About This Blog

“Maecen tempu tel lus egetof condimentum rhoncus se quam semper libero”
by Namquam Adipiscing
Delete this widget from your Dashboard and add your own words. This is just an example!
0

Sambutan MB kedah...

|

30 May 2008

Hayyu 7, Kaherah 30 Mei - Semalam, warga negeri Kedah semestinya tidak akan melupakan detik manis dan kegembiraan apabila kunjungan YB Kedah yang juga merupakan MB Kedah Darul Aman ke Bumi Anbiya' ini. Sambutan MB kedah itu telah diadakan di depan rumah Kedah baru Hayyu Sabiek yang baru pada pukul 9.00 p.m. Ketibaan YB MB Kedah bersama rombongan ini, merupakan kedatangnan kali pertama sejak PAS berjaya menawan Negeri Jelapang Padi. Turut Hadir di dalam Majlis itu Mufti Kelantan Darul Naim dan beberapa Staf JPMK serta Kedutaan Besar Malaysia ke Kaherah.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan pengerusi majlis yang disusuli dengan ucapan YDP Mkkk. Majlis diserikan lagi dengan ucapan TYT Dato Duta Besar Malaysia ke mesir.

MB kedah memulakan ucapan dengan menyampaikan salam Sultan Kedah kepada Warga Negeri Kedah yang berada di Mesir. Katanya lagi, Sultan kedah berharap agar para pelajar dapat belajar dengan tekun dan bersungguh-sungguh. Dalam ucapannya yang lain, beliau berharap agar para pelajar dapat menghabiskan pelajaran seterusnya pulang ke tanah air bagi membantu meningkatkan kemajuan negeri kedah samada dari segi ruhani dan jasmani. YB MB Kedah juga sempat menceritakan pengalaman beliau sepanjang menjadi Ketua Kerajaan negeri selama 3 bulan. Beliau menyatakan masih banyak perkara yang perlu diteliti semula mengenai beberapa projek yang ditinggalkan oleh kerajaan lama samada ianya benar-benar memberi manfaat kepada rakyat kedah atau ianya hanyalah sebuah pembaziran. Mengenai pembatalan projek Saluran Paip Minyak, beliau menjelaskan ianya adalah sebuah hikmah yang tidak dijangkakan oleh sesiapa tatkala negara mengalami krisis kekurangan beras. Projek yang dikatan menelan berbilion ringgit itu dipindah dipndah dari lokasi awalnya kepada lokasi yang lebih strategik yang tidak merugikan mana-mana pihak.

Beliau juga turut menafikan laporan media yang mengatakan bahawa kerajaan negeri yang baru ini bertindak secara tidak adil dalam beberapa perkara yang di lihat pada kaca mata mereka tidak perlu kepada sebarang perubahan.

YB MB juga turut sempat menyampaikan beberapa anugerah kepada beberapa pelajar yang terpilih di atas kecemerlangan dan usaha gigih mereka meletakkan nama negeri Kedah setaraf dengan negeri-negeri lain dari segi kemajuan teknologi dan pengetahuan.

Majlis yang dihadiri lebih 400 orang itu berakhir dengan bacaan doa oleh Prof. Dr Aziz Hanafi pensyarah INSANIAH. Dalam pada itu, kedengaran beberapa rungutan dari sahabat-sahabat yang hadir yang kurang berpuas hati dengan pengurusan Program Sambutan MB malam tadi. Ini berikutan kekurangan jumlah kerusi yang disediakan hingga memaksa mereka untuk duduk diatas lantai. Selain itu, PA System juga dikatakan kurang memuaskan hingga menyukar mereka mendengar dengan jelas Ucapan MB Kedah itu. Di harap agar pihak yang terlibat memastikan agar perkara sebegini tidak berulang lagi.

Slamat.

*Pojie kalau ada gambar tolong letak, jangan dok buat sib...
0

Rokok oh Rokok!!!

|

27 May 2008

Ada pendapat sahabat-sahabat yang masih berpandangan bahawa rokok itu hukumnya adalah HARUS. Perbuatan seperti "menegakkan benang yang basah ini" akhirnya membawa kepada pertelingkahan yang tidak berkesudahan seterusnya membawa kepada permusuhan. Dalam usaha untuk mengubah pandangan ini, aku bawakan sebuah artikel dan beberapa fakta yang mungkin akan mengubah persepsi mereka berkenaan hal ini. Diharap kepada sahabat-sahabat yang masih lagi dalam kekaburan dan dibelenggu kejahilan dapat mengambil istifadah seterusnya memikirkan tentang pegangan yang kurang berasas yang menjadi hujah-hujah pihak tertentu. Artikel dan fakta yang aku datangkan lebih kepada analisis serta kajian pakar-pakar kesihatan. Ini kerana sahabat-sahabat perokok masing-masing menasabkan fatwa-fatwa kepada beberapa tokoh-tokoh ulama yang mengharuskan perbuatan tersebut. Mungkin kerana kekurangan fakta pada masa lepas, lantas mereka menghukumkan rokok sebagai HARUS atau sekadar MAKRUH. Apapun diharapkan mereka dapat meneliti semula pendapat tersebut. SLAMAT......


SUMBANGAN ROKOK KEPADA DUNIA

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan penggunaan tembakau mungkin menyebabkan lebih satu bilion kematian sepanjang abad ini, dengan China dan India masing-masing menganggarkan hampir satu juta rakyat mereka maut akibat tembakau setiap tahun. Abad ke-20 telah mencatatkan 100 juta kematian akibat tembakau dan dijangka meningkat 10 kali ganda abad ini jika tindakan berkesan tidak diambil dengan segera.

Mengikut jangkaan WHO, kematian berkaitan tembakau mungkin meningkat kepada lapan juta orang setiap tahun menjelang 2030, 80 peratus daripadanya di negara membangun. Satu laporan WHO juga mengenalpasti peningkatan bilangan perokok kini paling banyak berlaku di negara berpendapatan rendah yang dikaitkan dengan peningkatan bilangan penduduk.

Di India, hasil penyelidikan yang menunjukkan satu daripada 10 kematian di negara itu akan berpunca daripada penggunaan tembakau menjelang 2010. Kumpulan penyelidikan berkenaan menjelaskan perokok bukan sahaja akan maut akibat kanser dan masalah paru-paru malahan juga akibat tuberkulosis (tibi) dan penyakit jantung.

Antara kaedah yang telah disarankan untuk mengawal tabiat merokok termasuk polisi mencegah (daripada mula merokok), melindungi orang ramai daripada asap rokok (perokok pasif), menawarkan bantuan untuk perokok berhenti merokok dan penguatkuasaan terhadap larangan iklan rokok serta meningkatkan cukai terhadap rokok. Kos penggunaan tembakau di seluruh dunia pula dikatakan mencecah beratus bilion dollar setiap tahun dengan AS sahaja mencatatkan anggaran kerugian ekonomi AS$92 bilion (RM295.14 bilion) setiap tahun.

WHO baru-baru ini turut mengumumkan rancangan untuk satu perjanjian antarabangsa baru dalam menentang perdagangan tembakau secara haram menjelang 2010. Perdagangan tembakau secara haram dianggarkan merangkumi 10 peratus jualan tahunan tembakau dunia yang menyebabkan kerugian antara AS$40 hingga AS$50 bilion (RM128.33 hingga RM160.40 bilion) setiap tahun. Tindakan terhadap perdagangan haram tembakau dilihat amat penting bagi melindungi generasi muda daripada mula dan ketagih merokok berikutan harga rokok seludup yang jauh lebih murah.

sumber - UTUSAN

FAKTA ROKOK

  • Dr Yusuf Qardhawi : Rokok haram kerana membahayakan. Demikian disebut dalam bukunya ‘Halal & Haram dalam Islam’. Menurutnya, tidak boleh seseorang membuat bahaya dan membalas bahaya, sebagaimana sabda Nabi yang diriwayatkan Ahmad dan Ibnu Majah. Qardhawi menambahkan, selain berbahaya, rokok juga mengajak penikmatnya untuk buang-buang waktu dan harta. Padahal lebih baik harta itu digunakan untuk yang lebih berguna, atau diinfaqkan bila memang keluarganya tidak memerlukannya.
  • Racun utama pada rokok adalah tar, nikotin dan karbon monoksida. Tar adalah bahan hidrokarbon yang bersifat lekit dan melekat pada paru-paru. Nikotin adalah zat adiktif yang mempengaruhi saraf dan peredaran darah. Zat ini bersifat karsinogen dan mampu menyebabkan kanser paru-paru yang mematikan. Karbon monoksida adalah zat yang mengikat hemoglobin dalam darah, membuat darah tidak mampu mengikat oksigen.
  • Efek atau kesan racun pada rokok ini membuat penyedut asap rokok mengalami risiko yang tinggi (berbanding yang tidak menyedut asap rokok):

- 14x menderita kanker (penyakit) paru-paru, mulut, dan tenggorokan
- 4x menderita kanker esophagus
- 2x kanker kandung kemih
- 2x serangan jantung

  • Rokok juga meningkatkan risiko keparahan bagi penderita pneumonia dan jantung gagal serta tekanan darah tinggi. Menggunakan rokok dengan kadar nikotin rendah tidak akan membantu, kerana perokok cenderung menyedut asap rokok secara lebih keras, lebih dalam, dan lebih lama untuk mengikuti keenakan zat adiktif.

Semua fakta-fakta yang dinyatakan di atas adalah hasil kajian pakar-pakar kesihatan sehingga tidak ada sesiapa pun yang menyangkalnya.

Pengusaha Rokok pun mengyiyakan hal tersebut, dan menulis diatas kotak rokok amaran ;
MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN.

KALAU PENGELUAR SENDIRI MENYATAKAN BAHAWA PRODUKNYA BERBAHAYA, BAGAIMANA MUNGKIN PENGGUNA MASIH MAHU MENGINGKARINYA???LU PIKIR LA SENDIRI...

* TIDAK SEMPURNA IMAN SESEORANG KAMU SEHINGGA DIA SUKA APA YANG DISUKAI PADA DIRINYA. -hadis syareef-

1

Ghairah barangan alternatif...

|

18 May 2008


Assalamualaikum...

Sebelum aku berjaya melepakkan diri kat CC nie, aku sebenaqnya nak sangat tulih tentang Rokok dan kesannya pada kesihatan diri...Banyak dah aku tengok mem
ber-member aku menghisap rokok tanpa memikirkan kesan dia kat kesihatan depa,tambahan pulak sekarang nih ada pulak yang siap beli shisha letak kat rumah buat isi hobi masa lapang dengan dok isap benda tue...

Tapi, bila teringatkan kisah yang berlaku kat sebuah pasaraya yang memang femes habih kat tanta ni, terus aku tangguhkan dulu niat aku untuk menulis tentang rokok (walau bagaimanapun, aku akan tetap menulis jugak tentang benda tu
), sebaliknya aku bercadang nak menulis tentang keghairahan member aku dalam usaha memboikot barangan keluaran musuh Islam hingga dia tak sedar beberapa perkara yang membuatkan aku ketawa besar.

Tadi, lepas balik ja balik dari peksa,aku terus ajak member aku pi pekan,memandangkan barangan dapur dah tak berapa nak ada,kebetulan beras yang beli haghitu habih terus,tadak tinggai sedikit pun;

" Weih bro, jom kita pi pekan cari barang dapuq sikit,apa pun tadak dah ang tau dak,nak makan apa pun tak buleh nih"

" Ok laa...lepas lohoq sat lagi kita pi terus "

Sampai kat pekan kami terus cari barangan dapur.Hampir setengah jam jugak kami melepak kat bahagian barangan dapur kerana dok pilih beras yang murah harga dia.Hari tu,ahli bait aku sorang tu kata,kat pasaraya tu ada beras murah,dia suggest kami pi beli kat situ,sebabnya kat pasar mahai sikit dari kat pasaraya tue.Pusing pi pusing mai cari beras yang dia kata murah tue,memang tak membuahkan hasih,merabihkan masa kami ada la.Agaknya harga beras naik mendadak kot. Ya la,satu dunia ada krisis kenaikan harga,mana tak barang naik.Lepas seminggu naik,lepas seminggu naik,atau pun kami yang terlewat dek kerana sibuk mentelaah kitab kuliah nak imtihan,habih beras tu orang lain angkut. Jadinya, beras yang murah tue pun dah habih,yang tinggalnya beras yang mahai. Alang-alang sampai,harga beras pun tak beza sangat pun dari tempat biasa,kami buat keputusan angkut jugak.Dari tadak apa,baik bagi ada sikit,janji kami seahli bait tak lapar.

Habih pusing pi pusing mai kat barangan dapur tu,sampailah kami kat sudut barangan peralatan bilik air. Kat sini la terjadinya peristiwa yang agak lucu bagi aku. Kerana semangat dan keghairahan dia nak memboikot barangan musuh Allah dia tak pikiaq panjang. Main sauk ja...bukan aku tak sokong untuk memboitkot barangan puak-puak tue,bahkan kalau sesiapa dah datang bertamu kat blog aku nih,mesti dia perasan yang aku pernah tulih tentang pandangan aku mengenai blog ni.Memang aku sokong sangat la cerita dia,tapi....

"Weih...tunggu sat...biliq ayaq kita ubat gigi dah nak abih dah kan. Aku syorkan kita beli satu laa...senang...tak payah nak mai dua tiga kali".

"Ermmm...ikut hang la...amik la mana-mana pun".

Dalam dia tengah dok pilih-pilih tue, aku dok perasan, pasaipa dia nih tak amik ja ubat gigi yang ada kat depan dia tue"

"Weih...ang buat apa lama sangat tue?Cepat sikit,orang ramai nih...dah la arab style beli barang angkut selori,jenuh nak menunggu depa pulak satlagik...sauk ja la ubat gigi kat depan tue.Mahai takpa,sat lagik balik kita claim duit umah.Pakai jemaah,bawak kuaq duit pun secara jamaah la..."

"Sat la...ang ni tak sabaq la...la bukan masalah mahai,masalah dia ubat gigi semua tue "MUQATA'AH" (boycott)...mana buleh sebarang ja...nak kena pilih la nih,kalau ada alternatif lain pasaipa kita dok pi tolong beli barangan musuh-musuh kita?Lepaih tu depa lagu dok pi buat tembak sedara sesama islam kita...sensitif la sikit isu-isu macam nih...tak buleh tolong banyak pun...sikit pun jadi laa...lagipun bukannya takleh hidup pun kalau tak pakai barangan depa nih..!!!"

Perghhh...mak aii!!!bagai halilintar menusuk kalbu...rasa malu gila pun ada...Walaupun orang sekeliling tak paham apa yang dia kata kat aku tue,tapi aku tetap rasa berbangga mempunyai seorang sahabat yang begitu sensitif sungguh dengan isu penindasan sedara muslim yang lain. Aku pun terima ja la apa yang dia kata tue.Dalam hati aku bersyukur dapat teman macam ni punya baguih.

Lepas habis kira-kira 10 minit pilih ubat gigi saja,dapat jugak dia melampiaskan niat yang murni dia tue kat satu barang yang kalau tengok dari air muka dia,memang dia puas hati kerana dapat membeli barang yang bukan dari musuh-musuh tue.

"Nin dia...aku jumpa dah...bukan tadak...tapi saja takmau nak cari...malaih sangat...tak payah pun nak tolong sedara kita kan..."

"Ho la...ho la...betoi la apa yang hang kata tue..."

Selesai ja acara shopping pakai duit rumah,kami terus menuju kemeja juruwang,dan seperti yang aku agak,arab penuh dok beratur bagi yang besa dok beratur,bagi yang tak besa dok beratur,macam biasa...dia men bedai ja...ada owang ka, tadak owang ka...janji aku sudah dulu...

"Cukup dah ka barang kita ni bro?"

"InsyAllah,cukup dah kot..."

"Weih,hang beli ubat gigi tadi jenama apa? Mai nak tengok sat..."

"Ada tu kat celah-celah beras tue,hang amik la tengok...tak rosak aih gigi hang..."

Aku pun dengan perasan yang membuak-buak ingin sangat nak tau jenama apa, geledah la cari ubat gigi tue,jumpa la 3 buat kotak yang dibalut sekali..."Mak aiii...saving betoi hang nih,beli 2 percuma satu..fuiiyyooo..."

"Ha la...zaman inflasi sekarang...kena la berjimat-cermat"

Dalam aku dok belek punya belek ubat gigi tue,terkejut aku baca instruction dia...Mak aiii...!!!

"Wei bro...ang nih reti baca ka dak?...alternatif alternatif jugak bro...tapi agak-agak la nak amik barang pun,ang nak bagi mulut kami berbuih ka apa?"

"Awatnya...?"

"Tengok sendiri la bro...len kali jangan la ghairah sangat,sampai nak baca pun tak mau dah..."

"SHHHAVIIIIING CREAM.....arrrgghhh tidakkkk...!!!weih bro aku mintak maaf la bro...aku tak baca tadi...aku men angkut ja...aku tengok kotak dah semacam kotak ubat gigi...jenama pulak tadak dalam list "Barangan Muqata'ah" yang aku baca haghitu...murah pulak tue...aku sauk la...sorry bro..aku terlalu semangat sangat tadi...hehehehehe...."

Hishh...macam tu la punya ghairah boikot member aku sorang nih...sampaikan ubat gigi pun dia tak sempat nak cam dah...nasib baik sedaq sebelum beli bayaq dah...kalau tak sedaq sampai kat rumah,pastu pakai wat tak heran ja...sure ada ahli bait kami yang akan menjerit meminta pertolongan kat dalam bilik air tue...

Dalam isu pemboikoitan ni,kita kena ambil kira jugak beberapa perkara penting,bukan kita main sebat ja...Mengkata barangan tu tak termaktub dalam mana-mana list barangan yang perlu diboikot,kita terus consider dia sebagai barangan alternatif.Tak jugak. Berapa banyak barangan yang dikeluarkan dan dihasilkan oleh musuh-musuh kita setiap hari?Tak terkira bro...boleh jadi list yang kita baca tue, dikeluarkan sebelum puak-puak tu menghasilkan produk barangan mereka...Boleh jadi,lepas menyedari yang barangan mereka makin hari makin kurang penjualannya,gara-gara disebabkan kena boikot,mereka menggunakan cara halus untuk terus memastikan barangan mereka menjadi laku,boleh saja mereka menukar jenama,memakai nama ala-ala mirip bunyi arab-arab sikit...lepas tue mereka pasarkan kat seluruh dunia...Macam-macam la...

Jadinya aku nak mengesyorkan,supaya lepas nih kita jangan saja baca barangan yang perlu diboikot,jangan lupa juga untuk hafal dan selidik latar belakang jenama barangan-barangan alternatif yang disediakan,takut-takut nanti kita beli barangan yang kita sangka bukan keluaran depa,akan tetapi sebaliknya barangan tue barangan depa jugak,cuma jenama ja len.

Dan untuk member aku sorang tu,kalau dia baca blog aku tulih nih...aku harap lepas nih dia baca la elok-elok kegunaan barang itu...takut esok nak beli barang len,terbeli benda len dek kerana ghairah dengan jenama barang boikot,naya kawan-kawan serumah...huhuhuhu...

Selamat...
0

Selamat Hari Ibu...

|

13 May 2008


Assalamualaikum...
Debaran imtihan yang khareeb membuatkan aku berdebar-debar menantikan ketibaannya. Pernah terlintas di hati aku untuk tidak memperdulikannya, akan tetapi bila mengingatkan kembali pengorbanan yang telah dihadapi dan seribu satu harapan yang menjadi impian orang tuaku, membuatkan aku seperti mendapat kuasa ajaib berupa semangat untuk aku kembali berjuang biar apapun halangan dan rintangan yang mendatang. Biar setinggi mana pun puncak kegemilangan yang bakal dikecapi atau telah kita dakapi, ianya takkan pernah bermakna jikalau kita tidak pernah menghargai orang tua kita. Ianya juga tidak akan pernah diberkati jika tidak disertai oleh keredhaan mereka berdua. Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa". Sebagai anak, kita perlu ingat bahawa sekuat mana pun kita beribadat tetapi jika kita tidak menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa, Allah tidak akan reda kepada kita. Dan ingatlah ketika mana Allah Taala berfirman " Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil. Tuhan kamu lebih mengetahui akan apa yang ada pada hati kamu; kalaulah kamu orang-orang yang bertujuan baik mematuhi perintahNya, maka sesungguhnya dia adalah Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat". (surah Al-Isra' ayat 23,24,25)... Begitulah Islam mengangkat martabat ibu bapa. Betapa besarnya darjat mereka disisi Islam.
Ibu adalah manusia paling banyak berjasa kepada kita. Dari saat dia membawa kita di dalam kandungan, hinggalah kelahiran kita. Nyawa dipertaruhkan hanya semata-mata untuk melihat kita dapat menghirup udara dunia yang segar. Dia adalah mujahidah yang agung. Hargailah dia. Pada zaman Rasulullah s.a.w., baginda ditanya oleh seorang pemuda,
“Siapakah orang yang paling perlu untuk saya berbuat baik”. Rasulullah bersabda, “ibumu, kata pemuda itu lagi, selepas itu, ibumu, selepas itu, ibumu, selepas itu, bapamu.”

Allah berfirman,
" Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua ibu bapanya. Ibunya mengandungkannya dengan susah payah dan melahirkannya dengan susah payah pula..." (al-Ahqaf: 15)

mama n bapak

Pernah terjadi di zaman Rasulullah s.a.w, seorang sahabat bernama ‘Alqamah. Beliau adalah seorang anak yang baik,yang taat kepada ibunya. Setiap kali pergi ke masjid, dia akan menziarahi ibunya. Cuma pada suatu hari, ibunya memberitahu ingin pergi ke rumah ‘Alqamah.

‘Alqamah dan isterinya amat gembira mendengar berita tersebut. Mereka pun menyediakan pelbagai jenis masakan sebagai menyambut kedatangan ibu ‘Alqamah.

Rupa-rupanya, ibu tadi membawa makanan yang telah dimasaknya untuk dinikmati di rumah ‘Alqamah. Bagaimanapun, isterinya menyimpan makanan tersebut dan menghidangkan apa yang dimasaknya.

Disebabkan perkara itu, ibu ‘Al`qamah berkecil hati sehingga menyukarkan anaknya itu menyebut kalimah tauhid semasa sakaratul maut.

Rasulullah pun diberitahu tentang hal tersebut dan baginda bertanya kepada ‘Alqamah bagaimana hubungannya dengan ibu. Lalu beliau menjawab, ada sedikit salah faham.

Rasulullah kemudiannya memanggil ibu ‘Alqamah dan memintanya memaafkan anaknya supaya boleh mengucap syahadat. Bagaimanapun, ibunya enggan kerana hatinya sangat terguris akibat peristiwa tempoh hari.

Oleh sebab itu, Rasulullah mengarahkan para sahabat mengumpul kayu untuk membakar ‘Alqamah. Sabda baginda, sebelum dibakar di akhirat aku ingin tunjukkan dia dibakar di dunia.

Melihatkan keadaan itu, barulah ibunya memaafkan ‘Alqamah. Sejurus itu, barulah ‘Alqamah boleh mengucap dengan lancar.

Jadi, kita sebagai seorang anak yang patuh kepada ajaran Islam, hargailah ibu dan bapa kita. Mintalah restu mereka dalam setiap perkara. Elakkan daripada perbuatan yang menyakitkan hati atau yang boleh merunsingkan fikiran mereka. Tunjukkan kasih sayang kepada mereka sebagaimana mereka mengasihani dan menjaga kita semasa kecil. Lahirkanlah rasa kasih sayang kita dengan pekbagai cara, agar mereka tahu bahawa kita amat sayang pada mereka.

Puisi Untuk Ibu

Di kala resah ini kian mendesah dan menggalaukan jiwaku
Kau ada di sana …
Di saat aku terluka
hingga akhirnya…tercabik-cabiklah keteguhan hatiku
Kau masih ada di sana…

Ketika aku lelah dan semangatku patah untuk meneruskan perjuangan,
terhenti oleh kerikil –kerikil yang kurasa terlampau tajam
hingga akhirnya aku pun memilih jeda!!!
Kau tetap ada di sana…
memberiku isyarat untuk tetap bertahan

Ibu…kau basuh kesedihanku, kehampaanku dan ketidakberdayaanku
"Tiada lain kita hanya insan Sang Kuasa,
Memiliki tugas di bumi tuk menegakkan kalimatNya
Kita adalah jasad, jiwa, dan ruh yang terpadu
Untuk memberi arti bagi diri dan yang lain"
Kata-katamu laksana embun di padang gersang nuraniku
memberiku setitik cahaya dalam kekalutan berfikirku
Kau labuhkan hatimu untukku, dengan tulus tak berpamrih

Kusandarkan diriku di bahumu
Terasa…kelembutanmu menembus dinding-dinding kalbuku
Menghancurleburkan segala keangkuhan diri
Meluluhkan semua kelelahan dan beban dunia
Dan membiarkannya tenang terhanyut bersama kedalaman hatimu

Kutatap perlahan…
matamu yang membiaskan ketegaran dan perlindungan
Kristal-kristal lembut yang sedang bermain di bola matamu,
jatuh…setetes demi setetes
Kau biarkan ia menari di atas kain kerudungmu
Laksana oase di terik panasnya gurun sahara

Ibu…
Nasihatmu memberi kekuatan untukku
rangkulanmu menjadi penyangga kerapuhanku
untuk ,menapaki hari-hari penuh liku
…semoga semua itu tak akan pernah layu!

Ibu…
Dalam kelembutan cintamu, kulihat kekuatan
dalam tangis air matamu, kulihat semangat menggelora
dalam dirimu, terkumpul seluruh daya dunia!



Selamat Hari Ibu Mama. Moga mama sentiasa sihat dan diberkati Allah selalu. Allah sajalah yang dapat membalas segala jasa mama yang mama pernah taburkan untuk kami adik-beradik. Pengorbanan mama akan amin kenang selama-lamanya. Semoga Allah panjangkan usia mama didalam kebajikan. Amin Ya Rabbal A'lamin...


Credit to :- .::Fizi Online::.