About This Blog

“Maecen tempu tel lus egetof condimentum rhoncus se quam semper libero”
by Namquam Adipiscing
Delete this widget from your Dashboard and add your own words. This is just an example!

Isu Palestin VS Piala Dunia 2010

|

6 June 2010

( Anggaran jumlah keseluruhan hadiah wang tunai yang disediakan untuk pasukan-pasukan yang menyertai Piala Dunia 2010 adalah mencecah USD 420 Juta. Ianya merupakan peningkatan 60% dari apa yang disediakan pada Piala Dunia 2006 yang lalu. Juara Piala Dunia 2010 pada kali ini bakal membawa pulang lebih kurang USD 78 Juta. Yahudi adalah di antara para penaja terbesarnya? )


Tindakan Kejam Yahudi Israel Terhadap Konvoi Keamanan.


Kita semua sedia maklum tentang kekejaman dan kerakusan puak-puak Yahudi Israel. Terbaru, Yahudi Israel bertindak menawan dan merampas kapal-kapal milik konvoi keamanan yang disertai oleh peserta dari lebih 50 buah negara dalam misi keamanan membawa bekalan barang keperluan untuk penduduk Palestin. Tidak ketinggalan dalam misi ini adalah sukarelawan dari Malaysia yang mempertaruhkan keselamatan bahkan nyawa mereka dalam menyemarakkan lagi usaha untuk membantu rakyat Palestin.

Pastinya, ini adalah satu kekejaman dan penindasan rakus yang sudah semestinya akan mengundang kecaman dari pelbagai negara. Pun begitu, kecaman bukanlah senjata ampuh yang mampu untuk menghancurkan keegoan Yahudi Israel, bahkan mereka menjadi berani sekaligus memberi amaran kepada dunia, bahawa mereka akan menyekat mana-mana kapal yang kununnya mencabul kedaulatan negara haram mereka.

"Kami akan menghentikan kapal, dan juga setiap kapal lain yang akan mencuba untuk merugikan kedaulatan Israel. Tidak ada kesempatan kapal Rachel Corrie akan mencapai pantai Gaza," kata Menteri Luar Negeri Rejim Zionis, Avigdor Lieberman pada TV Israel Channel 1."

Apa yang semakin jelas, dunia seakan muak, benci, menyampah, meluat dan jelik dengan perlakuan Yahudi Israel.  Kebiadaban mereka mencabul prinsip kemanusian dan alasan-alasan tidak munasabah serta tidak masuk akal  yang diberikan, ibarat sampah dan najis yang jika diambil hanya akan menambahkan kotordan busuk yang sukar dihilangkan walau dicuci dengan pencuci yang paling handal di dunia.

Ecuador telah pun menunjukkan kebenciannya terhadap negara haram itu dengan memanggil wakil kedutaan mereka pulang sebagai tanda protes terhadap perlakuan kejam mereka. Turki juga sedia bertindak dan memberi amaran supaya "jangan mencabar kesabaran mereka" atau Yahudi Israel menerima padahnya.

Piala Dunia 2010.

11 Jun 2010 adalah tarikh yang ditunggu oleh seluruh peminat-peminat bola sepak di serata dunia. Piala Dunia 2010 bakal menyingkap tirainya kurang seminggu dari sekarang. Kali ini, Benua Africa dipilih untuk  menganjurkan Piala Dunia. South Africa telah berjaya mengenepikan pencabar-pencabarnya termasuk "Misr Ummu Donya" dalam melobi untuk merebut hak sebagai penganjur. Mereka sekaligus menjadi negara Africa pertama yang dipilih untuk menganjurkan Piala Dunia.

Dengan beberapa insiden kecederaan  yang menyelubungi beberapa tonggak utama kepada beberapa buah negara yang bakal berentap seperti England dan Itali, ada yang membuat andaian awal bahawa Piala Dunia kali akan hilang serinya.

Namun yang pasti, jika anda adalah seorang peminat bola sepak yang tegar, jangan pernah membiarkan keghairahan Piala Dunia 2010 ini MELALAIKAN, MENGHILANGKAN DAN MEMBUNUH ingatan, belas kasihan, perasaan simpati serta SIFAT KEMANUSIAAN yang anda milikinya sejak azali, kepada apa yang berlaku terhadap rakyat Palestin. Jangan pernah anda lupa terhadap peserta Konvoi Keamanan yang dibunuh dengan kejam hanya kerana mereka PEDULI TENTANG NASIB RAKYAT PALESTIN.

Imtihan.

Tarikh peperiksaan aku tak jauh sangat dari tarikh Piala Dunia 2010, iaitu sehari sebelum kejohanan itu bermula. Maknanya, aku memiliki keselesaan yang penuh tanpa dijengah rasa takut dan gelisah memikirkan tentang peperiksaan. Cuma mungkin ada sedikit perasaan takut bila mengenangkan keputusan peperiksaan yang akan aku tatapi tatkala tiba saatnya nanti. Terkadang, rasa serba salah dan tidak sedap hati untuk melayannya gara-gara mengenangkan kelakuan Yahudi Israel. Terdetik seketika, mungkinkah ini semua adalah salah satu agenda Yahudi Israel untuk melalaikan Ummat Islam sejagat??

Ala kulli hal, doa sahabat-sahabat aku dambakan dalam menempuh perjuangan ini. Jangan pernah lupa aku dalam doa kalian.

Sekian.

P / S : Dunia benci Yahudi Israel? Sapa sayang APCO ? ? ?

0 comments: