About This Blog

“Maecen tempu tel lus egetof condimentum rhoncus se quam semper libero”
by Namquam Adipiscing
Delete this widget from your Dashboard and add your own words. This is just an example!

Lepak arr...baghu nak start !!!

|

3 January 2009

Kedah meneruskan siri kekalahan awal musim baru apabila tumpas kepada Selangor 1 - 4 di Stadium Darul Aman. Awal musim lepas, Kedah juga tewas kepada Perlis selepas seri tanpa jaringan yang berkesudahan dengan penentuan sepakan penalti.

Mungkin ramai peminat bola sepak tempatan yang melihat, bahawa ini adalah tahun kesedihan bagi Kedah apabila hilang beberapa pemain import yang selama ini menjadi tonggak kejayaan Kedah merangkul kejuaraan berganda 2 kali berturut-turut. Ada pula segelintir peminat yang melihat kekalahan semalam tidak lebih dari hanya satu bentuk tradisi yang dikekalkan oleh skuad Kenari. Sudah pastinya ia tidak sedikitpun membawa kesan untuk bersaing merebut kejuaraan pada tahun ini. Sedikit keresahan dan kegelisahan mungkin membalut hati penyokong Skuad Kenari apabila menyaksikan prestasi penjaga gol utama mereka merosot teruk. Helmi dikatakan mengulangi kembali insiden memalukan yang pernah berlaku ketika dia mewakili Malaysia pada perlawanan AFF bulan lepas.

Apa yang pastinya, kekalahan kali ini membuka ruang dan peluang pihak media untuk membelasah pasukan Kenari yang selama ini sentiasa tidak berpuashati dengan pencapaian yang dimiliki oleh Kedah yang jelas dalam laporan-laporan akhbar mereka.

Biar apapun tanggapan dan persepsi yang dilemparkan, perlawanan semalam tidak sepatutnya menjadi kayu ukur untuk membuat sebarang ramalan. Wisel baru sahaja dibunyikan. Perlawanan semalam ibarat "warming-up" untuk kedua-dua pasukan.

Pujian harus diberikan kepada skuad Gergasi Merah pada malam semalam selepas berhempas-pulas untuk mencapai kemenangan. Selepas memalui beberapa musim yang mendukacitakan, skuad ini kembali bersemangat dan berkeyakinan dibawah kendalian jurulatih baru K. Devan. Kali terakhir mereka memenangi kejuaraan liga utama Malaysia adalah pada tahun 2000. Sudah pastilah perasaan membuak-buak untuk mengakhiri kemarau kejuaraan liga utama terutamanya Liga Super yang mula diperkenalkan pada tahun 2004 meresapi jiwa mereka.

Musim baru kali ini dijangka akan lebih sengit dan competitive apabila kesemua pasukan dibarisi dengan pemain-pemain tempatan.

P/S:" PULUN KEDAH PULUN "

0 comments: