About This Blog

“Maecen tempu tel lus egetof condimentum rhoncus se quam semper libero”
by Namquam Adipiscing
Delete this widget from your Dashboard and add your own words. This is just an example!
2

Pakat-pakat beringat...

|

22 January 2009

fatwa
Klik pada gambar untuk terus ke sumber berita

Macam tu la ceritanya. Walaupun nampak macam agak berat untuk dilaksanakan, namun dari sudut pandangan ulama tersohor Dr. Qardhawi, kaedah ini perlu dan adalah yang terbaik ketika ini tanpa memudharatkan mana-mana pihak. Ianya merupakan sebahagian daripada jihad bahkan ianya boleh dilaksanakan pada semua peringkat. Ianya juga tidak memerlukan apa-apa modal yang merugikan. Dengan cara ini, kita boleh melemahkan pihak musuh yang selama ini bertindak agresif menindas Umat Islam di seluruh dunia khususnya Palestin.

Sedar atau tidak, dengan membeli barangan keluaran mereka, kita seolah-olah menyokong mereka bahkan memberikan sumbangan pula kepada mereka yang seterusnya menggunakannya untuk kepentingan mereka.

P/S:Kalau tak guna hat depa pun kita tak keluluq aih...banyak lagi hat len...payah apa aih!!!

3

Sumbangan kita

|

13 January 2009

Ada kebenarannya juga apabila ramai dari forumers bola sepak yang secara sinis menyatakan " kalaulah sekiranya tulisan yang tertera pada baju pemain bola sepak tersebut adalah perkataan I S R A E L I A, sudah semestinya dia tidak akan dikenakan apa-apa tindakan ". Beberapa hari yang lalu, seorang pemain dari kelab bola sepak sepanyol telah disaman EUR3000 di atas tindakannya menonjolkan baju yang termaktub perkataan PALESTINA. Pemain ini dikatakan cuba menghantar mesej yang menuntut keamanan dan kesejahteraan serta mengutuk serangan yang dilancarkan oleh puak Zionis Yahudi di semenanjung Gaza.

Israel yang ganas menyerang Palestin sejak akhir tahun lepas semakin hari bertambah rakus menganyang rakyat negara tersebut. Terbaru Israel dikatakan menggunakan sejenis BOM yang telah diharamkan penggunaannya dalam memastikan gaza benar-benar musnah. Berbagai-bagai jenis usaha yang cuba dicaturkan oleh pelbagai pihak dalam memastikan tindakan Israel ini dihentikan serta-merta. Rundingan gencatan senjata yang cuba diusahakan oleh beberapa buah negara yang kununnya bersimpati di atas keadaan tersebut tidak dilayan dan dipedulikan sama sekali oleh Israel. Malah ianya seolah-olah permainan apabila Israel terus membedil Gaza tanpa belas kasihan.

Muzaharat atau demontrasi begitu aktif dilaksanakan di seluruh dunia terutamanya penduduk Timur Tengah yang menuntut supaya para ketua-ketua negara mereka segera bersatu mencari jalan penyelesaian dan membasmi kegiatan Israel. Tidak kurang rancaknya juga muzaharat ini dilaporkan aktif dilakukan oleh negara-negara Eropah yang melihat perbuataan Israel ini adalah satu penindasan dan pencerobohan secara haram yang sepatutnya tidak berlaku di dalam keadaan dunia yang matang pada masa kini. Namun disebalik kerancakan itu, apa yang paling menyedihkan apabila negara yang menjadi harapan dan dikatakan memiliki kekuatan yang cukup untuk membantu mengubah nasib rakyat Palestin lansung tidak mempedulikan malah bertindak liar menangkap mereka yang terlibat dalam demontrasi tersebut. Rejim Presiden Husni Mubarak dikatakan turut mempunyai saham di dalam serangan Israel ke atas Palestin apabila beliau enggan membuka pintu sempadan yang menghubungkan wilayah Gaza dengan negara Mesir untuk kemasukan bantuan-bantuan dari luar. Keengganan beliau ini menimbulkan rasa marah dan syak wasangka bahawa beliau merupakan salah seorang orang kuat yang mendalangi serangan ganas tersebut.


Kempen memboikot barangan Israel dan sekutu kuatnya Amerika juga dikatakan mendapat sambutan hebat dan berkesan. Ini terbukti apabila syarikat-syarikat yang beroperasi menjual barangan mereka ini melahirkan kegelisahan dan ketakutan akan melemahkan kewangan syarikat tersebut. Rentetan dari situasi tersebut, ada juga suara-suara yang mahu kempen boikot ini difikirkan kembali akan kewajarannya. Ini berikutan kedudukan Amerika sebagai sebuah negara yang mendominasi Ekonomi dunia. Namun begitu, tidak ada apa yang perlu dirisaukan sebenarnya. Ini kerana, Amerika juga merupakan negara pencetak wang dan sudah semestinya mereka akan menanggung kerugian dengan lebih berganda terhadap syarikat-syarikat yang memperdagangkan barangan mereka.


Apa yang perlu difikirkan sekarang adalah sumbangan kita sebagai Umat Islam kepada saudara-saudara seagama kita yang sedang ditindas. Mungkin kita masih belum bersedia untuk mengangkat senjata berperang menangkis segala serangan mereka . Namun ini tidak bermakna kita hanya tunggu dan lihat dan tidak mencari jalan atau peluang yang dirasakan mampu untuk membantu insan seagama kita di sana. Dalam manhaj atau kaedah terakhir mengubah kemungkaran adalah dengan membenci perkara tersebut dengan hati. Namun begitu kebencian terhadap kemungkaran itu tidak hanya bersarang dalam hati, malah ianya perlu ditaswirkan dalam pelbagai bentuk yang menunjukkan bahawa kita benar-benar membenci perkara tersebut.

P/S:Adoi la imtihan...awat payah sangat tak tau???

0

Lepak arr...baghu nak start !!!

|

3 January 2009

Kedah meneruskan siri kekalahan awal musim baru apabila tumpas kepada Selangor 1 - 4 di Stadium Darul Aman. Awal musim lepas, Kedah juga tewas kepada Perlis selepas seri tanpa jaringan yang berkesudahan dengan penentuan sepakan penalti.

Mungkin ramai peminat bola sepak tempatan yang melihat, bahawa ini adalah tahun kesedihan bagi Kedah apabila hilang beberapa pemain import yang selama ini menjadi tonggak kejayaan Kedah merangkul kejuaraan berganda 2 kali berturut-turut. Ada pula segelintir peminat yang melihat kekalahan semalam tidak lebih dari hanya satu bentuk tradisi yang dikekalkan oleh skuad Kenari. Sudah pastinya ia tidak sedikitpun membawa kesan untuk bersaing merebut kejuaraan pada tahun ini. Sedikit keresahan dan kegelisahan mungkin membalut hati penyokong Skuad Kenari apabila menyaksikan prestasi penjaga gol utama mereka merosot teruk. Helmi dikatakan mengulangi kembali insiden memalukan yang pernah berlaku ketika dia mewakili Malaysia pada perlawanan AFF bulan lepas.

Apa yang pastinya, kekalahan kali ini membuka ruang dan peluang pihak media untuk membelasah pasukan Kenari yang selama ini sentiasa tidak berpuashati dengan pencapaian yang dimiliki oleh Kedah yang jelas dalam laporan-laporan akhbar mereka.

Biar apapun tanggapan dan persepsi yang dilemparkan, perlawanan semalam tidak sepatutnya menjadi kayu ukur untuk membuat sebarang ramalan. Wisel baru sahaja dibunyikan. Perlawanan semalam ibarat "warming-up" untuk kedua-dua pasukan.

Pujian harus diberikan kepada skuad Gergasi Merah pada malam semalam selepas berhempas-pulas untuk mencapai kemenangan. Selepas memalui beberapa musim yang mendukacitakan, skuad ini kembali bersemangat dan berkeyakinan dibawah kendalian jurulatih baru K. Devan. Kali terakhir mereka memenangi kejuaraan liga utama Malaysia adalah pada tahun 2000. Sudah pastilah perasaan membuak-buak untuk mengakhiri kemarau kejuaraan liga utama terutamanya Liga Super yang mula diperkenalkan pada tahun 2004 meresapi jiwa mereka.

Musim baru kali ini dijangka akan lebih sengit dan competitive apabila kesemua pasukan dibarisi dengan pemain-pemain tempatan.

P/S:" PULUN KEDAH PULUN "

0

repost : Penghijrahan...

|

1 January 2009

( " hijrah itu pengorbanan, hijrah itu perjuangan, hijrah itu persaudaraan, hijrah membentuk perpaduan, oleh itu mari semua, kita sambut maal hijrah, kuatkan semangat, tingkatkan syiar Islam, untuk sepanjang zaman..." )



Tadi aku sudah postkan satu entry yang bertajuk sama seperti entry ini. Tapi disebabkan kecuaian dan kelalaian aku, entry tersebut ter"delete" tanpa disengajakan. Pun begitu aku rasa masih tidak terlambat untuk aku mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 1430h kepada seluruh Muslimin seantero dunia khususnya kepada pelawat-pelawat blog aku aku, samada secara secara sengaja atau tidak sengaja, suka atau tidak suka.

Bersempena dengan Maal-Hijrah yang sahabat-sahabat sendiri boleh definisikan hijrah mengikut pengetahuan sahabat-sahabat sekalian, aku ingin mengajak diri aku dan sahabat-sahabat sekalian untuk berhijrah kepada kebaikan serta kebajikan dan meninggalkan kemungkaran serta keburukan supaya kita sama-sama dapat menjadi " Khaira Ummah " dan menjulang serta mengemilangkan agama Islam .

Memandangkan Imtihan juga telah hampir tiba, aku ingin memohon kemaafan dari sahabat-sahabat sekalian andai kata selama kita menjalinkan silaturrahim, ada perkara-perkara yang kalian tidak senangi dan melukakan samada sengaja atau tidak sengaja. Aku juga seperti kalian, tidak akan pernah sekali terlepas melakukan kesilapan dan kesalahan. Harapanku agar kalian sentiasa mengingati aku dalam doa-doa kalian.

P/S:" maka beramai-ramailah kita nyanyikan lagu maal-hijrah dengan pulunnya "