About This Blog

“Maecen tempu tel lus egetof condimentum rhoncus se quam semper libero”
by Namquam Adipiscing
Delete this widget from your Dashboard and add your own words. This is just an example!
0

Fitna satu penghinaan...

|

31 March 2008


Sapa yang tak bengang kalau benda yang kita sayang di rampas dan dihinjak-hinjak?Depa ni memang tak pernah serik dan berasa jemu untuk memusnahkan Islam di dunia ini. Kalau dahulu mereka telah menghina kita dengan karikatur Nabi Muhammad, tetapi kini musuh-musuh Islam ini datang pula dengan penayangan sebuah video yang secara jelas mengaitkan Islam dengan keganasan. Yang lebih kita kesali, mereka mengeksploitasi Al-Quran yang merupakan peninggalan Nabi s.a.w yang paling berharga untuk kita.

Ahli Parlimen Belanda, Geert Wilders yang juga merupakan Ketua kepada Parti Kebebasan (PVV) telah mengeluarkan sebuah video yang berjudul "FITNA". Filem ini memaparkan pandangan beliau yang kotor dan jelik mengenai Islam dan Al-Quran. Tajuk video ini di ambil dari perkataan arab "fitna" yang membawa maksud tuduhan atau pengujian keimanan kepada seseorang. Filem selama 16 minit ini telah di keluarkan dan di paparkan di laman internet pada 27/03/08. Videonya memang sangat menghina Islam, mulai dari karikatur nabi Muhammad, penafsiran Qur’an (TAHREEF) , pengeboman dan penderitaan yang diakibatkan.

Sebagai seorang Muslim, kita merasa tersinggung dan begitu hina berikutan dari video bengong ini. Namun begitu kita perlu bertindak dan mencari jalan agar perkara begini tidak akan pernah terjadi lagi. Sama ada mereka ini tidak memahami Islam atau sebaliknya, kita sebagai pendakwah perlulah meningkatkan kefahaman kita kepada Islam yang kita cintai ini, supaya kita boleh memberitahu kepada mereka ini bahawa Islam itu indah. Islam bukan seperti yang mereka sangkakan, Islam bukan seperti yang diwar-warkan oleh Barat. Islam bukan seperti yang di paparkankan oleh media massa keluaran musuh-musuh Allah. Seorang yang jahil akan menjadi musuh kepada apa yang dia tidak tahu. Begitu juga dalam hal ini.

Jom kita pakat doa supaya Allah bagi hidayah kat depa-depa nie, dan supaya Islam yang kita cintai ini tidak akan terus dipermain-mainkan. Marilah kita meningkatkan ketaqwaan kepada Allah. Moga-moga Allah membersihkan kita dari dosa-dosa yang pernah kita lakukan.

Ameen YA RABB....
1

Wow 5 - 1!!!

|

25 March 2008


Semalam merupakan detik bersejarah kepada pasukan Hijau Kuning apabila dengan gahnya mereka berjaya membelasah pasukan pelawat dengan keputusan 5 - 1.

Penyokong skuad Kenari yang menerima hadiah "tiket percuma" selepas negeri Kedah berjaya ditawan oleh BA, membanjiri stadium Darul Aman untuk menyaksikan perlawanan tersebut. Dikatakan penyokong yang menghadiri perlawanan tersebut melebihi 35,000. Ini membuktikan bahawa Kerajaan baru negeri Kedah bukanlah sebuah kerajaan yang kolot dan jumud seperti yang diwar-warkan bahawa mereka akan mensia-siakan pasukan Bola Sepak Hijau kuning itu.

Keberangkatan Sultan Kedah diiringi oleh Ustaz Azizan Menteri Besar Kedah yang juga merupakan Presiden Persatuan Bola Sepak negeri Kedah menjadi bukti yang kukuh bahawa skuad kenari masih lagi diberi perhatian yang serius dalam usaha memartabatkan sukan bola sepak sebagai sukan yang dominan di negeri itu.

Di mana pengkritik-pengkritik yang dahulunya mengkritik skuad Kenari dengan begitu teruk?

Ini jelas membuktikan bahawa mereka mempunyai kepentingan masing-masing dalam kritikan mereka yang kolot itu. Mereka sebenarnya tidak pernah menyukai skuad Kenari walaupun skuad itu berjaya ke puncak kejayaan seperti yang diidam-idam oleh skuad lain.

Hahahaha...padan muka hangpa!!!
0

APA YANG MEREKA MAHUKAN???

|

24 March 2008

Keratan-Keratan akhbar Berita Harian


Sejak kekalahan skuad kenari kedah darul aman minggu lalu kepada salah sebuah kelab dari negara seberang iaitu singapura, ramai yang tampil membuat kenyataan yang keterlaluan. Kekalahan 5-1 kepada kelab seberang itu tampak seolah-olah telah menjatuhkan maruah negara sekaligus mencalarkan imej PERSATUAN BOLA SEPAK MALAYSIA yang memang telah lama tercalar.

Apakah yang sebenarnya mereka mahu? Apa yang sebenarnya mereka cuba nyatakan?Apa sebenarnya yang mereka cuba syorkan?Adakah mereka mahukan kelab tertentu mewakili kelab-kelab yang ada di malaysia ini walaupun telah teserlah akan ketidak layakan mereka untuk mengharunginya?

Setiap pasukan yang mewakili malaysia dalam Piala Asia telah mengharungi cabaran liga masing-masing.Seperti kelab-kelab di Eropah, setiap pasukan yang berjaya menduduki 4 tangga teratas liga akan dipilih untuk mewakili Liga masing-masing. Mereka telah berhempas-pulas untuk melayakkan diri mereka (walaupun mereka tidak mempunyai pengaruh yang besar dan hebat ) ke Kejohanan yang paling berprestij iaitu Liga Juara-Juara Eropah.

Tidak timbul pula soalan apakah mereka benar-benar layak untuk mewakili liga mereka? atau apakah mereka telah sama taraf dengan kelab-kelab lain? As Roma contohnya, pernah diaibkan oleh pasukan Man. Utd. 7-1 ketika bertandang ke sana. Tidak ada pula pihak yang cuba mempertikaikan kekredibilitian mereka sebagai wakil kelab ITALI.Tapi berlainan dengan malaysia, ketika mana ada pasukan yang cuba mencipta nama, tetapi kerana kekalahan yang menimpa, kritikan pula yang diberikan seolah-olah mereka benar-benar tidak layak atau tidak setaraf sekaligus kononnya mencacatkan usaha pembentukan skuad terhandal kebangsaan untuk mewakili negara. APA NI?

Biarlah mereka membawa hala-tuju mereka sendiri. Usah patahkan semangat mereka untuk terus berjuang dalam mengharumkan nama negara sekaligus dapat merasa dan mengutip pengalaman bermain dengan kelab luar negara.

Takkanlah kita perlu tumpu kepada satu kelab sahaja, walaupun kelab itu gagal melayakkan diri mereka secara sah, tapi oleh kerana gara-gara pengaruh yang kuat, mereka tetap dipilih? Ini tidak adil. Setiap pasukan telah berusaha dengan bersungguh-sungguh. Kalah menang adalah adat berlawan. Kemenangan akan terhasil dari setiap pasukan yan bermain bersungguh-sungguh, bukannya dari pasukan yang mempunyai pengaruh yang hebat. Kelab yang mempunyai pengaruh yang besar dan hebat malah di antara kelab-kelab terkaya di dunia Real Madrid tidak pula pernah meminta pihak FIFA agar mereka tetap disenaraikan sebagai pasukan yang layak bertanding walaupun mereka telah kalah di pusingan kedua.

"You can be a good person, but a good person come from everywhere"

Tak payahlah mengeluarkan kenyataan yang bukan-bukan.Usahlah menjadi punca dan sebab sesuatu pasukan itu patah semangat gara-gara kerana kenyataan berat sebelah itu.

Kita harus menghadapi kenyataan. Kalau tidak layak, katakan tidak layak, berusaha lagi, kalau ada rezeki, mana tau kita pula yang diberi peluang untuk mencubanya. Cubalah belajar menghadapi kenyataan walaupun ianya pahit.



Macam la depa best sangat, kalau mereka benar-benar berani mempertikaikan kelayakan pasukan-pasukan yang mewakili negara, nah, cubalah buat satu perubahan kepada skuad negara. Jangan hanya pandai bercakap, menkritik tidak tahu punca.Sifat inilah sebenarnya yang memcacatkan usaha pembentukan SKUAD TERHANDAL NEGARA.

Ayuh, buktikan dahulu yang anda benar-benar Profesional.

0

Al-kisah

|

23 March 2008

Assalamualaikum...
Lama sungguh aku tak menulis....walaupun tadak orang yang baca...tapi bakat kena asah dan pengalaman kena cari...tak kisah la ada owang aca ka dak ka?betoi dak...

Mekasih la kat member aku fauzi yang sudi men"update"kan blog aku jadi camni...walaupun lain yang aku suruh buat lain yang dia kerjakan, namun itu semua tak menjadi hal laa...at least ada jugak owang yang nak tolong...daripada buat sendiri, jadi lagi comot...

DAHSYAT SUNGGUH BUDAK ITU!!!

Iskhh...dahsat sungguh budak ni (bukan kartun tue tapi, yang dapat 21A tue)...yang lebih aku kagum tentang amalan dia.

Makan kismis ngan kurma campuq madu, sembahyang hajat dan berpuasa sunat isnin dan khamis dah menjadi amalan hidup dia, memang owang macam nih "deserves what they want" la.

Jadinya dari sekarang, kalau kita nak berjaya tak kira la apa yang kita buat dan lakukan kita kena ikut langkah orang yang dah berjaya.

Usaha + amalan sampingan yang istiqamah memang benar-benar membawa kita kepada kejayaan la.




0

Alahai Azhari...

|

12 March 2008

Kesempatan membaca sebuah blog yang di tulis oleh seorang rakan azhari, meninggalkan seribu satu persoalan dalam benak fikiran aku. Aku cuba mencari "kerelevan" hasil tulisan dia. Tapi tak jumpa pun. Dalam sangkaan aku, kalau dah bergelar azhari mesti boleh berfikir sedalam-dalamnya sebelum membuat sesuatu keputusan yang mana baik yang mana buruk. Al-azhar tidak pernah mengajarkan para penuntut untuk membuat keputusan tanpa berfikir, menyelidik, menyingkap seribu satu alasan yang terkandung dalam sesuatu perkara sebelum ianya menjadi wadah perjuangan hidup.

Memang tak pelik kalau seseorang yang berilmu (macam penulis blog tu la) petah bercakap, ayat tersusun rapi, ketika berhujah boleh katakan yang dia nih dah baca segala jenis buku, dan tak silap la kalau aku katakan yang dia nih seolah-olah dah habis banyak masa dia dalam mengkaji segala masalah yang ada kat dunia nih,(hehe) tiba-tiba saja tidak pandai nak membezakan yang mana sepatutnya menjadi pegangan hidup dan yang mana yang harus ditentang dan dihapuskan. Tapi itulah yang terjadi kepada penulis blog tersebut.

Aku sempat bertanyakan kepada member aku mengenai pendapatnya berhubung dengan penulis blog nih.

"Ang kata tadak Azhari yang sokong BN? tu ada sorang?"

"Dia tu otak tak center."

"Mana bleh kata camtue, dia dah ada ijazah, penah jadi pengerusi Kelab Islam Hadhari kat sini, balik mesia dapat tawaran sambung master kat sini, takkan otak tak center?"

"Ala, ang nak bela dia pasaipa."

"Aku bukan bela, tapi saja tanya pendapat ang."

"Kalau otak dia center, mesti dia takkan sokong pemerintah yang buat kezaliman, membiarkan maksiat berleluasa, mencegah maksiat macam melepaskan batuk di tepi tangga, itu namanya bersekongkol, bersubahat hang tau dak."

"Habih tu kita nak buat apa kat dia? Dia kata dia cintakan kan BN atas alasan yang betul. Takkan hangpa tak pernah nasihat dia kot?"

"Dia tu tak makan saman, kami nih berbuih mulut dah bagitau kat dia, tapi dia buat bodoh, dia lebih suka hidup dengan perjuangan palsu tue. Haghap-haghap Allah bagi Hidayah cepat la kat dia tu."

"Amin."

Jawapan tue membuatkan perbincangan aku ngan member aku berakhir.

Aku seterusnya teringat kata-kata tok guru Nik Aziz, "Kita tak sokong UMNO/BN bukan sebab kerana nama dia UMNO/BN, tapi kerana dasar perjuangan mereka tu adalah dasar penjajah dan komunis."

Sabda Nabi Muhammad s.a.w maksudnya : "Islam itu tinggi dan tidak ada apa yang dapat menandinginya".
0

Takberr!!!Takbeer!!!Takbeer!!

|

10 March 2008



Alhamdulillah...
Keputusan pilihanraya umum ke-12 telahpun diketahui beberapa hari lepas...BN dan sekutunya tewas di 5 buah negeri...kini telah terbukti bahawa rakyat malaysia sebenarnya sudah muak dan loya untuk terus membiarkan BN bermaharajalela diatas bumi malaysia...rakyat tidak mahu suara mereka terus tidak diperdulikan...rakyat sudah serik dengan cara pemerintahan secara kuku besi yang dijalankan oleh kerajaan di bawah pimpinan Abdulah Ahmad Badawi...

Walaupun pembangkang tidak berjaya untuk membina empayar kerajaan, tetapi dengan kuasa yang dimiliki dan penafian 2/3 daripada kuasa pemerintah sedikit sebanyak dapat membuat kerajaan BN dan sekutunya tidak terus melakukan sebarang penggubalan mengikut selera kehendak hati mereka...
0

Real Madrid kecundang di tempat sendiri!!!

|

6 March 2008


TantaScan, 06-03-2008 :Real semalam menerima tamparan yang hebat apabila kalah didepan penonton sendiri kepada pasukan A.S Roma.

Real yang bermain hanya 10 orang selepas pertahan mereka dari portugal yang diharapkan dapat membantu pasukan Real untuk kembali bernafas terpaksa akur dengan keputusan pengadil melayangkan kad kuning kedua selepas mengasari pemain Roma yang sekaligus diperintahkan keluar padang.
Real yang kalah kepada Roma 2 minggu lepas 2-1 bermain secara "Attacking" pada separuh masa pertama, namun Roma yang kelihatan lebih tenang dengan bermain bertahan berjaya membuatkan Real menggigit jari disaat- saat akhir perlawanan. Walaupun kapten Real Raul berjaya menyamakan kedudukan 3 minit selepas Roma menjaringkan gol, Real sekali lagik disentap oleh jaringan pada masa tambahan yang sekaligus menyaksikan mereka terkeluar dari terus bersaing champion league.

Raul ketika diminta mengulas mengenai kekalahan berkata "Kami memang tidak memiliki magic yang kami tunjukkan pada malam-malam selainnya".
"Ianya memang satu tamparan yang hebat, mmg satu kekecewaan yang cukup besar kerana champion league merupakan salah satu objektif utama kami pada musim ini dan kami gagal dan terkuar darinya".
Namun, apa yang menjadi tanda tanya adakah Bernd Schuster akan terus melatih Real Madrid selepas apa yang berlaku?Tahun lepas Real terus mengukir sejarah apabila Presiden kelab gergasi itu bertindak memecat Fabio Capello berikutan kegagalannya membawa pasukan tersebut mejuarai chapion league. Apa yang boleh disimpulkan, walaupun jurulatih berbangsa Itali itu tidak berkaya merealisasikan hajat kelab, paling tidak dia berjaya membawa pasukan menjuari Liga Sepanyol.
Mungkinkah kelab ini akan mengukir satu lagi sejarah pemecatan jurulatih???
0

Peksa minggu depan...

|

3 March 2008

Assalamualaikum...
Alhamdulillah hari nih aku berjaya menghadirkan diri aku kat kelas selepas semalam terpaksa bergelut dengan kemalasan yang amat sangat...
Walaupun aku mai lewat lebih kurang 20 minit...tapi aku masih menjadi pelajar yang tidak membuatkan tok guru menunggu anak murid..sbbnya waktu aku sampai syeikh terlambat...
Hehe...seronok duduk dalam kelas...rasa tenang..walaupun aku dihujani dengan soalan yang sedikit-sebanyak membuatkan aku rasa takut,kecut perut...tapi Alhamdulillah semua tue tak sikit pun wat aku patah semangat untuk terus ke kuliah...
Minggu depan aku ada exam..exam bulanan...series nak bagitau aku tak hafal apa pun lagik...aku penah juga terfikir tak mau masuk...bila aku pikiaq punya pikiaq akhirnya aku wat keputusan dan bertekad untuk masuk jugak...biaqla takleh jawab pun..janji aku masuk...kengkawan aku pun kata macam tue jugak..."masuk ja la amin,paling kurang syeikh tgk ang amik peksa, bleh jawab ka takleh jawab ka tu belakang crita...tapi ang kena berusaha la skit"...
Jadi aku harap walaupun aku takleh jawab banyak...alal a'khal aku jawab jugak...
okeh selamat...wassalam

About Me

|

2 March 2008

Photobucket

Peribadi :
  • Nama : Muhammad Noramin bin Nordin
  • Nama Pena : Ameen
  • Asal : Alor Star, Kedah Darul Aman
  • Tarikh Lahir : 07 Julai 1985

Pendidikan
:
  • 1992 ~ 1996 | S.K Seberang Perak Baru, Alor Star, Kedah
  • 1996 ~ 1998 | S.K Genting Balik Pulau, Pulau Pinang
  • 1998 ~ 1999 | Maahad Tahfidz Al-Quran Derga Alor Star, Kedah
  • 1999 ~ 2002 | Institut Tahfidz Malaysia-Sudan (ITMS)
  • 2002 ~ 2004 | Institut Pengajian Tinggi Islam & Bahasa Arab (MADIWA), Perak
  • 2004 ~ 2007 | Maahad Qiraat Shoubra Al-Azhar, Mesir
  • 2007 ~ Sekarang | Kuliah Al-Quran Al-Kareem, University Al-Azhar cawangan Tanta, Mesir

Interaksi
:
  • mnbhn@hotmail.com
  • knight_warrior1000@yahoo.com
  • mnbhn85@gmail.com