa halangan, awai bulan 7 aku terbang. Tak tau nak bawak balik apa. Sebab abang aku baru ja balik tahun lepas. Tak sampai setahun lagi pun. Dia balik haritu pun, tak bawak apa-apa. Lagipun, ni bukan kali pertama aku balik. Masuk kali ini, dah kali ke-2. Sebelum tu pun abang aku dok balik Malaysia kerap jugak. Jadi sampai tak reti apa dah nak bawak balik. Kalau ikut aku, dengan duit tadak ni, aku nak balik lenggang ja. Tapi rasa macam tak syok pulak. Adoih, payah sungguh!

La ni, aku lepak saja ja. Sambil dok tunggu tarikh nak terbang, layan-layan la sat Piala Dunia kat sini. Kalau balik layan kat sana pun payah jugak. Depa tengok awai pagi. Sini ngan South Africa tak jauh dah. Jadi masa pun tak lari jauh.

OK. Kepada sahabat-sahabat yang masih berjuang, teruskan perjuangan kalian. Moga-moga semangat kalian akan terus berada pada tahap yang kental dan tinggi. Aku sentiasa doakan yang terbaik untuk kalian.

Sekian.

P / S : aku sokong Brazil!
0

Isu Palestin VS Piala Dunia 2010

|

6 June 2010

( Anggaran jumlah keseluruhan hadiah wang tunai yang disediakan untuk pasukan-pasukan yang menyertai Piala Dunia 2010 adalah mencecah USD 420 Juta. Ianya merupakan peningkatan 60% dari apa yang disediakan pada Piala Dunia 2006 yang lalu. Juara Piala Dunia 2010 pada kali ini bakal membawa pulang lebih kurang USD 78 Juta. Yahudi adalah di antara para penaja terbesarnya? )


Tindakan Kejam Yahudi Israel Terhadap Konvoi Keamanan.


Kita semua sedia maklum tentang kekejaman dan kerakusan puak-puak Yahudi Israel. Terbaru, Yahudi Israel bertindak menawan dan merampas kapal-kapal milik konvoi keamanan yang disertai oleh peserta dari lebih 50 buah negara dalam misi keamanan membawa bekalan barang keperluan untuk penduduk Palestin. Tidak ketinggalan dalam misi ini adalah sukarelawan dari Malaysia yang mempertaruhkan keselamatan bahkan nyawa mereka dalam menyemarakkan lagi usaha untuk membantu rakyat Palestin.

Pastinya, ini adalah satu kekejaman dan penindasan rakus yang sudah semestinya akan mengundang kecaman dari pelbagai negara. Pun begitu, kecaman bukanlah senjata ampuh yang mampu untuk menghancurkan keegoan Yahudi Israel, bahkan mereka menjadi berani sekaligus memberi amaran kepada dunia, bahawa mereka akan menyekat mana-mana kapal yang kununnya mencabul kedaulatan negara haram mereka.

"Kami akan menghentikan kapal, dan juga setiap kapal lain yang akan mencuba untuk merugikan kedaulatan Israel. Tidak ada kesempatan kapal Rachel Corrie akan mencapai pantai Gaza," kata Menteri Luar Negeri Rejim Zionis, Avigdor Lieberman pada TV Israel Channel 1."

Apa yang semakin jelas, dunia seakan muak, benci, menyampah, meluat dan jelik dengan perlakuan Yahudi Israel.  Kebiadaban mereka mencabul prinsip kemanusian dan alasan-alasan tidak munasabah serta tidak masuk akal  yang diberikan, ibarat sampah dan najis yang jika diambil hanya akan menambahkan kotordan busuk yang sukar dihilangkan walau dicuci dengan pencuci yang paling handal di dunia.

Ecuador telah pun menunjukkan kebenciannya terhadap negara haram itu dengan memanggil wakil kedutaan mereka pulang sebagai tanda protes terhadap perlakuan kejam mereka. Turki juga sedia bertindak dan memberi amaran supaya "jangan mencabar kesabaran mereka" atau Yahudi Israel menerima padahnya.

Piala Dunia 2010.

11 Jun 2010 adalah tarikh yang ditunggu oleh seluruh peminat-peminat bola sepak di serata dunia. Piala Dunia 2010 bakal menyingkap tirainya kurang seminggu dari sekarang. Kali ini, Benua Africa dipilih untuk  menganjurkan Piala Dunia. South Africa telah berjaya mengenepikan pencabar-pencabarnya termasuk "Misr Ummu Donya" dalam melobi untuk merebut hak sebagai penganjur. Mereka sekaligus menjadi negara Africa pertama yang dipilih untuk menganjurkan Piala Dunia.

Dengan beberapa insiden kecederaan  yang menyelubungi beberapa tonggak utama kepada beberapa buah negara yang bakal berentap seperti England dan Itali, ada yang membuat andaian awal bahawa Piala Dunia kali akan hilang serinya.

Namun yang pasti, jika anda adalah seorang peminat bola sepak yang tegar, jangan pernah membiarkan keghairahan Piala Dunia 2010 ini MELALAIKAN, MENGHILANGKAN DAN MEMBUNUH ingatan, belas kasihan, perasaan simpati serta SIFAT KEMANUSIAAN yang anda milikinya sejak azali, kepada apa yang berlaku terhadap rakyat Palestin. Jangan pernah anda lupa terhadap peserta Konvoi Keamanan yang dibunuh dengan kejam hanya kerana mereka PEDULI TENTANG NASIB RAKYAT PALESTIN.

Imtihan.

Tarikh peperiksaan aku tak jauh sangat dari tarikh Piala Dunia 2010, iaitu sehari sebelum kejohanan itu bermula. Maknanya, aku memiliki keselesaan yang penuh tanpa dijengah rasa takut dan gelisah memikirkan tentang peperiksaan. Cuma mungkin ada sedikit perasaan takut bila mengenangkan keputusan peperiksaan yang akan aku tatapi tatkala tiba saatnya nanti. Terkadang, rasa serba salah dan tidak sedap hati untuk melayannya gara-gara mengenangkan kelakuan Yahudi Israel. Terdetik seketika, mungkinkah ini semua adalah salah satu agenda Yahudi Israel untuk melalaikan Ummat Islam sejagat??

Ala kulli hal, doa sahabat-sahabat aku dambakan dalam menempuh perjuangan ini. Jangan pernah lupa aku dalam doa kalian.

Sekian.

P / S : Dunia benci Yahudi Israel? Sapa sayang APCO ? ? ?

0

BaHaSa aRab + aKu + BoLa SePaK...

|

1 May 2010

[ Sheikh Mansour bin Zayed bin Sultan Al Nahyan adalah seorang ahli politik berbangsa Arab yang berasal dari UAE. Beliau juga merupakan pemilik sebuah kelab ternama di Liga Perdana Inggeris iaitu, Manchester City.]


1) Aku lebih berasa senang dan "enjoy" menyaksikan perlawanan bola sepak bersama dengan pengulas berbahasa Arab.

2) Jika aku terpaksa menyaksikan perlawanan bola sepak bersama dengan pengulas bahasa lain, aku rasa kurang seronok dan hilang semangat untuk menontonnya, biarpun semata-mata ingin meraikan sahabat-sahabat yang gemar menyaksikannya bersama pengulas berbahasa Inggeris.

3) Harus jelas, aku bukan jumud. Aku bukan anti Bahasa Inggeris. Malah aku juga tidak pernah menafikan kepentingan bahasa-bahasa lain terutamanya bahasa itu. Bahasa Inggeris adalah bahasa utama di dunia. Bahkan, hampir setiap sekolah di setiap peringkat di dunia diterapkan Bahasa Inggeris supaya mereka dapat menguasainya dengan baik termasuk di M'sia.

4) Biarpun ramai yang beranggapan bahawa mereka (pengulas berbahasa Arab) ini terlalu melampau (overact), riuh rendah, menggelabah dan sebagainya ketika membuat ulasan, tetapi itulah salah satu keunikan yang mereka miliki yang jarang ada pada Bahasa Inggeris. Siapa yang menyaksikan pertandingan dalam keadaan senyap dan sunyi sepi?

5) Bagi mereka yang tinggal di Mesir dan gemar menonton perlawanan bola sepak, aku sarankan supaya mereka beralih menyaksikannya bersama pengulas berbahasa Arab.

6)  Nama-nama seperti Hasbullah Awang dan Zainal Abidin Rawop adalah di antara pengulas-pengulas terkenal di  M'sia. Yusuf Seif dan Faris Ewad adalah di antara nama-nama pengulas berbahasa Arab yang terhebat di negara Arab. Aku paling minat dengan seorang pengulas yang bernama Essam Syawali yang berasal dari Tunisia. Suaranya seakan mempunyai aura yang mampu membangkitkan keghairahan dan semangat untuk menyaksikan perlawanan bola sepak.

7)  Jangan melihat kepada keterlampauan mereka sewaktu mengulas sesebuah perlawanan sahaja. Cuba lihat manfaat lain yang anda akan dapat. Biarpun anda merasakan ianya tidak banyak membantu anda untuk menguasi bahasa arab dengan berkesan, tetapi anda masih berpeluang untuk menambah mufradat (perkataan/vocab) baru dalam usaha untuk memantapkan Bahasa Arab anda. Aku banyak mempelajari istilah-istilah moden dalam ulasan mereka.

8) Anda harus lebih realistik. Anda bukan berada di sebuah negara yang majoriti rakyatnya mampu bertutur dengan baik dan fasih di dalam Bahasa Inggeris seperti Filipina, Cameroon, Nigeria dan South Africa serta lain-lainnya. Anda bukan berada di England, bukan juga di Australia. Tetapi anda berada di sebuah negara yang penduduknya menjadikan Bahasa Arab sebagai bahasa utama di dalam menjalani kehidupan seharian mereka.

9) Malah, satu perkata yang anda sendiri sedia maklum bahawa, masih ramai rakyat penduduk di negara ini yang lemah bertutur di dalam bahasa Arab Rasmi (baku/fusha). Mereka lebih gemar dan selesa bertutur dengan bahasa arab pasar (dialek). Mungkin ianya membuatkan anda sedikit serabut. Jadi, untuk lebih selesa berkomunikasi dan memudahkan urusan muamalah dengan mereka, kaedahnya adalah anda perlu sedikit sebanyak menguasi bahasa mereka. Apa yang anda cuba buktikan ketika enggan menggunakan bahasa Arab di negara mereka!!?. Jangan lupa kepada pepatah "masuk kandang kambing, mengembek, masuk kandang kerbau, menguak".

10) Jelasnya, penguasaan bahasa asing adalah satu cara yang membolehkan anda terlepas dari tipu daya yang mereka rancangkan!

Tambahan ;

1) Aku lemah dalam Bahasa Inggeris walaupun itu adalah bahasa asing pertama yang aku kenal dalam hidup aku.

2) Pengakuan jujur : Aku masih belum mampu untuk menguasi Bahasa Arab dengan baik sekalipun aku menghabiskan masa yang agak lama di negara Arab.

3) Bahasa Arab juga sudah mempunyai nilai yang cukup tinggi dan mempunyai peranan penting di dunia yang serba moden ini. Tidak keterlaluan jika aku katakan bahawa bahasa Arab adalah bahasa globalisasi yang harus dikuasi oleh setiap bangsa yang ada di atas muka bumi ini. Ianya sudah hampir setanding dan setaraf dengan bahasa-bahasa utama dunia yang lain.

4) Bahasa Arab secara tidak lansung mendapat tempat yang Istimewa dari segi ekonomi. Asia Barat yang memuatkan negara-negara Arab di dalamnya, adalah diantara zon yang memiliki pelabur-pelabur yang berpontensi tinggi dan mampu untuk menjana pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Malaysia juga banyak berusaha menarik mereka untuk datang melabur di negara itu.

Sekian.

P / S : "Hongga-Bongga" bukan berasal dari Arab atau Melayu. Kajian masih giat dijalankan untuk mencari dari mana perkataan itu datang.
2

Lantaklah...

|

29 April 2010

[ FAKTOR EKONOMI TERBUKA : Sekitar era 80an dan 90an, M'sia merupakan destinasi yang sering dituju oleh kebanyakkan pelabur asing. Namun dengan kebangkitan beberapa buah negara khususnya di Asia, seperti India, China dan Vietnam serta negara yang dahulunya agak ketinggalan sedikit seperti Indonesia dan Filipina, destinasi atau modal yang direbutkan adalah menjadi semakin kecil bagi M'sia. - M.E.R.E.K.A- ]

1) Semalam Inter Milan kalah kepada penjahat Barca. Tetapi mereka menang aggregate dengan 3-2. Aku tengok Mourinho berlari berarak satu padang sambil Xavi, kapten gang penjahat Barca, mengelap air matanya yang meleleh menahan pedih dan perit kerana tewas.

2) Hari Khamis aku ada kuliah. Oleh kerana sibuk melayan FB, meng"update" status menyatakan kegembiraan di atas kekalahan penjahat Barca, maka aku tidur agak lewat. Natijahnya, pagi tadi aku tak sempat berada di dalam kelas tepat pada waktunya. Kelihatan Syeikh mengerling mata sambil memerli aku.

3) Ramai juga yang tak berpuas hati dengan kenyataan aku terhadap penjahat Barca. Mereka tetap mempertahankan penjahat Barca sebagai pasukan terbaik kerana bermain dengan cantik meskipun hakikatnya mereka kalah. Aku tetap dengan peraturan pertandingan, bahawa yang kalah akan tetap diukir oleh sejarah sebagai pasukan yang kalah dan begitu juga kepada pasukan yang menang. Pun begitu, rata-rata mereka masih tidak berpuas hati. Lantaklah!

4) Di dalam kelas, seperti biasa Syeikh akan membuka topik hangat untuk diperbahaskan. Kesudahannya aku sekali lagi menjadi sasaran. Natijahnya... Syeikh geleng kepala kerana kecewa dengan aku, aku geleng kepala kerana tidak mampu mengungkap memberi respon, walaupun sepatah perkataan. Syeikh bingung melihat aku yang bengong!

5) Inter Milan akan bertemu dengan Bayern Munich di Santiago Bernabeau, stadium Real Madrid, pasukan kesayangan aku. Bila? Aku pun tak tahu. Sahabat-sahabat sudah mula galak bertanya pasukan mana yang akan aku sokong. Aku pun keliru dan tak tahu. Lantaklah!

6) Hadaf aku menyokong Inter Milan adalah, bukan kerana Inter Milan merupakan pasukan pilihan, tetapi kerana penjahat Barca merupakan musuh ketat kepada Real Madrid, pasukan kesayangan aku. Lantaklah!

7) Aku sangkakan ini merupakan minggu terakhir pengajian bagi matapelajaran yang aku hadiri itu. Namun sangkaan aku meleset sama sekali, kerana Syeikh enggan menamatkan pengajian pada minggu ini. Aku merasakan bahawa Syeikh tidak akan menamatkan pengajian selagi kulit tidak bertemu kulit.

8) Hari ini tugasan memasak untuk tengahari terlucut dan terlondeh kerana aku dan sahabat aku mengambil keputusan untuk berpuasa. Oleh kerana dia telah menyediakan hidangan waktu sahur, makanya, untuk berbuka terpaksalah aku yang menyediakannya.

9) Inter Milan di kendalikan oleh Jose Mourinho. Dengarnya, dia adalah calon untuk mengetuai cabaran skuad Real Madrid pada tahun hadapan. Sejauh mana kebenarannya, ... lantaklah!

Sekian. Forza Inter Milan, Hala Madrid...!

P / S : Tambang tiket pulang M'sia naik mendadak. Aku tak pandai Ekonomi! Lantaklah!
2

KaSLaAn aawwiiii...

|

28 April 2010

1) Inter Milan sedang berperang melawan penjahat terhebat di abad ini, Barca.

2) Aku sokong Inter Milan. Aku tak suka Barca sebab dia jahat dan juga merupakan musuh Real Madrid, kelab kesayangan aku.

3) Sewaktu aku mula menulis entry ini, keputusan masih 0-0. Ada seorang player Inter yang bodoh sudah diarahkan keluar padang setelah dilayangkan kad merah. Pemain itu terlalu bodoh sebab tidak memikirkan kemaslahatan pasukan sendiri. Aku tak suka pemain yang sebegitu rupa. Tak sedar diri. Tetapi, keputusan aggregate masih berpihak kepada Inter kerana mereka berjaya mengalahkan penjahat Barca di tempat mereka 3 - 1.

4) Barca memerlukan sekurang-kurang 2 gol untuk layak ke pusingan akhir yang akan berlansung di Santiago Bernabeau, stadium Real Madrid, bertemu dengan Bayern Munich.


5) Malas adalah satu keadaan yang akan di hadapi oleh semua orang. Malas juga merupakan satu sifat yang tak bagus dan tak elok. Semua orang sudah sedia maklum.

6) Ada satu kajian di Hong Kong telah mengenal pasti bahawa, mereka yang mati kerana kemalasan adalah lebih banyak berbanding mereka yang mati akibat merokok.

7) Mengikut kajian itu, lebih 6400 orang di Hong Kong telah mati kerana malas melakukan aktiviti fizikal berbanding 5400 orang yang mati akibat merokok. Kajian itu telah dijalankan ke atas penduduk Hong Kong yang berumur lebih 35 tahun pada tahun 1998.

8) Kajian itu juga mendedahkan bahawa, kaum lelaki yang malas beriadah mempunyai peratus yang lebih tinggi untuk menemui ajal berbanding kaum wanita yang malas beriadah.

9) Aku tak merokok. Dalam masa yang sama aku juga seorang yang aktif bersukan. Tapi badan aku gempal. Aku dalam proses menguruskan sedikit badan aku agar tampak macho dan tegap ala-ala "HIGUAIN", penyerang pasukan kesayangan aku, Real Madrid.

10) Pun begitu, mati adalah sesuatu yang pasti. Tidak ada seorang pun yang boleh lari. Malas atau rajin, merokok atau tidak, semuanya akan mati akhirnya.

11) Cuma aku bersama dengan pendapat yang mengatakan, orang yang merokok seolah-olah sedang membunuh diri mereka secara perlahan-lahan dan senyap-senyap tanpa mereka sedar. Hal ini kerana, rokok itu sendiri mempunyai mudarat yang cukup besar. Bukan kepada perokok sahaja, bahkan kepada mereka yang berada di sekeliling mereka.

12) Nasihat aku, jadilah orang yang rajin. Jangan sekali-kali dan banyak kali mencuba untuk menjadi seorang perokok.

13) Harapan aku sampai akhir entry ini masih lagi menggunung untuk melihat kejayaan Inter Milan menewaskan penjahat yang juga merupakan musuh ketat kepada pasukan kesayangan aku, Real Madrid.

Sekian. Terima kasih kerana sanggup baca entry tak bermanfaat ini sampai habis. ®
0

Tak tiau..tanya laa..jangan dok chempeqhaa!!!

|

23 April 2010

[ Malu bertanya kawan, sesat cari jalan pulang. Biar ia berkesan, di lubuk hati terpendam. - Semangat Yang Hilang | XPDC ]


Ada sesetengah orang, depa tau bahawasanya depa ni tak tau. Depa menyedari akan hakikat bahawasanya, apabila seseorang itu tak tau, maka perkara yang perlu dilakukan olehnya adalah bertanya. Itu adalah kaedahnya dan merupakan satu-satunya cara, bagi depa-depa yang mahu tergolong dalam golongan 0rang-orang yang "tau".

Tapi peliknya, tak miau jugak bertanya. Tak tiau pasaipa??

Selalunya, kalau buleh kat orang tua-tua, depa suka kata lagu nih, "mungkin jugak sebab ada emas dalam mulut dia. Ya la, takut-takut sat lagi kalau gagah jugak bukak mulut, pieyy habih jatuh semuaa. Orang kutip habis, tak tinggai apa dah la kat dia. Sebab tu dia tak miau bukak mulut".

Sama la jugak macam dalam kelas aku semalam, ada banyak benda sebenarnya yang aku nak tanya Syeikh tentang madah yang dia dok syarah. Tapi apakan daya, apabila aku cuba nak bukak mulut, tiba-tiba saja, badan rasa tak sedap, hati dok dup-dap~ dup-dap~. Dan yang paling buat aku rasa tak selesa, apabila gemuruh mula menguasi jiwa. Kesudahannya, aku lebih rela duduk sambil-sambil pasang telinga mendengar syarahan dan memberi perhatian kat buku yang ada di depan aku sahaja daripada membuka mulut bertanya sekaligus memberi peluang kepada rasa "kepuasan" untuk bertakhta di atas hati.

Bukan Syeikh tak semawa suruh bertanya. Malah acap kali sangat tawaran sedemikian rupa di buat, khususnya untuk pelajar-pelajar ajnabi yang macam aku, yang sering kali menghadapi masalah komunikasi dan kurang mendapat pemahaman yang padat daripada apa yang disampaikan olehnya. Seperti biasa, aku lebih selesa dan rasa selamat bila tak buka mulut, untuk bercakap dan bertanya tentang apa yang aku tidak faham. Mesti Syeikh marah dan bengang dengan kelakuan macam tu.

Tapi apa buleh buat, aku sendiri pun tak buleh nak berbuat apa-apa. Bahkan, aku sendiri pun tak faham la pasaipa semua ni berlaku.

Masalah tidak mahu bertanya ni, bukan saja di dalam kelas, khususnya semasa bersama dengan Syeikh yang mengajar. Kalau di dalam kelas, kemungkinan aku malu dengan sahabat-sahabat aku yang berkongsi warganegara dengan aku. Ya laaa, mana tidaknya, bahasa arab aku hancus, punah, lebur, hancur, musnah dan segalanya. Kadang-kadang aku rasa macam soalan yang aku nak tanya tu, macam tak relevan, tak masuk akai dan tidak layak untuk diajukan kepada Syeikh. Seolah-olah soalan tu mudah sangat untuk dijawab tanpa perlu merujuk kepada Syeikh. Makanya aku terpaksa mengaku bahawasanya muka aku tak cukup tebal untuk menghadap muka mereka saat-saat begitu.

Tetapi, yang membuatkan aku hairan, masalah yang sama juga aku hadapi ketika bermuamalah dengan arab-arab di tepi jalan. Sehingga bertanyakan soalan yang mudah dan senang pun, aku masih malu dan berat mulut untuk bertanya.

Hermm...mungkinkah untuk sebati dengan keadaan persekitaran, suasana dan memahami budaya sesuatu masyarakat sehingga menjadikan aku berani bertanya, akan mengambil masa??

Berapa lama lansung nak kena amik. Takkan tunggu lagi sehari dua nak balik tanahair, lepas jadi graduan baru nak mempunyai kekuatan dan keberanian untuk bertanya?? Jangan sampai jadi, "Sudah Terhantuk Baru Terngadah".

YA NAHAR ESWED...YA KHABAR ESWED...YA LAHWEEE!!!

P / S : Papan-papan tanda jalan-jalan di Malaysia berbilang-bilang bahasa.
0

Misr Ummu Donyaa!!!?

|

19 April 2010

[ Malaysia mempunyai hampir 12 juta tenaga kerja. Mengikut satu tinjauan yang dijalankan pada tahun 2008, hampir 2.3 juta rakyat Malaysia berpendapatan di bawah RM1000. Manakala yang berpendapatan di bawah RM700 pula adalah hampir 1.3 juta.]


Aku nak berkongsi ngan hangpa semua tentang satu "Kalimat Keramat" yang amat popular di Mesir ni. Pendek kata, semua depa-depa yang pernah datang ke Bumi Mesir ni, mesti pernah dengaq perkataan "Misr Ummu Donyaa".

Maksud perkataan tu adalah "Mesir Ibu Dunia". Perkataan ni memang selalu sangat meniti di atas bibir masyarakat Mesir.

Memang kalau nak ikut terjemahan daripada pandangan 2 bijik mata, Mesir ni jauh dari apa yang disangka. Pembangunan negara pun tak tau hala. Masyarakat dia pun pemikiran tak berapa nak terbuka (aku tak kata tak terbuka lansung, cuma tak "berapa", yakni "kurang" la tue). Bak kata seorang pelajar yang aku pernah jumpa; "ana ni syeikh, mengkata kalau Universiti Al-Azhar tu terbina kat Burkinafaso atau Somalia, confirm ana pi sana". Maknanya, kawan kita sorang ni nak habaq kata, kalau kata tadak El-Azhar kat Bumi Mesir, maka dia tak kebuluq nak pi Mesir.

Ala kulli hal, pandangan kita berbeza-berbeza dan berbeda-beda.

Mesir terkenal dengan negara yang menyimpan 1001 rahsia tentang sejarah lama zaman firaun dahulu kala. Mumia, maa'bad dan pelbagai lagi monumen-monumen lama yang dijumpai malah masih lagi dicari-gali, cukup untuk menarik perhatian para pelancong dari segenap dunia khususnya Eropah untuk datang melancong (sambil-sambil tu melencong) ke negara ini. Al-maklumlah, memandangkan negara yang diziarahi adalah sebuah negara Islam, maka tidak lengkap dan sempurna bagi mereka, kalau tidak dibawa bersama budaya mereka yang tidak bertamadun sebagai buah tangan untuk dicontohi dan diikuti sekaligus dipraktikkan di dalam kehidupan sosial masyarakat negara itu.

Suntikan budaya songsang mereka, yang membawa manusia kepada lembah kehinaan telah lama menular di Mesir bahkan di serata negara Islam yang lain. Dengan menggunakan alasan mengejar dan agar sejajar dengan era kemodenan dan kemajuan, maka berpusu-pusulah masayarakat khususnya remaja menggilai cara dan gaya hidup yang sebenarnya mempunyai tujuan lebih dari sekadar apa yang disangka.

Mesir juga sebenarnya merupakan satu tempat kediaman dan destinasi yang terulung bagi para Anbiya', Auliya', Ulama' serta ramai lagi sarjana-sarjana Islam yang terkenal dalam misi membawa deenul Islam untuk terus menjadi unggul dan mulia.

Mesir ibarat pusat simpanan khazanah Ilmu. Ramai para ulama zaman dahulu sanggup berhijrah datang ke bumi Mesir yang penuh barakah ini. Bermula dari Nabi Musa, Nabi Harun, Nabi Isa, Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Nabi Yaakub, Nabi Yusof, Nabi Daniel علبهم الصلاة والسلام seterusnya ahli bait Rasulullah S.A.W, serta para Sahabat Nabi S.A.W رضوان الله عليهم أجمعين hinggalah kepada pengasas mazhab yang mashyur di M'sia iaitu, Imam As-Syafie Rahimahullah. Mesir juga mempunyai ulama-ulama kontemporari yang cukup cukup cukup berkualiti lebih dari perkataan kualiti itu sendiri (tak tiau nak habaq lagu mana). Pengorbanan, jasa dan bakti yang dicurahkan kepada Islam dan umatnya adalah sesuatu yang tidak akan pernah dapat dihitung oleh sesiapa.

OK. Aku harap aku tak melalut lari jauh dari topik yang sebenarnya aku nak kongsi dengan hangpa semua. Saja ja la. Aku tertarik dengan maklumat ni. Kalau hampa tanya orang Mesir seniri pun, aku rasa depa tak tau jugak. Lagipun kan aku sekarang berada di Mesir. Jadi, bila orang tanya pasaipa aku mai Mesir, maka ini adalah jawapan lain yang agak cantik dan menarik selain dari jawapan ; "aku mai sini nak ngajii la cek oiiii...".

Mesir Ibu Dunia :

1) Allah S.W.T menyebut 5 kali secara jelas perkataan yang terbina dari hasil gabungan huruf MIM(م), SHAD(ص) dan RA(ر) yang akhirnya terbentuk lafaz MISR (مصر) di dalam Al-Quran Al-Kareem.
  • Surah Baqarah, ayat 61
  • Surah Yunus, ayat 87
  • Surah Yusuf, ayat 21
  • Surah Yusuf, ayat 99
  • Surah Zhukruf, 51
Ada sebahagian ayat yang tidak disebut perkataan Mesir secara jelas, tetapi membawa maksud negara Mesir.
  • Surah Yusuf, ayat 54 & 55
  • Surah Al-A'raf, ayat 133 & 134 & 135
  • Surah Al-Zhukruf, ayat 48 & 49 & 50
2) Rasulullah S.A.W sendiri pernah bersabda mengiktiraf bahawa, tentera-tentera Mesir adalah tentera-tentera yang terbaik di atas muka bumi.

3) Rasulullah S.A.W sendiri pernah mewasiatkan kepada penduduk Madinah Munawwarah supaya berlaku-baik terhadap penduduk-penduduk Mesir. Hal ini kerana nasab silsilah keturunan Nabi S.A.W ada di sana. Seperti yang sedia maklum, nasab keturunan nabi berpaut rapat dengan seorang isteri kepada Nabi Ibrahim dan seorang Ibu kepada Nabi Ismail yang berasal dari Mesir, iaitu Sayyidah Hajar.

Selain itu, Nabi S.A.W juga berkahwin dengan Sayyidah Mariah yang merupakan satu-satunya isteri Nabi S.A.W yang berasal dari luar semenanjung arab iaitu, Mesir.

4) Daripada Sayidina Abu Zar berkata, Rasulullah bersabda :
Sesungguhnya kamu akan membuka negeri yg disebut di dalamnya "Qirath" (nilai matawang yang banyak digunakan pada waktu itu), maka hendaklah kamu mewasiatkan kepada penduduknya dengan kebaikan. Maka sesungguhnya bagi mereka itu kehormatan dan kebenaran serta Hajar ibu Nabi Ismail adalah dari kalangan mereka.
(Riwayat Imam Muslim)

Banyak lagi sebenaqnya. Tapi takat ni ja yang aku reti baca. Hat len semua aku tak reti nak tulih lagumana. Maklumla, maklumat yang diperolehi daripada penulis Mesir jugak. Bila baca balik, ibarat "masuk dalam bakui, angkat sendiri" pun ada. kuang33x

Sekian.

(kalau ada apa² kesalahan, tulung habaq mai, kita pakat² pebetoi. Takut timbui kekeliruan pulak sat lagi, mampuih aku..)

P / S : Malaysia kepala bapak dunia..!!??
4

dak...bukan aih..!

|

18 April 2010

Huih..dak aih..!

Tobat bukan seperti yang dok sangka. Cuih, sapa sangka? Sapa-sapa hat nak sangka la.

Ni bukan "comeback" sepertimana yang disangkakan (sangka lagi. Orang dok habaq dah kata tadak orang sangka). Hat ni cuma saja-saja nak bagi ada jugak "update blog" setelah sekian lama tak ter"update".

Bukan malaih pun, tapi tadak idea sungguh nak menulis. Kosong. Jiwa tak kacau mana pun. Tapi otak tak berapa nak berjalan. Dak aih..bukan sebab tadak kaki, tapi memang dia tak bergerak. Dok kaku lagutu ja.

Exam tak lama dah. Lagi sebulan. Depan kata awai bulan 5 ni berenti dah kuliah. Tapi, aku baru minggu lepas pi kuliah. Mola-mola pi saja ja. Sebab rupanya Dr. tukaq jadual ke hari len. Kira aku pi makan tokmiah bil-baid dengan full ja.

Alhamdulillah, kelmarin aku pi kuliah, ada kelas. Dr. hat aku tunggu tu memang masuk. Tapi nak jadi cerita, dia tak ajaq madah hat aku nak dia ajaq tu. Dia ajaq madah len. Makanya semalam, aku hanya jadi mustami'. Bukan setakat tu ja, malah semalam aku hampir menjadi amukan dia. Sorang-sorang dia panggil pi depan, syarah balik apa hat dia ajaq. Mujuq aku tak kena!

Ok. Takat ni dulu. Kalau tulih panjang-panjang pun, tapi sekali-sekala tak syok!