About This Blog

“Maecen tempu tel lus egetof condimentum rhoncus se quam semper libero”
by Namquam Adipiscing
Delete this widget from your Dashboard and add your own words. This is just an example!

Otai Kabeer...

|

28 February 2009

Kebiasaannya, kita mesti akan rasa marah apabila ada orang yang mencuba memainkan perasaan dan emosi kita samada sengaja atau tidak sengaja. Walaupun kita adalah seorang yang bersabar dan tenang menghadapi sesuatu keadaan yang tegang sekalipun, namun jauh dari dalam sudut hati kita, mesti terdetik atau tersimpan perasaan marah dan tersinggung lantas mahu menyepak terajang orang yang membuat provokasi itu. Namun mungkin disebabkan kita masih mengimbangi perasaan kita itu mengikut neraca agama, Alhamdulillah kita masih dapat mengawal perasaan dan emosi yang sebenarnya bergolak bak air yang sedang dimasak panas menggelegak.

Aku juga tak terlepas dari memilki perasaan dan emosi sebegitu, walaupun orang yang menyakitkan hati aku ini adalah seorang yang mempunyai pengaruh pada persepsi aku, malah lebih tua dari aku dari segi umur dan pengalaman, namun sejak dua menjak ini, perangai dia sudah cukup untuk memualkan sekaligus membuatkan aku berharap dan berkehendak untuk menyepak terajang kepala dia. Aku menghargai harapan dan tanggapan dia kalau ianya baik, walaupun aku tidak tahu apa niat sebenar dia. Mungkinkah tujuan dia mahu melihat aku berjaya dan berada pada tahap dia berada sekarang (kununya la) atau sebaliknya.

Dari pemerhatian aku, dia ini seorang yang baik dan berhati perut. Berkemungkinan kecil, ungkapan yang dilafazkan kepada aku bukan kemahuan dia yang sebenar. Tetapi cara lafaz dan kata-kata yang digunapakai yang mungkin bagi dia akan memberi kesan kepada aku, agak keterlaluan dan melampau dan ianya berlaku bukan sekali dua malah melebihi tahap maksimum kesabaran seseorang. Saat itu, aku sebenarnya sudah agak hilang pertimbangan. Sebelum ini aku masih mampu bersabar kerana cara provokasi yang dimainkan biasa dan masih mampu untuk diterima oleh sesiapa saja yang mendengarnya. Mungkin kerana sudah muak dan bosan dek kerana hari-hari membaca dan menelaah bahasa media massa yang sudah menjadi kebiasaan atau keperluaan agaknya bagi mereka hanya semata-mata untuk memainkan perasaan dan emosi pihak-pihak tertentu dalam menjatuhkan mereka. Namun malangnya mereka sebenarnya terkebelakang malah tidak ada sedikit kesan pun yang ditinggalkan.

Soalan dari Otai kabeer seperti yang aku catatkan disini adalah 80% benar. Ini bermakna, lagi 20% adalah merupakan tokok tambah yang tidaklah keterlaluan dan melampau (lebih kurang la maksud aku). Ianya bukan rekaan atau retorik semata.
Jenis-jenis ungkapan yang sebenarnya datang dalam pelbagai gambaran dan bentuk samada secara ayat sindiran atau mainan jenaka atau nasihat yang mempunyai unsur-unsur provokasi. Semuanya telah aku olah menjadi soalan-soalan supaya senang aku nak balas dan jawab. Tapi semua jawapan aku adalah imiginasi dan bukannya realiti. Maksud aku, jawapan aku kepada persoalan adalah berlangsung dalam kepala hotak aku sahaja.

Aku belum pun pernah bercadang nak hemburkan kepada dia.
Semua itu adalah semata-mata untuk menjaga hati dan perasaan dia sekaligus menjaga imej dan maruah dia dari dicemari dan diperkecilkan. Pendek kata aku masih menaruh perasaan hormat kepada dia. Apa yang aku harapkan adalah semoga dia menyedari akan kesalahan dan kesilapan dia dan kembali kepada pertimbangan necara agama yang benar dan sempurna.

Hiwar baini wa baina Otai Kabeer...

Otai Kabeer : Laa..hang sebenaqnya buat apa lagi kat sini ? Tak reti-reti nak balik ka?
Aku : Lantak la, bukan ang yang support aku. Yang ang sibuk sangat pasaipa?

Otai Kabeer : Hang nak bodo kat sini ka? Balik M'sia la, sambung kat sana, depa siap bagi bantuan kat hang.
Aku : ( Ayat maki-hamun)!!! Macam ang tue pandai sangat. Aku bukannya kebuluq sangat aih. Kalau ang kebuluq sangat, pi la balik, buat apa suruh aku balik.

Otai Kabeer : Tak pun, sambung di UK sana nu, sekarang ni zaman kegemilangan Islam bukan disini, tapi di Eropah sana.
Aku : Eleeeh, sejak bila pulak ang amik berat bab kegemilangan Islam ni. Setahu aku, ang la diantara orang yang bertanggungjawab nak lihat keruntuhan Agama Islam. Ang sekat sana, ang sekat sini. Ang sendiri tu pun belum mengemilangkan Islam. Pandai nak cakap bab kegemilangan Islam kat aku pulak. Piiraahh mabuk!!!

Otai Kabeer : Ang tak takut ka? La ni baru bom dekat situ. Esok ntah ka dia bom satu mesir ni, paih tue tercetus peperangan pulak. Ceeeehh...kununnya ang nak jadi pejuang la, nak turut sama berperang.
Aku : Laa...tak tau pulak aku kata ang takut mati. Mati syahid pun ang tak mau. Gamaknya ang ni tak kenai syurga kot. Dok nampak nak ke neraka dah ang ni. bawak-bawak bertaubat. Dan lagi ni (sambil melihat jam tangan).

Otai Kaberr : Kalau ang balik la ni, paih tue pi cari kerja kat M'sia, dapat la jugak duit. Buleh la tampung kehidupan ang tue. Celah-celah tue, buleh jugak bagi duit kat mak bapak ang. tampung kehidupan depa.
Aku : Iskhh...mampuih pi kat aku la, aku nak balik ka dak? Lagipun mak bapak aku yang suruh aku sambung ngaji kat sini. Depa nak suruh aku nak ngaji bagi pandai, tak buta agama, bukan nak buta pekak lagu ang. Hang takpa la, nak mati dalam kejahilan. Aku tak mau.

Banyak lagi sebenarnya. Tapi sampai kat sini ja yang aku dapat paparkan. Aku malas nak menulis dan malas nak maki orang banyak-banyak. Sorry la untuk entry kali ini. Saja aku isi dengan benda yang merapu dan tak berfaedah ini sebab tadak apa nak isi. Kalau dibiarkan kosong lama-lama tak beshh pulak.

P/S: Oghang tua² kita selalu berpesan : " You better watch out ur mouth dude, and
don't you ever be rude !!! "

6 comments:

UIVIAR said...

smart gile orang2 tua pesan...siap berbahasa inggeris + slank remaja U.S...hehe...

min..ang dok benggang dengan sapa?

Ameen said...

Sorry la..aku takleh habaq. Takut dituduh dan didakwa di bawah akta hasutan yang membawa hukuman ditarik kewarganegaraan. Susah la aku camtue. huhuhuhu

pakndak said...

"sekarang ni zaman kegemilangan Islam bukan disini, tapi di Eropah sana".- apa la yang bangang sangat, baru nie aku baru ja ngaji istishraq wal tabshir. depa masukkan syubhah dalam pengajian katmana2 universiti kat eropah. kalau iman tue lemah, silap2 leh murtad. gedung ilmu bukan kat sana, tapi kat sini. nie mesti terpengaruh ngan asri. dari dialog hang, nampaknya ada lagi manusia yang jumud mcm dia tue.

ameen said...

Tu la sapal. Hare sungguh dia tu. Dia tak tau kot aku memba ang. kalau dia tau mesti dia kecut perut tak berani kata lagutu..!!!

Mohd Hafizi said...

Buleh wat filem lagu nih!!
Mantop!!!

anasxz said...

haha.. mantop. pengkritik raja lawak ka...

---

dok pikiaq meset ja.. 50 ribu pelajaq mesia dok luaq negara... meset ada 6 ribu ja... negara2 lain belungguk lagi..

nak cari hat tak betoi mmg la banyak.. takyah bawak mai 50 ribu tu.. bawak mai seratus dua dah la.. belungguk masalah..

ish.. pelek2..

taktau la 50 ribu tu betoi dak.. aku main hentam ja... tp rasa betoi kot.