About This Blog

“Maecen tempu tel lus egetof condimentum rhoncus se quam semper libero”
by Namquam Adipiscing
Delete this widget from your Dashboard and add your own words. This is just an example!

Misr Ummu Donyaa!!!?

|

19 April 2010

[ Malaysia mempunyai hampir 12 juta tenaga kerja. Mengikut satu tinjauan yang dijalankan pada tahun 2008, hampir 2.3 juta rakyat Malaysia berpendapatan di bawah RM1000. Manakala yang berpendapatan di bawah RM700 pula adalah hampir 1.3 juta.]


Aku nak berkongsi ngan hangpa semua tentang satu "Kalimat Keramat" yang amat popular di Mesir ni. Pendek kata, semua depa-depa yang pernah datang ke Bumi Mesir ni, mesti pernah dengaq perkataan "Misr Ummu Donyaa".

Maksud perkataan tu adalah "Mesir Ibu Dunia". Perkataan ni memang selalu sangat meniti di atas bibir masyarakat Mesir.

Memang kalau nak ikut terjemahan daripada pandangan 2 bijik mata, Mesir ni jauh dari apa yang disangka. Pembangunan negara pun tak tau hala. Masyarakat dia pun pemikiran tak berapa nak terbuka (aku tak kata tak terbuka lansung, cuma tak "berapa", yakni "kurang" la tue). Bak kata seorang pelajar yang aku pernah jumpa; "ana ni syeikh, mengkata kalau Universiti Al-Azhar tu terbina kat Burkinafaso atau Somalia, confirm ana pi sana". Maknanya, kawan kita sorang ni nak habaq kata, kalau kata tadak El-Azhar kat Bumi Mesir, maka dia tak kebuluq nak pi Mesir.

Ala kulli hal, pandangan kita berbeza-berbeza dan berbeda-beda.

Mesir terkenal dengan negara yang menyimpan 1001 rahsia tentang sejarah lama zaman firaun dahulu kala. Mumia, maa'bad dan pelbagai lagi monumen-monumen lama yang dijumpai malah masih lagi dicari-gali, cukup untuk menarik perhatian para pelancong dari segenap dunia khususnya Eropah untuk datang melancong (sambil-sambil tu melencong) ke negara ini. Al-maklumlah, memandangkan negara yang diziarahi adalah sebuah negara Islam, maka tidak lengkap dan sempurna bagi mereka, kalau tidak dibawa bersama budaya mereka yang tidak bertamadun sebagai buah tangan untuk dicontohi dan diikuti sekaligus dipraktikkan di dalam kehidupan sosial masyarakat negara itu.

Suntikan budaya songsang mereka, yang membawa manusia kepada lembah kehinaan telah lama menular di Mesir bahkan di serata negara Islam yang lain. Dengan menggunakan alasan mengejar dan agar sejajar dengan era kemodenan dan kemajuan, maka berpusu-pusulah masayarakat khususnya remaja menggilai cara dan gaya hidup yang sebenarnya mempunyai tujuan lebih dari sekadar apa yang disangka.

Mesir juga sebenarnya merupakan satu tempat kediaman dan destinasi yang terulung bagi para Anbiya', Auliya', Ulama' serta ramai lagi sarjana-sarjana Islam yang terkenal dalam misi membawa deenul Islam untuk terus menjadi unggul dan mulia.

Mesir ibarat pusat simpanan khazanah Ilmu. Ramai para ulama zaman dahulu sanggup berhijrah datang ke bumi Mesir yang penuh barakah ini. Bermula dari Nabi Musa, Nabi Harun, Nabi Isa, Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Nabi Yaakub, Nabi Yusof, Nabi Daniel علبهم الصلاة والسلام seterusnya ahli bait Rasulullah S.A.W, serta para Sahabat Nabi S.A.W رضوان الله عليهم أجمعين hinggalah kepada pengasas mazhab yang mashyur di M'sia iaitu, Imam As-Syafie Rahimahullah. Mesir juga mempunyai ulama-ulama kontemporari yang cukup cukup cukup berkualiti lebih dari perkataan kualiti itu sendiri (tak tiau nak habaq lagu mana). Pengorbanan, jasa dan bakti yang dicurahkan kepada Islam dan umatnya adalah sesuatu yang tidak akan pernah dapat dihitung oleh sesiapa.

OK. Aku harap aku tak melalut lari jauh dari topik yang sebenarnya aku nak kongsi dengan hangpa semua. Saja ja la. Aku tertarik dengan maklumat ni. Kalau hampa tanya orang Mesir seniri pun, aku rasa depa tak tau jugak. Lagipun kan aku sekarang berada di Mesir. Jadi, bila orang tanya pasaipa aku mai Mesir, maka ini adalah jawapan lain yang agak cantik dan menarik selain dari jawapan ; "aku mai sini nak ngajii la cek oiiii...".

Mesir Ibu Dunia :

1) Allah S.W.T menyebut 5 kali secara jelas perkataan yang terbina dari hasil gabungan huruf MIM(م), SHAD(ص) dan RA(ر) yang akhirnya terbentuk lafaz MISR (مصر) di dalam Al-Quran Al-Kareem.
  • Surah Baqarah, ayat 61
  • Surah Yunus, ayat 87
  • Surah Yusuf, ayat 21
  • Surah Yusuf, ayat 99
  • Surah Zhukruf, 51
Ada sebahagian ayat yang tidak disebut perkataan Mesir secara jelas, tetapi membawa maksud negara Mesir.
  • Surah Yusuf, ayat 54 & 55
  • Surah Al-A'raf, ayat 133 & 134 & 135
  • Surah Al-Zhukruf, ayat 48 & 49 & 50
2) Rasulullah S.A.W sendiri pernah bersabda mengiktiraf bahawa, tentera-tentera Mesir adalah tentera-tentera yang terbaik di atas muka bumi.

3) Rasulullah S.A.W sendiri pernah mewasiatkan kepada penduduk Madinah Munawwarah supaya berlaku-baik terhadap penduduk-penduduk Mesir. Hal ini kerana nasab silsilah keturunan Nabi S.A.W ada di sana. Seperti yang sedia maklum, nasab keturunan nabi berpaut rapat dengan seorang isteri kepada Nabi Ibrahim dan seorang Ibu kepada Nabi Ismail yang berasal dari Mesir, iaitu Sayyidah Hajar.

Selain itu, Nabi S.A.W juga berkahwin dengan Sayyidah Mariah yang merupakan satu-satunya isteri Nabi S.A.W yang berasal dari luar semenanjung arab iaitu, Mesir.

4) Daripada Sayidina Abu Zar berkata, Rasulullah bersabda :
Sesungguhnya kamu akan membuka negeri yg disebut di dalamnya "Qirath" (nilai matawang yang banyak digunakan pada waktu itu), maka hendaklah kamu mewasiatkan kepada penduduknya dengan kebaikan. Maka sesungguhnya bagi mereka itu kehormatan dan kebenaran serta Hajar ibu Nabi Ismail adalah dari kalangan mereka.
(Riwayat Imam Muslim)

Banyak lagi sebenaqnya. Tapi takat ni ja yang aku reti baca. Hat len semua aku tak reti nak tulih lagumana. Maklumla, maklumat yang diperolehi daripada penulis Mesir jugak. Bila baca balik, ibarat "masuk dalam bakui, angkat sendiri" pun ada. kuang33x

Sekian.

(kalau ada apa² kesalahan, tulung habaq mai, kita pakat² pebetoi. Takut timbui kekeliruan pulak sat lagi, mampuih aku..)

P / S : Malaysia kepala bapak dunia..!!??

0 comments: