About This Blog

“Maecen tempu tel lus egetof condimentum rhoncus se quam semper libero”
by Namquam Adipiscing
Delete this widget from your Dashboard and add your own words. This is just an example!
4

Mengemigrasikan Barang Lama!

|

7 December 2009

304000 keluar negara meninggalkan M'sia. 3800 melepaskan kerakyatan M'sia bagi membolehkan mereka memperolehi kerakyatan luar.

Bagi sesetengah orang, mungkin mengumpul barang lama menjadi hobi sejak azali lagi. Tak kira apa pun. Dari tiket bas, kad topup, tanda jenama baju, harga baju dan sehinggalah seluar pertama yang dia sarungkan sejak dia masih bayi lagi (ngarut sangat la tu).

Ketika diajukan soalan, "mengapa suka mengumpul barang lama?", jawab mereka ; "sentimental value beb!".

Baru-baru ini, aku sempat menolong abang aku mengubahsuai bilik dan mengemas barang-barang "lama" dia. Disebabkan aku mungkin menjadi orang terakhir dalam keluarga aku berada disini, jadi aku rasa operasi ini sangatlah menguntungkan aku, supaya kelak aku tidak perlu bersusah payah untuk berkemas seorang diri! Hampir 5 jam kami menghabiskan masa untuk memastikan semuanya selesai. Banyak jugak sentimental value yang dijumpai dan tak kurang banyaknya juga sebenarnya hanyalah sampah-sarap!

Hampir 10 tahun lamanya dia lepak di sini, namun hanya tinggal lagi kurang 2 minggu, dia bakal meninggalkan bumi Mesir yang banyak mendewasakan dan mematangkan dirinya. Kemungkinan besar, kepulangannya ke tanahair kali ke-5 ini adalah yang terakhir. Mungkin juga dia tidak mahu menambah angka emigrasi ratusan ribu rakyat M'sia di luar negara dan yang paling aku yakin dia sudah semestinya tidak akan melepaskan kerakyataan M'sia yang dipegangnya selama 26 tahun hanya semata-mata untuk berkahwin dengan rakyat Mesir sama sekali!

Bagi aku, sistem pentadbiran negara Mesir yang (walaupun hampir sama dengan M'sia) masih mengekalkan sistem ketenteraan (semata-mata untuk mengekalkan pemerintahannya) misalnya, penduduknya yang mampat, yang hanya bertumpukan satu bandar sahaja iaitu Cairo, menjadikan ianya adalah sebuah negara yang harus difikirkan berkali-kali kesesuaiannya untuk dijadikan destinasi untuk ber"emigrasi". Kalau sebab emigrasi itu adalah untuk menuntut ilmu, maka di sinilah negara yang paling sesuai, tetapi kalau atas tujuan yang sebaliknya, aku rasa (buat masa sekarang) carilah negara lain!

2

Korban!

|

26 November 2009

Real Madrid Defender Pepe Calls For 'Sacrifice' From Team-Mates To Overcome Barcelona! - goal.com
Cuti bagi sambutan Hari Raya Eidul Adha sudah bermula. 10 hari lamanya Universiti El-Azhar bakal sepi dengan riuhan para pelajar samada dari kalangan arabi atau ajnabi. Mungkin yang tinggal hanya pengawal-pengawal dari Pihak Keselamatan dan beberapa individu-individu yang lebih dikenali sebagai "bawwab". Mereka ini bukan tidak berkeluarga. Tetapi mungkin terpaksa berkorban demi sebuah tanggungjawab yang dipikul di atas pundak bahu mereka. Serta, ianya mungkin bagi mereka adalah sebuah amanah yang tidak bisa mereka lepas dan abaikan. Atau mungkin juga ini semua dilakukan adalah kerana keluarga tercinta mereka sendiri. Aku andaikan saja!

Tahun ini aku mengambil keputusan untuk menyambut hari raya di Tanta. Of coz, ini merupakan kali pertama aku menyambut Hari Raya Eidul Adha di tempat selain Kaherah. Sejak aku mula menyewa di Tanta dan secara rasminya bergelar pelajar kuliah Al-quran & Qiraat Tanta, aku tidak pernah sekalipun merayakan Eidul Adha di sini. Mungkin disebabkan Kaherah sudah sebati dengan jiwa aku hingga membuatkan hati aku terlalu berat untuk meraikannya di mana-mana tempat selain di sana. Namun begitu, sebuah pengorbanan perlu dibuat untuk mencari sebuah pengalaman!

Dari kiri : Erwan Parman, Noramin Nordin dan Hafiz Salim di Istad Tanta seusai sembahyang Hari Raya Korban 2009.

"Pengorbanan ni penting sebenaqnya, tanpa pengorbanan apa pun tak jadi. Dari kecik sampai besaq, tua muda, miskin ka hang, kaya ka hang, tadak hat tak kena korban. Korban tenaga, duit, masa dan macam-macam lagi la. Nak ngaji kena korban. Nak kerja kena korban. Nak cari bini sorang lagipun kena korban. Nak korban pun kena korban. Semua perkara nak kena korban.", kata seorang pemanggil RMK (Radio Malaysia Kedah) sambil diselangi dengan suara ketawa DJ yang bertugas.

"Memang la pengorbanan ni penting. Sapa pun tak bulih nafi benda ni. Tapi sedih jugak la kalau esok-esok ni pengorbanan kita depa tak mau nilai, tak mau kenang lansung. Habih semua kita korban, tengok-tengok depa buat tak heran ja", kata seorang mak cik yang juga merupakan pemanggil RMK yang hanya mahu dikenali sebagai Mak su.

"Takpa la ... Yang penting kita korban kena niat kerana Allah s.w.t. Kalau kita buat sebuah pengorbanan "just" semata-mata nak mintak oghang kenang, sampai bila sangat depa nak kenang. Sampai masa semua kena pi. Jadi kalau kenangan tu esok, orang yang kita dok harap dia kenang apa hat kita buat kena pi, pakai tadak apa dah la pengorbanan kita tu. Tapi kalau kita niat kerana Allah, confirm akhirat ada ganjaran dia, InsyAllah. Tapi tak salah kalau kita hat hidup ni nak kenang kembali pengorbanan orang-orang lama. Mereka ni banyak berjasa kat kita. Kalau hat ada lagi, apa salahnya kita pi ziarah sambil bermaafan dengan depa. Kalau hat tadak dah, hadiah pi kat depa Fatihah ka apa ka, jadi la sebagai tanda kita kenang jasa mereka", kata Pak Mat pendengar setia RMK sebagai memberi respon kepada slot yang dibuka oleh RMK sempena hari raya korban.

Umum sudah sedia maklum bahawa Hari Raya Eidul Adha berkait rapat dengan kisah Nabi Allah Ibrahim dan anak baginda sendiri iaitu Nabi Allah Ismail عليهما السلام. Kisah tentang pengorbanan yang dilakukan oleh kedua-dua Nabi Allah ini adalah bukan sekadar sebuah kisah kenangan memori lama. Ianya bukan diambil dari sebuah buku biasa yang berusia ribuan tahun lamanya. Kisah ini termaktub di dalam Al-quran yang menjadi sumber rujukan utama dalam agama Islam. Tidak ada satu patah perkataan di dalam Al-quran yang tidak membawa erti makna apa-apa. Ianya merupakan sebuah kisah dari Ar-Rahman yang menceritakan tentang sebuah pengorbanan yang cukup besar sehingga meninggalkan kesan yang cukup mendalam kepada ummat manusia dan seharusnya diambil dan dipelajari sebagai pedoman hidup.

Menerima suruhan dan perintah untuk menyembelih anak sendiri adalah bukan sesuatu perkara yang mudah untuk diterima dan dilaksanakan. Tetapi kerana percaya dan yakin kepada Allah s.w.t, maka dilaksanakan juga perintah itu. Begitu juga dengan Nabi Ismail yang begitu semangat dan tabah menerima keadaan itu. Perkara ini tidak akan berlaku kalau tidak ada keimanan dan ketaqwaan kepada Allah s.w.t. Persoalannya, masih wujudkah gerangan seperti mereka???

Apapun, aku nak mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Eidul Adha kepada hampa semua hat tengah baca entry ni! Kullu 'Am waantum Bikahirin.
4

Oh yeah!

|

7 November 2009

Oh yeah...! Memang aku tak pandai menulis pun. Idea bukan selalu kering, tapi memang kosong lansung. So tak payah la tanya macam-macam soalan sangat, serabut pala otak la...

" Aii amin...awat sepi membisu jaa..."

" Weih..apa tak update..tak pro la camni..!"

" Haritu, orang ada blog, dia pun nak ada blog...skrang dah ada blog..h**ram apa pun tadak..ptuihh!"

" Balik la weih..pulun nak mampuih...budget power la tu..padahai hampeh ja...!"

Aku rasa jawapan paling tepat nak balas balik untuk semua perkataan yang dihamburkan terhadap diriku ini adalah...................DIAM!

Herm...memang aku lama menyepi. Bukan sengaja, aku dah cuba dah nak update, tapi tak tau nak update apa. Aku cuba nak tulis tentang isu semasa, takut salah ulas, kena tempelak pulak. Tak pasai-pasai nanti, ada pihak mempertikaikan kewujudan blog aku di alam maya ini. Pas tu, siap minta letak jawatan. Ntah hapa-hapa ntah, nak ja aku sekeh pala kawan tu.

Pun begitu, kali ni aku nak cerita serba sedikit tentang my life skrang ni. Well, sejak gagal melayakkan diri untuk ke tahun -3, aku banyak melepak dari buat kerja-kerja yang berfaedah. Hattakan, walaupun dah sedar diri tu gagal, tapi masih berdegil untuk buat perkara yang seolah-olah menggambarkan aku Pelajar Malaysia Paling Cermerlang kat bumi mesir ni.

Anyway, tahniah aku ucapkan kepada mereka-meraka yang telah berjaya. Samada berjaya menggenggam segulung ijazah suda, ataupun yang berjaya naik tahun, ataupun yang berjaya mengurangkan madah walaupun hakikatnya dia tak naik tahun ataupun yang tak dapat naik tahun sekali pun tapi aku nak ucap tahniah jugak atas usaha mereka itu (contohnya aku), ataupun yang telah MENIKAH ataupun yang akan MENIKAH ataupun yang sudah dapat cahaya mata ataupun...ataupun...ataupun......

Err..kuliah dah pun start. Dan dah lama pun start. Aku baru sempat masuk 2 kali ja. Itupun kebetulan sebab ter"sedarkan" diri. Apapun aku berasa syukur dan berterima kasih kepada diri aku ini, kerana akhir "sedaq pun diri tu tak tera mana pun". Tapi yang aku takut sangat, tak tahu sampai BILA akan bertahan. Harap tulung doa-doa la supaya mampu mampu bertahan lebih lama.

Untuk fasa pertama ni, aku ada 1 madah. Madah killer jugak, Taujeeh Qiraat. Tak payah la aku terangkan apa jenis subjek tu. Pandai-pandai la google sendiri. Masuk hari pertama, aku dah buat hal. Dr. tegur (tak marah) aku sebab aku tasjeel (rakam) kuliah dia. Tapi aku tak kisah sangat, bangga sebab Dr. tegur aku. Maknanya Dr. ushar aku la tu. Masuk hari ke-2, Dr. dah start bertanya soalan pulak dan yang paling tak best aku adalah mereka-mereka yang terlibat dalam kejadian tersebut. Aku berlagak cool, tapi sekali aku jawab salah, Dr. siap ceramah pula.

Dr. : " Bila aku tanya hangpa paham ka dak?, hangpa kata hangpa paham. Bila aku tanya, hangpa jawab tak betoi. Kalau tak paham tanya, aku tak marah aih, aku tak rasa bosan pun terang balik kat hangpa. Aku marah sangat bila aku tanya hangpa PAHAM ka dak..?? Hanpa kata paham! Tapi sebenaqnya tak paham sepatah pun....buat pala tauuuu"

Ok la, sampai takat dulu untuk update kali ni. Nanti aku cuba fikirkan benda-benda yang bermanfaat sikit dari update kali ni. Ini merupakan percubaan "comeback" la kununnya.

Wassalam....
3

Rumaja...

|

25 May 2009

( Remaja adalah waktu yang menunjukkan tempoh kekuatan dan semangat yang kuat kerana ia adalah pertengahan umur, dan pertengahan setiap perkara adalah yang paling terbaik. Ketika mana matahari berada di tengah langit pada waktu tengahari, cahayanya bertambah kuat dan lebih panas. Jadi, waktu remaja ini adalah tempoh kekuatan dan semangat dalam umur manusia, dan dari sinilah pentingnya untuk mengambil berat terhadap tempoh tersebut.

Tempoh ini merupakan satu tempoh atau marhalah untuk memberi, berusaha dan mampu untuk menanggung segala ujian dan cabaran. Oleh yang demikian, para pendakwah dan pelindung risalah-risalah Allah adalah para remaja. ) - Dr Yusuf El-Qardhawi

Pasaipa Remaja?

Peringkat Remaja adalah merupakan peringkat yang paling berkesan dalam membentuk keperibadian dan akhlak seseorang Muslim. Peringkat ini juga merupakan peringkat yang paling kritikal. Hal ini kerana, ketika peringkat itu, diri mereka terlalu mudah dikuasi oleh hawa nafsu ditambah pula dengan banyaknya hasutan-hasutan jahat yang membawa mereka ke lembah maksiat. Tanpa pertimbangan yang benar-benar kuat dan utuh, amat mudah sekali untuk mereka terjatuh di dalam kesesatan lantas mengundang kemurkaan Allah s.w.t.

So what!?

Dengan kekuatan yang dimiliki dari segi zahir dan batin, para remaja seharusnya berjuang melawan kehendak hawa nafsu mereka dengan menjadikan agama sebagai asas pegangan.

Remaja yang berjaya mengharungi ujian dan cabaran selama keberlangsungan peringkat ini, adalah merupakan remaja yang benar-benar bertaqwa kepada Allah s.w.t.

Tanggapan bahawa umur masih muda dan masih banyak yang perlu di"enjoy" selain kesempatan yang masih luas untuk bertaubat adalah satu persepsi yang perlu dibuang. Hal sedemikian adalah merupakan sebab kepada kelalaian mereka seterusnya menjadikan mereka lupa tentang tanggungjawab yang digalasi di atas pundak bahu mereka.

Ada aku kessah?!

Remaja merupakan generasi tunjang kekuatan dan paksi kepada masa depan sebuah masyarakat. Kehebatan sesebuah masyarakat amatlah bergantung kepada keadaan remaja. Apabila remaja menjadi menjadi hebat dan kuat, maka begitulah keadaan sesebuah masyarakat. Tetapi apabila rosaknya remaja, maka begitu jugalah yang menimpa sesebuah masyarakat khususnya dan Ummat Islam seluruhnya.

( baligh ~ 30 = Remaja | 30 ~ 40 = Pemuda | 40 ~ ke atas = Tua [veteran] )

P/S: Oh, rumaja tanahairku!

2

KECEMERLANGAN ADALAH KETAATAN KEPADA ALLAH SWT

|

25 April 2009

Sekadar buat renungan dan motivasi diri untuk menempuh Imtihan yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi. Kredit to Akhi Ali Hussen.

Sesungguhnya kecemerlangan akademik adalah kepentingan yg besar dalam kehidupan umat Islam, yang mana disana terdapat ulama’ yg meninggalkan kepada dunia ilmu-ilmu dan amal mereka, contoh seperti Ibnu Sina, Al Khawarizmi, Ibnu Nafis dan ramai lagi.

Oleh itu marilah kita bertanya pada diri,

MENGAPAKAH AKU PERLU CEMERLANG? baca selanjutnya dari sumber...

4

Buka Ruangan Komentar!

|

17 April 2009

Bagi seorang blogger, tiada apa yang lebih memuaskan hati, hanyalah apabila dapat menulis serta mampu meng'update'kan blog dari semasa ke semasa. Apatah lagi, sewaktu mengisi ruangan 'new post' itu, idea datang menjenguk mencurah-curah dan sesuai pula pada masanya. Sudah tentu ianya akan menambahkan lagi keghairahan untuk mengarang.

Tambahan pula, cara dan gaya olahan ayat tulisan memang tip-top, sehingga dapat menimbulkan rasa semangat para pengunjung alam maya yang terkadang itu hanya singgah sebentar sekadar untuk tumpang bertenggek. Fenomena sedemikian sudah pastinya akan menjadikan mereka lebih berasa tertarik, lantas mengabadikan blog itu sebagai tempat persinggahan yang lazim dek kerana terpikat akan keindahan blog dan susunan bait-bait olahan ayat yang termaktub di dalamnya.

Bagi sesetengah blogger pula, tidak cukup dengan itu sahaja. Ada yang cenderung menghias blog dengan pelbagai design grafik dan aksesori tambahan yang menarik dan berguna. Mereka merasakan hal sedemikian lebih mampu dan berkesan untuk menarik perhatian, menawan kalbu dan menambat hati para pengunjung. Namun kesemuanya itu tadi, seolah tidak bermakna jikalau mereka tidak pandai dan gagal memanfaatkan blog mereka seadanya.

Suatu perkara yang tidak boleh dipandang ringan oleh mat-mat blogger, yang gemar menulis dan mengulas tentang seuatu isu serta kerap kali menampilkan sesuatu pendapat dan pandangan, adalah menjadi satu kemestian bagi mereka membuka dan memberi ruang untuk para pengunjung meninggalkan komentar.

Samada komentar yang ditinggalkan itu berbentuk pertanyaan atau nasihat atau pandangan atau kritikan, ianya seakan menjadi satu tanda, bahawa post-entry kita itu ada nilainya tersendiri dan benar-benar menarik perhatian mereka, sehingga membuatkan mereka gatal tangan untuk meniggalkan kesan di situ. Keengganan berbuat demikian adalah menjadi satu faktor para blogger boleh dilabelkan sebagai seorang yang syok sendiri (SS).

Memang bukan semua orang suka hasil karyanya itu dikomen. Namun komentar yang dilemparkan dan ditujukan itu memberi maksud yang cukup mendalam untuk menilai sejauh mana tahap penulisan dan keberkesanannya dari sudut pandangan orang lain.

Satu hakikat yang perlu difahami, memberi komentar tidak hanya ketika seseorang melakukan kesalahan, namun juga ketika melakukan perkara yang baik dan betul. Jadi tidak salahnya kita membuka dan memberi ruang untuk dikomen.

Komentar berbau kritikan yang dilemparkan, boleh dijadikan sebagai cabaran buat para blogger, dan jika tidak benar sekalipun, buktikan kepada semua pihak akan kebenarannya daripada kita menyekat dan menghalang sekaligus menggambarkan bahawa kita adalah seorang yang tidak boleh dikritik. Sikap sebegini juga seolah-olah mengatakan bahawa pandangan dan buah fikiran kita adalah benar dan harus diterima oleh semua pihak. Dari mana kita belajar teori itu?

Ruangan komentar yang dibuka adalah mencerminkan bahawa kita mempunyai prinsip-prinsip yang jelas. Kebersediaan kita untuk diritik juga memberi makna bahawa kita benar-benar ikhlas dan yakin dengan setiap apa yang kita tampilkan dari buah fikiran dan pandangan kita. Ia juga menggambarkan bahawa kita mengamalkan sikap keterbukaan dan tidak takut untuk ditegur sekiranya kita tersalah.

Dengan mengamalkan sikap sedemikian, akan suburlah budaya berkongsi pendapat dan bertukar-tukar pandangan yang sudah tentunya akan membuahkan hasil perpaduan dan kesatuan yang kukuh lagi stabil. Juga, kita dapat mengkaji kelemahan dan melihat sejauh mana penerimaan para penjelajah alam maya ini terhadap apa yang cuba kita tampilkan melalui hasil tulisan kita.

Sikap blogger yang menyekat dan menghalang, tidak membuka ruang untuk dikomen hanya akan mengundang kebencian para pengunjung. Mereka hanya dapat membaca dan melihat tulisan kita tanpa kita mengetahui, adakah mereka bersetuju dengan apa yang kita lontarkan atau sebaliknya?

" Keredhaan seluruh manusia adalah suatu perkara yang tidak akan pernah dinikmati "~Hikam wa Amsal
Ada pula sikap sesetengah blogger, yang hanya meng'accept' atau meng'approve' komen-komen yang sealiran dengannya yang menyokong dan bersetuju dengan pandangan dia sahaja. Sikap sebegini hanyalah sikap orang yang mementingkan diri sendiri, takut menghadapi kenyataan dan mencerminkan bahawa dia tidak mempunyai prinsip-prinsip yang jelas dan teguh. Dia juga merupakan seorang yang tidak jujur dan ikhlas dalam menampilkan hasil buah fikiran dan pandangannya. Tindakannya itu menampakkan hilangnya kekuatan daya intelek dan professional. Adalah lebih baik baginya untuk duduk diam-diam!

Bagi aku yang masih baru dalam alam maya ini, aku lebih cenderung untuk membaca hasil penulisan seseorang serta cuba memahami tulisannya itu. Aku tidak pandai menulis dan mengolah ayat berirama untuk menarik perhatian orang yang membaca. Kebanyakkan hasil tulisan aku, adalah cedukan dari beberapa artikel yang aku rasa boleh dijadikan panduan. Selagi aku mampu untuk mengolah ayat sendiri untuk mengelakkan dari berlakunya kes 'copy' dan 'paste', selagi itu akan terus menulis mengikut selera kehendak nafsu buas aku. Perlu dimaklumkan, (supaya tidak berlaku kekeliruan) sememangnya blog aku adalah untuk tatapan peribadi. Aku tidak pernah menjemput sesiapapun secara rasmi untuk datang menatap blog aku yang serba kekurangan ini.

Jadilah blogger yang sejati!

P/S: Jangan fikirkan yang sedap saja, kadang-kadang kita kena juga telan yang pahit, sebab kadang-kadang yang pahit itu ubat, sedang yang sedap itu racun. ~HM Tuah Iskandar al-Haj~

0

Akhlak Terpuji Peribadi Dihormati!

|

2 April 2009

Firman Allah S.W.T yang bermaksud;
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang) Surah Al-Ahzab : 21
Dalam sebuah hadis sabda Nabi SAW yang bermaksud;

“Sesungguhnya orang mukmin yang paling sempurna Iman adalah manusia yang akhlaknya paling baik.”

Sabda Nabi SAW juga yang bermaksud;

“Sesungguhnya aku diutuskan bagi menyempurnakan akhlak yang baik.”

Akhlak merupakan salah satu tuntutan syarak yang wajib ditunaikan oleh setiap manusia muslim.

Tanpa akhlak, muslim yang selayaknya menerima pujian akan dicela dan dihina ekoran akhlak yang mulia tidak ditonjolkan kepada manusia, terutama kepada bukan muslim.

Rasulullah SAW merupakan seorang pemimpin besar yang telah membuktikan kehebatan dan keindahan akhlak baginda.

Sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w , sewajibnya kita mengikut segala akhlak Baginda SAW, agar ikutan tersebut memberi kesan kepada kita dengan mendapat syafaat dan tergolong dari kalangan orang yang bersama-sama dengan baginda SAW di dalam syurga nanti.

Sumber: AL-BAKISTANI KE FIKRAH HAI

-------------------------------------------------------------------------------------------------

"Siti Nurhaliza kunjungi Nik Aziz"


KOTA BHARU, 2 April: Penyanyi nombor satu Negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pertemuan yang diadakan di Pejabat Menteri Besar yang berlangsung kira-kira setengah jam itu turut dihadiri suaminya, Datuk Seri Khalid Jiwa atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Datuk K’.

Siti Nurhaliza yang lebih mesra dengan panggilan ‘Siti’ mengambil peluang bertemu dengan Tuan Guru sempena dengan persembahannya di negeri itu sempena keputeraan Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra yang ke-59 di sebuah hotel malam tadi.

Sempena dengan kunjungan julungkali itu, Siti Nurhaliza turut menyampaikan cenderahatinya buat Tuan Guru dan begitu juga Tuan Guru turut menyampaikan cenderahati kepada pasangan suami isteri itu.

Datuk K sempat bertanya tentang kesihatan Tuan Guru khususnya berhubung masaalah penyakit yang dihidapi ketua kerajaan itu.

Siti ketika ditemui melahirkan rasa syukur kerana hasrat yang telah lama diidamkannya itu untuk bertemu akhirnya membuahkan hasil walaupun pertemuan itu hanya secara spontan tanpa dirancang awal.

Menurutnya, selama ini beliau hanya mengenali Tuan Guru hanya dalam media masa dan televisyen sahaja, tanpa bertemu secara dekat.

“Alhamdulillah Tuan Guru bersedia menerima kunjungan hormat saya dan suami dan pertemuan ini sebenarnya tiada sesuatu yang istimewa sebenarnya, maksudnya tiada agenda apa-apa.

“Orang kata sepanjang hidup ni nak juga lah bertemu dengan Tuan Guru kerana saya begitu menghormati beliau secara peribadinya,”ujarnya lagi.

Setelah bertemu dengan Tuan Guru, beliau semakin mengenalinya sambil menyifatkan Tuan Guru seorang yang berpegang pada prinsip serta ajarannya yang tersendiri.

“Saya selalu datang Kelantan, orang kata nak jugalah bertemu dengan Tuan Guru selaku tuan rumah pada negeri ni dan tidak adalah orang kata istimewa ke apa-apa ke," katanya.

Sementara itu kakitangan Pejabat Menteri Besar serta kakitangan awam lain yang berhampiran dengan pejabat itu turut mengambil peluang untuk bertemu dengan salebriti ternama itu sambil bersalam dan bergambar.

Salmah Mat Husain
Foto: Rizal Tahir
Sumber: SIASAH

P/S: Akhlak yang mulia adalah cerminan dari keperibadian yang unggul..

0

Buat baik dibalas baik...

|

29 March 2009

( Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik - melainkan balasan yang baik juga?Ar-Rahman;60 )

Lama menyepi. Macam biasa, alasan yang sudah bosan dan agak terkebelakang tapi masih relevan untuk digunakan serta susah untuk di tolak; kekurangan dan kekeringan idea membelenggu diri serta ketiadaan waktu untuk menulis kerana telah banyak digunakan atau ayat lebih tepat lagi dihabiskan pada perkara-perkara yang agak kurang berfaedah. Tanpa berhajat dan perlu untuk menukilkan perkara-perkara tersebut, kali ini entry lebih cenderung kepada nasihat dan pesanan untuk diri sendiri khususnya.

Pepatah Melayu, yang penuh sarat dengan kalam sastera orang-orang tua lama yang terkadang banyak terpengaruh dengan tahyul yang karut-marut ada menyebut; "buat baik dibalas baik, buat jahat jangan sekali" ( macam nak sama dengan PS aku pada entry lepas ). Walaupun banyak tafsiran dan terjemahan yang boleh dibuat pada pepatah ini, namun apa yang hendak dimaksudkan adalah seakan-akan maksud kalam Allah s.w.t di atas. Sudah tentunya tanpa syak wasangka dan ragu-ragu lagi, Al-quran telah wujud sebelum pepatah Melayu yang kebanyakkannya karut-marut muncul. Sekaligus ini bermakna, pepatah Melayu itu tadi telah mengambil dan meminjam serta mengiyakan akan kalam Allah yang sebenarnya tidak berhajat dan perlu lansung kepada peng"iya"an mana-mana kaum termasuklah Melayu itu sendiri.

Sekilas pandang, kita melihat ayat tersebut seolah-olah hendak menyatakan kepada kita bahawa, perbuatan yang baik semestinya perlu dibalas dengan kebaikan jua (bukan setakat kena kenang ja). Sebagai orang Islam yang telah lama menganut agama yang suci dan murni ini, sejak dari dalam perut ibu hinggalah besar hampir serupa gajah, satu perkara yang telah kita fahami dan maklumi, sesungguhnya Allah s.w.t tidak pernah berhajat apa-apapun daripada hamba-hambanya walaupun sekelumit.

Dalam konteks ayat di atas, ianya bukan bermaksud; apabila Allah s.w.t menurunkan kebaikkan kepada kita, maka seharusnya kita perlu membuat kebaikkan sebagai balasan untuk apa yang diturunkan olehNya. Jika kita mentafsirkan sedemikian rupa, maka kita seolah-olah mengatakan bahawa kita perlu membuat kebaikan kepadaNya juga sebagai balasan. Adakah Allah s.w.t berhajat kepada kebaikkan kita? dan adakah sebelum Allah s.w.t menciptakan kita, Dia berjahat kepada hamba-hamba atau ciptaan untuk berbuat baik kepadaNya? Maha suci Allah dari segala perkara itu. Dia adalah Maha kaya-raya. Setiap apa yang selainNya itu adalah ققير اليه (berhajat kepadanya). Firman Allah s.w.t yang bermaksud:"

(Oleh kerana Allah menguasai segala-galanya, maka) Wahai umat manusia, kamulah yang sentiasa berhajat kepada Allah (dalam segala perkara), sedang Allah Dia lah sahaja Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji. Jika Ia mahu, nescaya Ia membinasakan kamu dan mendatangkan makhluk yang baharu. Dan (perlaksanaan) yang demikian itu tidaklah sukar bagi Allah."
Sebenarnya, perbuatan baik yang kita lakukan dan laksanakan adalah ianya semata-mata hanyalah untuk diri kita yang hina-dina ini. Perbuatan itu tidak ada kena mengena lansung dengan nikmat kebaikan yang telah Allah turunkan kepada segenap manusia. Perbuatan itu pada hakikatnya adalah untuk bekalan kita untuk berjumpa dengan Pencipta segala kejadian. Kita sebagai hambaNya akan berasa amat malu apabila memerhatikan dan mendalami maksud ayat tersebut yang pada zahirnya, ia menyeru kepada kita untuk membalas padaNya dengan kebaikan di atas segala jenis kebaikan yang telah diturunkan. Sebaliknya pada hakikat sebenar, balasan itu bukanlah untuk Dia, akan tetapi ianya adalah untuk diri kita sendiri. Seolah-olah Allah s.w.t sengaja meletakkan diriNya sebagai penerima kebaikan supaya kita sebagai hambanya suka dan cinta untuk terus melakukannya.

Kebiasannya dalam kehidupan manusia, kalau kita menerima sesuatu yang baik, sudah tentu kita akan membalas seumpamanya jua, yang seterusnya akan membawa kebaikan dalam perhubungan sesama manusia. Nah, inikan pula membalas dengan berbuat baik (mentaati perintah Allah dan RasulNya) kepada Sang Pencipta yang menurunkan rezeki dan rahmat! Sudah tentu akan melimpah-ruah dan berganda nikmat yang akan diturunkan kelak. Siapa yang berakal dan cukup sifatnya sebagai seorang manusia, yang tidak suka mendapat balasan, apabila melakukan kebaikan kepada seseorang (tak kigha la mintak ka dak. Persoalan dia suka ka dak?)?.

Seolah-olahnya kita ini, apabila berbuat baik kepada Allah, Dia akan membalas dengan kebaikan sepertimana pepatah Melayu (yang kebanyakannya sonsang) tadi " buat baik dibalas baik " . Padahal, perbuatan baik yang dikerjakan itu adalah berbalik kepada bekalan untuk kita di akhirat kelak. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan. "
Maka dengan itu, aku menyeru diri aku sendiri khususnya (bila ada khusus mesti ada am, pandai-pandai buat ayat sendiri) untuk melakukan kebaikan dan terus melaksanakannya hanya semata-mata untuk diri yang hina-dina ini. Bertaubatlah kepada Allah s.w.t kerana sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

" Ya Allah Ya Tuhanku, telah benarlah setiap apa yang Engkau katakan( Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik - melainkan balasan yang baik juga?). Sesungguhnya Engkau telah menurunkan kebaikan ke atas diriku yang sentiasa berhajat dan memerlukan petunjuk dan rahmatMu. Aku memohon supaya diberikan kekuatan untuk mempersembahkan kepadaMU segala perbuatan kebaikan dariku sebagai balasan di atas segala jenis kebaikan yang telah Engkau turunkan ke atas diriku dan tidaklah pada hakikat sebenar, ianya tidak lebih adalah untuk diriku yang lemah dan hina-dina ini."

P/S:Kalau haram tu, haram la...tak payah la kilaih nak bagi pelepaih jugak...

6

Otai Kabeer...

|

28 February 2009

Kebiasaannya, kita mesti akan rasa marah apabila ada orang yang mencuba memainkan perasaan dan emosi kita samada sengaja atau tidak sengaja. Walaupun kita adalah seorang yang bersabar dan tenang menghadapi sesuatu keadaan yang tegang sekalipun, namun jauh dari dalam sudut hati kita, mesti terdetik atau tersimpan perasaan marah dan tersinggung lantas mahu menyepak terajang orang yang membuat provokasi itu. Namun mungkin disebabkan kita masih mengimbangi perasaan kita itu mengikut neraca agama, Alhamdulillah kita masih dapat mengawal perasaan dan emosi yang sebenarnya bergolak bak air yang sedang dimasak panas menggelegak.

Aku juga tak terlepas dari memilki perasaan dan emosi sebegitu, walaupun orang yang menyakitkan hati aku ini adalah seorang yang mempunyai pengaruh pada persepsi aku, malah lebih tua dari aku dari segi umur dan pengalaman, namun sejak dua menjak ini, perangai dia sudah cukup untuk memualkan sekaligus membuatkan aku berharap dan berkehendak untuk menyepak terajang kepala dia. Aku menghargai harapan dan tanggapan dia kalau ianya baik, walaupun aku tidak tahu apa niat sebenar dia. Mungkinkah tujuan dia mahu melihat aku berjaya dan berada pada tahap dia berada sekarang (kununya la) atau sebaliknya.

Dari pemerhatian aku, dia ini seorang yang baik dan berhati perut. Berkemungkinan kecil, ungkapan yang dilafazkan kepada aku bukan kemahuan dia yang sebenar. Tetapi cara lafaz dan kata-kata yang digunapakai yang mungkin bagi dia akan memberi kesan kepada aku, agak keterlaluan dan melampau dan ianya berlaku bukan sekali dua malah melebihi tahap maksimum kesabaran seseorang. Saat itu, aku sebenarnya sudah agak hilang pertimbangan. Sebelum ini aku masih mampu bersabar kerana cara provokasi yang dimainkan biasa dan masih mampu untuk diterima oleh sesiapa saja yang mendengarnya. Mungkin kerana sudah muak dan bosan dek kerana hari-hari membaca dan menelaah bahasa media massa yang sudah menjadi kebiasaan atau keperluaan agaknya bagi mereka hanya semata-mata untuk memainkan perasaan dan emosi pihak-pihak tertentu dalam menjatuhkan mereka. Namun malangnya mereka sebenarnya terkebelakang malah tidak ada sedikit kesan pun yang ditinggalkan.

Soalan dari Otai kabeer seperti yang aku catatkan disini adalah 80% benar. Ini bermakna, lagi 20% adalah merupakan tokok tambah yang tidaklah keterlaluan dan melampau (lebih kurang la maksud aku). Ianya bukan rekaan atau retorik semata.
Jenis-jenis ungkapan yang sebenarnya datang dalam pelbagai gambaran dan bentuk samada secara ayat sindiran atau mainan jenaka atau nasihat yang mempunyai unsur-unsur provokasi. Semuanya telah aku olah menjadi soalan-soalan supaya senang aku nak balas dan jawab. Tapi semua jawapan aku adalah imiginasi dan bukannya realiti. Maksud aku, jawapan aku kepada persoalan adalah berlangsung dalam kepala hotak aku sahaja.

Aku belum pun pernah bercadang nak hemburkan kepada dia.
Semua itu adalah semata-mata untuk menjaga hati dan perasaan dia sekaligus menjaga imej dan maruah dia dari dicemari dan diperkecilkan. Pendek kata aku masih menaruh perasaan hormat kepada dia. Apa yang aku harapkan adalah semoga dia menyedari akan kesalahan dan kesilapan dia dan kembali kepada pertimbangan necara agama yang benar dan sempurna.

Hiwar baini wa baina Otai Kabeer...

Otai Kabeer : Laa..hang sebenaqnya buat apa lagi kat sini ? Tak reti-reti nak balik ka?
Aku : Lantak la, bukan ang yang support aku. Yang ang sibuk sangat pasaipa?

Otai Kabeer : Hang nak bodo kat sini ka? Balik M'sia la, sambung kat sana, depa siap bagi bantuan kat hang.
Aku : ( Ayat maki-hamun)!!! Macam ang tue pandai sangat. Aku bukannya kebuluq sangat aih. Kalau ang kebuluq sangat, pi la balik, buat apa suruh aku balik.

Otai Kabeer : Tak pun, sambung di UK sana nu, sekarang ni zaman kegemilangan Islam bukan disini, tapi di Eropah sana.
Aku : Eleeeh, sejak bila pulak ang amik berat bab kegemilangan Islam ni. Setahu aku, ang la diantara orang yang bertanggungjawab nak lihat keruntuhan Agama Islam. Ang sekat sana, ang sekat sini. Ang sendiri tu pun belum mengemilangkan Islam. Pandai nak cakap bab kegemilangan Islam kat aku pulak. Piiraahh mabuk!!!

Otai Kabeer : Ang tak takut ka? La ni baru bom dekat situ. Esok ntah ka dia bom satu mesir ni, paih tue tercetus peperangan pulak. Ceeeehh...kununnya ang nak jadi pejuang la, nak turut sama berperang.
Aku : Laa...tak tau pulak aku kata ang takut mati. Mati syahid pun ang tak mau. Gamaknya ang ni tak kenai syurga kot. Dok nampak nak ke neraka dah ang ni. bawak-bawak bertaubat. Dan lagi ni (sambil melihat jam tangan).

Otai Kaberr : Kalau ang balik la ni, paih tue pi cari kerja kat M'sia, dapat la jugak duit. Buleh la tampung kehidupan ang tue. Celah-celah tue, buleh jugak bagi duit kat mak bapak ang. tampung kehidupan depa.
Aku : Iskhh...mampuih pi kat aku la, aku nak balik ka dak? Lagipun mak bapak aku yang suruh aku sambung ngaji kat sini. Depa nak suruh aku nak ngaji bagi pandai, tak buta agama, bukan nak buta pekak lagu ang. Hang takpa la, nak mati dalam kejahilan. Aku tak mau.

Banyak lagi sebenarnya. Tapi sampai kat sini ja yang aku dapat paparkan. Aku malas nak menulis dan malas nak maki orang banyak-banyak. Sorry la untuk entry kali ini. Saja aku isi dengan benda yang merapu dan tak berfaedah ini sebab tadak apa nak isi. Kalau dibiarkan kosong lama-lama tak beshh pulak.

P/S: Oghang tua² kita selalu berpesan : " You better watch out ur mouth dude, and
don't you ever be rude !!! "

1

Dosa kocik...

|

17 February 2009

Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya turun di suatu tempat di padang pasir yang tandus dan tidak ada tanamannya.

Tetapi dihari itu mereka perlu untuk menyalakan api. Lantas Baginda s.a.w memerintahkan supaya para sahabat mencari dan mengumpulkan kayu-kayu kecil untuk dibuat unggun api.

Sambil mengiyakan perintah Baginda, mereka turut menyatakan kepada Baginda s.a.w bahawa padang pasir ini kosong dan tidak terlihat satu pun akan kayu-kayu kecil disini.

Baginda Nabi s.a.w tetap bertegas supaya setiap orang harus mengumpulkan sebanyak mana yang termampu.

Taat di atas perintah baginda, semua sahabat patuh dan pergi ke padang pasir.

Dengan penuh kesungguhan, mereka mencari cari kayu-kayu kecil dan mengumpulkannya, hingga akhirnya setiap orang berhasil membawa ikatan-ikatan kecil ranting ranting kayu dan dikumpulkan di suatu tempat.

Sebentar kemudian jadilah setumpukan kayu yang telah menimbun.

Kemudian Baginda Nabi s.a.w bersabda : “ Dosa dosa kecil sama seperti kayu kayu kecil ini. Pada mulanya dia tidak tampak dimata, namun setiap sesuatu pasti ada yang mencari dan mengejarnya. Apa yang kamu cari tadi kini telah tertimbun banyak dihadapan mata. Dosa-dosa kamu kelak juga akan dikumpulkan dan dihisab. Suatu hari nanti, kamu akan melihat dosa-dosa kecil yang pada mulanya tidak tampak dimata tiba tiba telah tinggi menggunung "( diadaptasi dari tulisan Aris Awang )

Kisah di atas memberi pengajaran yang besar kepada kita bahawa betapa yang kecil boleh menjadi besar dengan hasil pengumpulannya. Orang melayu ada bermadah " kecil-kecil, lama-lama jadi bukit".

Begitu juga dengan dosa-dosa kecil. Dosa-dosa kecil akan menjadi satu dosa yang besar akibat pengumpulannya. Malah perbuatan menganggap dosa-dosa sebagai kecil adalah sebahagian dari dosa-dosa besar. Dosa-dosa kecil merupakan permulaan bagi dosa-dosa besar.

Perbahasan mengenai perbezaan dosa kepada kecil dan besar adalah satu perbahasan yang cukup panjang. Walaupun ada dikalangan ulama yang menafikan kewujudan dosa kecil, namun begitu sebahagian besarnya bersepakat akan kewujudannya. Dosa pada asasnya ( sebelum dibezakan besar dan kecil) adalah merupakan segala perbuatan yang bertentangan dengan kehendak dan perintah Allah s.w.t. Abdullah bin Abbas pernah berkata : " setiap perbuatan yang menentang agama Allah adalah dosa besar ".

Dosa-dosa boleh dihapuskan dengan beberapa amalan. Dalam sebuah hadis ada menggambarkan bahawa dosa-dosa kecil terhapus ketika seseorang itu mengambil wuduk. Apabila ia membasuh anggota-anggota wuduk seperti kepala, maka hanyutlah dosa-dosa yang berkaitan dengan anggota tersebut sepertimana berguguran daun-daun kering apabila ditiup angin. Adapun dosa besar, ianya tidaklah dapat dihapuskan dengan berwuduk, tetapi ia perlu kepada taubat sebenar-benarnya.

Hari pembalasan dan perhitungan bukanlah sekarang. Tetapi semua itu akan berlaku pada hari kiamat nanti. Disana manusia akan diperlihatkan akan amalan-amalan mereka. Sesiapa yang mati dalam keadaan dia masih melakukan dosa-dosa tanpa sempat bertaubat, maka neraka jahanam akan menantinya disana.

P/S: " Buat baik jangan pada-pada saja, buat jahat toksah dok buat selalu sangat, orang menyampah."

1

Koreksi minda...

|

12 February 2009

Dah lama aku menyepi dari alam blog ini. Walaupun tiada sesiapa yang bertanya, namun aku tetap juga nak memberitahu bahawa sesungguhnya aku telah lama menyepi dari menulis blog. Pun begitu, penyepian aku ini bukan bermakna aku berhenti menulis blog, sekali lagi aku menjawab kepada persoalan yang tidak wujud bahawa ini semua berlaku kerana kemudahan mendapatkan internet selain kekeringan dan kekurangan idea untuk menulis.

Sebenarnya idea dan cetusan minda ini boleh terhasil dari mengikuti perkembangan semasa. Sejak akhir-akhir ini, begitu banyak perkara-perkara dan peristiwa-peristiwa yang berlaku disekeliling kita. Jadi sepatutnya tidak timbul isu kekeringan dan kekurangan idea. Tetapi bagi seorang blogger seperti aku, aku bukannya kurang berminat dan kurang suka untuk mengulas isu semasa, namun di sana ada benda yang perlu dijaga dan ditapisi bagi mengelakkan berlaku sebarang pertembungan yang tidak diingini yang seterusnya membawa kepada keadaan yang tidak menentu dan selesa. Ditambah lagi dengan kekurangan ilmu dan pengetahuan terhadap sesuatu perkara yang hendak diulasi dan digambarkan sehingga ianya boleh membawa kepada salah faham dan juga keraguan dalam huraian-huraian tersebut. Imam Ghazali pernah berkata: " Mengaji tanpa berfikir amat merugikan, berfikir tanpa mengaji amat membahayakan ". Seperti yang sedia maklum, menulis ini merupakan interpretasi kepada apa yang ada dalam pemikiran. Namun begitu, ini bukan bererti aku seorang yang jenis mudah mengadaikan prinsip-prinsip yang aku pegang selama ini, tetapi aku masih merasakan masanya belum sesuai dan keadaan belum mengizinkan untuk semua itu.

Aku sudah banyak kali sebenarnya mencuba untuk mengulas isu-isu panas yang berlaku sejak akhir-akhir ini. Hampir 3 ke 4 tajuk yang aku tukar hanya semata-mata hendak mendapatkan "feel" menulis kununnya. Akhirnya, aku tersungkur dihadapan monitor komputer yang besarnya 21 inci ini. Mana tidaknya, serba salah aku dibuatnya tatkala sampai satu babak atau bab yang mendorong aku untuk memaki hamun dan mencarut dalam penulisan aku. Ini semua terjadi gara-gara emosi dan perasaan aku yang kadang-kadang sudah sampai kemuncak dan tidak dapat dibendung lagi. Kalau tidak kerana tunduk kepada pertimbangan agama, sudah lama blog aku ini dipenuhi dan diisi dengan perkataan-perkataan yang tidak senonoh, bermoral serta beretika. Alhamdulillah semuanya masih dikawal.

Apapun yang berlaku dan terjadi, satu perkara yang aku pohon kepada sesiapa sahaja yang berkunjung ke blog aku secara sengaja atau tidak sengaja supaya sentiasa menjadikan agama Islam sebagai paksi pertimbangan hidup. Jangan jadikan pertimbangan akal dan perasaan atau emosi semata-mata kerana ianya boleh membawa kepada bencana dan ketidaktentuan yang sekaligus meninggalkan kesan yang mendalam dalam hidup kita. Perlu diingatkan bahawa semua yang berlaku itu ada hikmahnya tersendiri. Manusia yang beriman memang akan diuji untuk membuktikan sejauh mana dalamnya keimanannya kepada Allah. Aku juga ingin mengambil kesempatan kali ini untuk menyeru supaya teruskan perjuangan menegakkan kebenaran walau apapun yang mendatang. Moga pahit manis perjuangan akan membentuk diri menjadi mukmin sejati!!!

P/S: Usah takut usah gentar seandainya kita dipihak yang BENAR.

2

Pakat-pakat beringat...

|

22 January 2009

fatwa
Klik pada gambar untuk terus ke sumber berita

Macam tu la ceritanya. Walaupun nampak macam agak berat untuk dilaksanakan, namun dari sudut pandangan ulama tersohor Dr. Qardhawi, kaedah ini perlu dan adalah yang terbaik ketika ini tanpa memudharatkan mana-mana pihak. Ianya merupakan sebahagian daripada jihad bahkan ianya boleh dilaksanakan pada semua peringkat. Ianya juga tidak memerlukan apa-apa modal yang merugikan. Dengan cara ini, kita boleh melemahkan pihak musuh yang selama ini bertindak agresif menindas Umat Islam di seluruh dunia khususnya Palestin.

Sedar atau tidak, dengan membeli barangan keluaran mereka, kita seolah-olah menyokong mereka bahkan memberikan sumbangan pula kepada mereka yang seterusnya menggunakannya untuk kepentingan mereka.

P/S:Kalau tak guna hat depa pun kita tak keluluq aih...banyak lagi hat len...payah apa aih!!!

3

Sumbangan kita

|

13 January 2009

Ada kebenarannya juga apabila ramai dari forumers bola sepak yang secara sinis menyatakan " kalaulah sekiranya tulisan yang tertera pada baju pemain bola sepak tersebut adalah perkataan I S R A E L I A, sudah semestinya dia tidak akan dikenakan apa-apa tindakan ". Beberapa hari yang lalu, seorang pemain dari kelab bola sepak sepanyol telah disaman EUR3000 di atas tindakannya menonjolkan baju yang termaktub perkataan PALESTINA. Pemain ini dikatakan cuba menghantar mesej yang menuntut keamanan dan kesejahteraan serta mengutuk serangan yang dilancarkan oleh puak Zionis Yahudi di semenanjung Gaza.

Israel yang ganas menyerang Palestin sejak akhir tahun lepas semakin hari bertambah rakus menganyang rakyat negara tersebut. Terbaru Israel dikatakan menggunakan sejenis BOM yang telah diharamkan penggunaannya dalam memastikan gaza benar-benar musnah. Berbagai-bagai jenis usaha yang cuba dicaturkan oleh pelbagai pihak dalam memastikan tindakan Israel ini dihentikan serta-merta. Rundingan gencatan senjata yang cuba diusahakan oleh beberapa buah negara yang kununnya bersimpati di atas keadaan tersebut tidak dilayan dan dipedulikan sama sekali oleh Israel. Malah ianya seolah-olah permainan apabila Israel terus membedil Gaza tanpa belas kasihan.

Muzaharat atau demontrasi begitu aktif dilaksanakan di seluruh dunia terutamanya penduduk Timur Tengah yang menuntut supaya para ketua-ketua negara mereka segera bersatu mencari jalan penyelesaian dan membasmi kegiatan Israel. Tidak kurang rancaknya juga muzaharat ini dilaporkan aktif dilakukan oleh negara-negara Eropah yang melihat perbuataan Israel ini adalah satu penindasan dan pencerobohan secara haram yang sepatutnya tidak berlaku di dalam keadaan dunia yang matang pada masa kini. Namun disebalik kerancakan itu, apa yang paling menyedihkan apabila negara yang menjadi harapan dan dikatakan memiliki kekuatan yang cukup untuk membantu mengubah nasib rakyat Palestin lansung tidak mempedulikan malah bertindak liar menangkap mereka yang terlibat dalam demontrasi tersebut. Rejim Presiden Husni Mubarak dikatakan turut mempunyai saham di dalam serangan Israel ke atas Palestin apabila beliau enggan membuka pintu sempadan yang menghubungkan wilayah Gaza dengan negara Mesir untuk kemasukan bantuan-bantuan dari luar. Keengganan beliau ini menimbulkan rasa marah dan syak wasangka bahawa beliau merupakan salah seorang orang kuat yang mendalangi serangan ganas tersebut.


Kempen memboikot barangan Israel dan sekutu kuatnya Amerika juga dikatakan mendapat sambutan hebat dan berkesan. Ini terbukti apabila syarikat-syarikat yang beroperasi menjual barangan mereka ini melahirkan kegelisahan dan ketakutan akan melemahkan kewangan syarikat tersebut. Rentetan dari situasi tersebut, ada juga suara-suara yang mahu kempen boikot ini difikirkan kembali akan kewajarannya. Ini berikutan kedudukan Amerika sebagai sebuah negara yang mendominasi Ekonomi dunia. Namun begitu, tidak ada apa yang perlu dirisaukan sebenarnya. Ini kerana, Amerika juga merupakan negara pencetak wang dan sudah semestinya mereka akan menanggung kerugian dengan lebih berganda terhadap syarikat-syarikat yang memperdagangkan barangan mereka.


Apa yang perlu difikirkan sekarang adalah sumbangan kita sebagai Umat Islam kepada saudara-saudara seagama kita yang sedang ditindas. Mungkin kita masih belum bersedia untuk mengangkat senjata berperang menangkis segala serangan mereka . Namun ini tidak bermakna kita hanya tunggu dan lihat dan tidak mencari jalan atau peluang yang dirasakan mampu untuk membantu insan seagama kita di sana. Dalam manhaj atau kaedah terakhir mengubah kemungkaran adalah dengan membenci perkara tersebut dengan hati. Namun begitu kebencian terhadap kemungkaran itu tidak hanya bersarang dalam hati, malah ianya perlu ditaswirkan dalam pelbagai bentuk yang menunjukkan bahawa kita benar-benar membenci perkara tersebut.

P/S:Adoi la imtihan...awat payah sangat tak tau???

0

Lepak arr...baghu nak start !!!

|

3 January 2009

Kedah meneruskan siri kekalahan awal musim baru apabila tumpas kepada Selangor 1 - 4 di Stadium Darul Aman. Awal musim lepas, Kedah juga tewas kepada Perlis selepas seri tanpa jaringan yang berkesudahan dengan penentuan sepakan penalti.

Mungkin ramai peminat bola sepak tempatan yang melihat, bahawa ini adalah tahun kesedihan bagi Kedah apabila hilang beberapa pemain import yang selama ini menjadi tonggak kejayaan Kedah merangkul kejuaraan berganda 2 kali berturut-turut. Ada pula segelintir peminat yang melihat kekalahan semalam tidak lebih dari hanya satu bentuk tradisi yang dikekalkan oleh skuad Kenari. Sudah pastinya ia tidak sedikitpun membawa kesan untuk bersaing merebut kejuaraan pada tahun ini. Sedikit keresahan dan kegelisahan mungkin membalut hati penyokong Skuad Kenari apabila menyaksikan prestasi penjaga gol utama mereka merosot teruk. Helmi dikatakan mengulangi kembali insiden memalukan yang pernah berlaku ketika dia mewakili Malaysia pada perlawanan AFF bulan lepas.

Apa yang pastinya, kekalahan kali ini membuka ruang dan peluang pihak media untuk membelasah pasukan Kenari yang selama ini sentiasa tidak berpuashati dengan pencapaian yang dimiliki oleh Kedah yang jelas dalam laporan-laporan akhbar mereka.

Biar apapun tanggapan dan persepsi yang dilemparkan, perlawanan semalam tidak sepatutnya menjadi kayu ukur untuk membuat sebarang ramalan. Wisel baru sahaja dibunyikan. Perlawanan semalam ibarat "warming-up" untuk kedua-dua pasukan.

Pujian harus diberikan kepada skuad Gergasi Merah pada malam semalam selepas berhempas-pulas untuk mencapai kemenangan. Selepas memalui beberapa musim yang mendukacitakan, skuad ini kembali bersemangat dan berkeyakinan dibawah kendalian jurulatih baru K. Devan. Kali terakhir mereka memenangi kejuaraan liga utama Malaysia adalah pada tahun 2000. Sudah pastilah perasaan membuak-buak untuk mengakhiri kemarau kejuaraan liga utama terutamanya Liga Super yang mula diperkenalkan pada tahun 2004 meresapi jiwa mereka.

Musim baru kali ini dijangka akan lebih sengit dan competitive apabila kesemua pasukan dibarisi dengan pemain-pemain tempatan.

P/S:" PULUN KEDAH PULUN "

0

repost : Penghijrahan...

|

1 January 2009

( " hijrah itu pengorbanan, hijrah itu perjuangan, hijrah itu persaudaraan, hijrah membentuk perpaduan, oleh itu mari semua, kita sambut maal hijrah, kuatkan semangat, tingkatkan syiar Islam, untuk sepanjang zaman..." )



Tadi aku sudah postkan satu entry yang bertajuk sama seperti entry ini. Tapi disebabkan kecuaian dan kelalaian aku, entry tersebut ter"delete" tanpa disengajakan. Pun begitu aku rasa masih tidak terlambat untuk aku mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 1430h kepada seluruh Muslimin seantero dunia khususnya kepada pelawat-pelawat blog aku aku, samada secara secara sengaja atau tidak sengaja, suka atau tidak suka.

Bersempena dengan Maal-Hijrah yang sahabat-sahabat sendiri boleh definisikan hijrah mengikut pengetahuan sahabat-sahabat sekalian, aku ingin mengajak diri aku dan sahabat-sahabat sekalian untuk berhijrah kepada kebaikan serta kebajikan dan meninggalkan kemungkaran serta keburukan supaya kita sama-sama dapat menjadi " Khaira Ummah " dan menjulang serta mengemilangkan agama Islam .

Memandangkan Imtihan juga telah hampir tiba, aku ingin memohon kemaafan dari sahabat-sahabat sekalian andai kata selama kita menjalinkan silaturrahim, ada perkara-perkara yang kalian tidak senangi dan melukakan samada sengaja atau tidak sengaja. Aku juga seperti kalian, tidak akan pernah sekali terlepas melakukan kesilapan dan kesalahan. Harapanku agar kalian sentiasa mengingati aku dalam doa-doa kalian.

P/S:" maka beramai-ramailah kita nyanyikan lagu maal-hijrah dengan pulunnya "