About This Blog

“Maecen tempu tel lus egetof condimentum rhoncus se quam semper libero”
by Namquam Adipiscing
Delete this widget from your Dashboard and add your own words. This is just an example!

Korban!

|

26 November 2009

Real Madrid Defender Pepe Calls For 'Sacrifice' From Team-Mates To Overcome Barcelona! - goal.com
Cuti bagi sambutan Hari Raya Eidul Adha sudah bermula. 10 hari lamanya Universiti El-Azhar bakal sepi dengan riuhan para pelajar samada dari kalangan arabi atau ajnabi. Mungkin yang tinggal hanya pengawal-pengawal dari Pihak Keselamatan dan beberapa individu-individu yang lebih dikenali sebagai "bawwab". Mereka ini bukan tidak berkeluarga. Tetapi mungkin terpaksa berkorban demi sebuah tanggungjawab yang dipikul di atas pundak bahu mereka. Serta, ianya mungkin bagi mereka adalah sebuah amanah yang tidak bisa mereka lepas dan abaikan. Atau mungkin juga ini semua dilakukan adalah kerana keluarga tercinta mereka sendiri. Aku andaikan saja!

Tahun ini aku mengambil keputusan untuk menyambut hari raya di Tanta. Of coz, ini merupakan kali pertama aku menyambut Hari Raya Eidul Adha di tempat selain Kaherah. Sejak aku mula menyewa di Tanta dan secara rasminya bergelar pelajar kuliah Al-quran & Qiraat Tanta, aku tidak pernah sekalipun merayakan Eidul Adha di sini. Mungkin disebabkan Kaherah sudah sebati dengan jiwa aku hingga membuatkan hati aku terlalu berat untuk meraikannya di mana-mana tempat selain di sana. Namun begitu, sebuah pengorbanan perlu dibuat untuk mencari sebuah pengalaman!

Dari kiri : Erwan Parman, Noramin Nordin dan Hafiz Salim di Istad Tanta seusai sembahyang Hari Raya Korban 2009.

"Pengorbanan ni penting sebenaqnya, tanpa pengorbanan apa pun tak jadi. Dari kecik sampai besaq, tua muda, miskin ka hang, kaya ka hang, tadak hat tak kena korban. Korban tenaga, duit, masa dan macam-macam lagi la. Nak ngaji kena korban. Nak kerja kena korban. Nak cari bini sorang lagipun kena korban. Nak korban pun kena korban. Semua perkara nak kena korban.", kata seorang pemanggil RMK (Radio Malaysia Kedah) sambil diselangi dengan suara ketawa DJ yang bertugas.

"Memang la pengorbanan ni penting. Sapa pun tak bulih nafi benda ni. Tapi sedih jugak la kalau esok-esok ni pengorbanan kita depa tak mau nilai, tak mau kenang lansung. Habih semua kita korban, tengok-tengok depa buat tak heran ja", kata seorang mak cik yang juga merupakan pemanggil RMK yang hanya mahu dikenali sebagai Mak su.

"Takpa la ... Yang penting kita korban kena niat kerana Allah s.w.t. Kalau kita buat sebuah pengorbanan "just" semata-mata nak mintak oghang kenang, sampai bila sangat depa nak kenang. Sampai masa semua kena pi. Jadi kalau kenangan tu esok, orang yang kita dok harap dia kenang apa hat kita buat kena pi, pakai tadak apa dah la pengorbanan kita tu. Tapi kalau kita niat kerana Allah, confirm akhirat ada ganjaran dia, InsyAllah. Tapi tak salah kalau kita hat hidup ni nak kenang kembali pengorbanan orang-orang lama. Mereka ni banyak berjasa kat kita. Kalau hat ada lagi, apa salahnya kita pi ziarah sambil bermaafan dengan depa. Kalau hat tadak dah, hadiah pi kat depa Fatihah ka apa ka, jadi la sebagai tanda kita kenang jasa mereka", kata Pak Mat pendengar setia RMK sebagai memberi respon kepada slot yang dibuka oleh RMK sempena hari raya korban.

Umum sudah sedia maklum bahawa Hari Raya Eidul Adha berkait rapat dengan kisah Nabi Allah Ibrahim dan anak baginda sendiri iaitu Nabi Allah Ismail عليهما السلام. Kisah tentang pengorbanan yang dilakukan oleh kedua-dua Nabi Allah ini adalah bukan sekadar sebuah kisah kenangan memori lama. Ianya bukan diambil dari sebuah buku biasa yang berusia ribuan tahun lamanya. Kisah ini termaktub di dalam Al-quran yang menjadi sumber rujukan utama dalam agama Islam. Tidak ada satu patah perkataan di dalam Al-quran yang tidak membawa erti makna apa-apa. Ianya merupakan sebuah kisah dari Ar-Rahman yang menceritakan tentang sebuah pengorbanan yang cukup besar sehingga meninggalkan kesan yang cukup mendalam kepada ummat manusia dan seharusnya diambil dan dipelajari sebagai pedoman hidup.

Menerima suruhan dan perintah untuk menyembelih anak sendiri adalah bukan sesuatu perkara yang mudah untuk diterima dan dilaksanakan. Tetapi kerana percaya dan yakin kepada Allah s.w.t, maka dilaksanakan juga perintah itu. Begitu juga dengan Nabi Ismail yang begitu semangat dan tabah menerima keadaan itu. Perkara ini tidak akan berlaku kalau tidak ada keimanan dan ketaqwaan kepada Allah s.w.t. Persoalannya, masih wujudkah gerangan seperti mereka???

Apapun, aku nak mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Eidul Adha kepada hampa semua hat tengah baca entry ni! Kullu 'Am waantum Bikahirin.

2 comments:

Ameer said...

rajin hang menulis artikel sebagus ini...bgus2~

Ameen said...

memang gua baguih!
wakakakakakaka...!