About This Blog

“Maecen tempu tel lus egetof condimentum rhoncus se quam semper libero”
by Namquam Adipiscing
Delete this widget from your Dashboard and add your own words. This is just an example!

Mengemigrasikan Barang Lama!

|

7 December 2009

304000 keluar negara meninggalkan M'sia. 3800 melepaskan kerakyatan M'sia bagi membolehkan mereka memperolehi kerakyatan luar.

Bagi sesetengah orang, mungkin mengumpul barang lama menjadi hobi sejak azali lagi. Tak kira apa pun. Dari tiket bas, kad topup, tanda jenama baju, harga baju dan sehinggalah seluar pertama yang dia sarungkan sejak dia masih bayi lagi (ngarut sangat la tu).

Ketika diajukan soalan, "mengapa suka mengumpul barang lama?", jawab mereka ; "sentimental value beb!".

Baru-baru ini, aku sempat menolong abang aku mengubahsuai bilik dan mengemas barang-barang "lama" dia. Disebabkan aku mungkin menjadi orang terakhir dalam keluarga aku berada disini, jadi aku rasa operasi ini sangatlah menguntungkan aku, supaya kelak aku tidak perlu bersusah payah untuk berkemas seorang diri! Hampir 5 jam kami menghabiskan masa untuk memastikan semuanya selesai. Banyak jugak sentimental value yang dijumpai dan tak kurang banyaknya juga sebenarnya hanyalah sampah-sarap!

Hampir 10 tahun lamanya dia lepak di sini, namun hanya tinggal lagi kurang 2 minggu, dia bakal meninggalkan bumi Mesir yang banyak mendewasakan dan mematangkan dirinya. Kemungkinan besar, kepulangannya ke tanahair kali ke-5 ini adalah yang terakhir. Mungkin juga dia tidak mahu menambah angka emigrasi ratusan ribu rakyat M'sia di luar negara dan yang paling aku yakin dia sudah semestinya tidak akan melepaskan kerakyataan M'sia yang dipegangnya selama 26 tahun hanya semata-mata untuk berkahwin dengan rakyat Mesir sama sekali!

Bagi aku, sistem pentadbiran negara Mesir yang (walaupun hampir sama dengan M'sia) masih mengekalkan sistem ketenteraan (semata-mata untuk mengekalkan pemerintahannya) misalnya, penduduknya yang mampat, yang hanya bertumpukan satu bandar sahaja iaitu Cairo, menjadikan ianya adalah sebuah negara yang harus difikirkan berkali-kali kesesuaiannya untuk dijadikan destinasi untuk ber"emigrasi". Kalau sebab emigrasi itu adalah untuk menuntut ilmu, maka di sinilah negara yang paling sesuai, tetapi kalau atas tujuan yang sebaliknya, aku rasa (buat masa sekarang) carilah negara lain!

4 comments:

Qaiyyum said...

apa lak kaitan barang lama dgn gambar ikan tu ?

Ameen said...

sentimental value beb! tak jumpa atas darat tue...kalau ang terer, ikan apakah yang sedang terdampar itu?

IbNu GhazaLi said...

Ikan pirana kerisi kut..urm,celamat tinggal mass azam,blk dgn eliana ker..hehe,kim slm la,xsmpt jmpa dah kut,xtau bila turun kaherah lak..ang da antaq bahas taujih qiraat dr hamdi lum?...

Ameen said...

Uiks! bleh jadi jugak tu ostad syau..

Mas azam mana leh ngan elyana, sebab elyana tu adik dia
punya..wakakakaka...

Bahas kena hantaq ka? Aku tak hantaq lagi..dia marah ka? tapi hat tahun lepas aku hantaq dah...kira jadi camtue takleh ka?maleh nak nulis dah..