About This Blog

“Maecen tempu tel lus egetof condimentum rhoncus se quam semper libero”
by Namquam Adipiscing
Delete this widget from your Dashboard and add your own words. This is just an example!
4

Semuanya milik Allah...

|

21 December 2008

Suatu ketika aku dalam perjalanan pulang bersama seorang sahabat dari menyaksikan perlawanan bola sepak liga sepanyol yang berkesudahan dengan pasukan yang aku minat mendapat kemenangan, aku sempat menyatakan kerisauan dan kegelisahan yang aku sedang alami dalam menempuh ujian peperiksaan awal semester yang bakal menyingkapkan tirainya tidak lama lagi. Namun dalam keadaan bersahaja dan selamba, beliau dengan kurang bergaya berkata ;

" Apa yang nak dirisaukan. Kalau kita benar-benar berusaha dan berazam mahu berjaya, tugas kita seterusnya adalah berdoa dan bertawakkal kepada Allah. Biarlah Allah menentukan dan menilai sejauh mana usaha kita itu. Allah Taala tidak pernah menzalimi hamba-hambanya, malah Allah Taala itu selalu bersama dengan hamba-hambanya. Tetapi kita layak untuk berasa risau dan resah, apabila kita tidak pulun berusaha dengan bersungguh-sungguh dan hanya mengharapkan pertolongan Allah semata-mata. Allah Taala tidak suka kepada hamba-hambanya yang suka berangan-angan tinggi, tetapi usahanya tidak pernah sama sekali kearah untuk merealisasikan impiannya itu ".

Tersentak aku mendengar bait-bait syarahan yang terkeluar dari mulut beliau. Mungkin kalau mengikut peratusan, 99.99% kena tepat ke atas batang hidungku yang tak berapa mancung ini. Kata-kata itu seolah-olah sengaja ditujukan terhadap diriku yang selama ini menghabiskan masa dengan perkara-perkara yang kurang berfaedah (bukan tidak) . Namun dalam keheningan malam yang sejuk yang amat tu, aku telan semua kata-kata beliau dan cuba menterjemahkannya dari sudut yang positif walaupun ianya cukup pahit dan kelat.

Memang apa yang diucapkan oleh beliau benar-benar membuatkan aku sejenak terfikir apakah aku telah berusaha bersungguh-sungguh untuk merealisasikan impian aku selama ini? Setiap orang mempunyai impian. Setiap orang mempunyai cita-cita. Ibu bapa aku juga mempunyai impian, cita-cita dan harapan terhadap diri aku. Kalau tidak, masakan mereka menghabiskan masa, tenaga dan harta untuk memastikan aku terus menyambung pelajaran hingga ke tahap aku berada ketika ini. Namun sejauh mana aku berusaha ke arah itu?

Seronok aku tengok sahabat-sahabat seperjuangan yang sudah berjaya mengecapi kejayaan dalam perjuangan mereka. Mungkin hadaf atau destinasi untuk mencapai cita-cita mereka yang hakiki di dalam hidup mereka itu masih berbaki dan masih jauh. Namun sekurang-kurangnya mereka telah berjaya mengharungi satu jenis cabaran daripada berbagai-bagai jenis dugaan dan ujian sebagai satu proses yang juga merupakan kunci dalam menentukan masa depan mereka. Mungkin segulung ijazah tidak membawa apa-apa makna bagi seorang penuntut ilmu yang sejati, namun ianya berbeza bila diterjemahkan dengan kehendak semasa. Di dalam mengharungi liku-liku cabaran di dunia, kita tidak boleh lari dari keadaan semasa yang terkadang menghimpit kehidupan kita. Apa-apa boleh jadi jika kita tidak bersedia sepenuhnya.

Kehendak semasa itu sentiasa berubah-ubah dari semasa ke semasa. Begitu juga dengan masalah pengiktirafan sijil yang menyaksikan sahabat-sahabat aku ada yang pulang dengan segulung ijazah namun semuanya ibarat sia-sia belaka gara-gara sikap pegawai JPA yang tidak mahu memberikan pengiktirafan terhadap sijil mereka itu. Aku juga berhadapan dengan situasi yang sama bila dimaklumkan tentang status pengiktirafan itu. Namun setelah mendengar kata-kata semangat dari orang tuaku yang mahu aku terus menyambung pengajianku, aku redha dengan apa yang berlaku. Mungkin sahaja ianya akan berubah pada masa hadapan. Hukum duniawi adalah ciptaan manusia semata. Ianya boleh berubah dari semasa ke semasa. Manusia terkadang tidak sedar terhadap perlakuan-perlakuan mereka yang menzaliminya manusia yang lain. Mereka akan sedar bila mereka merasainya dengan diri mereka sendiri.

Kejayaan dan kemenangan ada di tangan kita. Para sahabat zaman Rasulullah S.A.W tidak pernah diberitakan tentang kemenangan atau kekalahan sebelum turun bertempur di medan perang. Namun kerana yakin dan percaya kepada janji-janji Allah dan Rasulullah, mereka terus berperang dengan bersemangat dan bersungguh-sungguh dalam memastikan Islam terus dijulang. Mereka juga tidak pernah tahu, apakah cita-cita mereka untuk mati shahid di jalan Allah akan menjadi kenyataan ataupun tidak.

Aku bukanlah seorang yang layak untuk memberikan nasihat atau kata-kata semangat, namun aku ingin mengingatkan kepada diri aku dan diri dan sahabat-sahabat bahawa kejayaan dan kemenangan yang kita telah perolehi atau bakal kita kecapi adalah bukan milik kita. Semua itu adalah pemberiaan dari Allah Taala kepada hamba-hambanya yang sering menangis meronta dan meminta belas kasihan dariNya. Apa yang kita ada pada hari dan saat ini, adalah merupakan pemberianNya kepada kita di dalam bentuk balasan ke atas apa yang kita lakukan.

Ucapan " semoga berjaya " aku lontarkan kepada setiap yang bergelar pejuang-pejuang ilmu yang akan merintangi dan mengharungi cabaran serta liku-liku dalam usaha menuntutnya. Semoga kita semua beroleh kejayaan dan mendapat keredhaan serta dilimpahi dengan rahmat Allah Taala di dalam setiap apa yang kita lakukan.

P/S:Ya Allah Ya Tuhanku...permudahkanlah segala urusanku...
0

Bagus...bagus...ini yang kita nak!!!

|

5 December 2008

FA (Football Association) semalam mengumumkan akan mengambil tindakan terhadap individu-individu yang terlibat dalam sorakan provokasi terhadap seorang pemain Muslim Middlesbrough, Ahmed Hossam Mido. Mido 25 tahun, berasal dari Republic Arab Mesir itu dikatakan menerima ejekan berbaur keagamaan ketika memanaskan badan untuk turun sebagai pemain gantian dalam perlawanan di antara Midllesbrough dan Newcastle United. Sumber mengatakan bahawa ini adalah kali kedua Mido menerima ejekan bersifat penghinaan agama yang diklasifikasikan sebagai "berbaur perkauman". Walau bagaimanapun, kejadian yang menimpa pemain ini pada tahun lepas tidak mendapat respon yang positif dari pihak FA.

Presiden Gerakan Anti-Racism yang sedang berusaha berkempen dengan membawa moto "Kick It Out" dilaporkan mahu pihak FA mengambil tindakan yang keras dengan segera selepas apa yang berlaku ke atas pemain tersebut. Sambil menyifatkan bahawa tindakan itu adalah tidak patut, FA dikatakan telah mengenal pasti individu-individu tersebut, dan berjanji akan mengambil tindakan yang tegas dan setimpal dalam usaha memastikan perkara yang sama tidak berulang lagi.

Mido dipetik sebagai berkata ;

" Saya meminta pihak FA mengambil tindakan serius dan tegas untuk menghentikan perbuatan sedemikian. Sorakan ejekan itu bukan ditujukan ke atas saya secara peribadi, tetapi ianya adalah terhadap Agama Islam ".

Setakat ini, Kelab Newcastle United dikatakan sedia untuk bekerjasama dalam membasmi perbuatan-perbuatan yang boleh menjatuhkan imej para pemain melalui apa jua sentimen, baik dari perkauman atau keagamaan atau yang sewaktu dengannya.

Walau apapun yang tersurat dan tersirat di dalam hal ini, sebagai Umat Islam, sudah semestinya kita mengalu-alukan tindakan-tindakan positif yang wajib diambil dalam memastikan agama kita terus dipelihara dan terpelihara. Tindakan ini juga seharusnya dicontohi oleh mana-mana organisasi di dunia ini dalam memastikan keamanan dan kesejahteraan terus wujud.



Tindakan Mido yang mungkin akan mengancam polulariti beliau di Eropah, haruslah dicontohi oleh setiap pemain Muslim yang lain. Dunia sukan hari ini, bola sepak khususnya, perlu menerima hakikat dan mengakui bahawasanya bilangan dan peranan yang dimainkan oleh pemain yang beragama Islam yang juga merupakan aset penting kepada kelab-kelab besar dunia adalah cukup besar. Mungkin dengan pengaruh yang dimiliki oleh mereka di dalam bidang sukan yang paling popular ini, dapat meyakinkan kepada dunia yang selama ini memandang negatif terhadap Islam, bahawa Islam adalah agama yang menitikberatkan keamanan dan kesejahteraan. Islam menolak segala jenis tindakan yang tidak berperikemanusiaan yang boleh menjatuhkan maruah sesuatu bangsa itu.

Sebagaimana penganut agama lain yang mahukan kebebasan untuk mengamalkan budaya dan amalan agama mereka, Umat Islam juga menuntut perkara yang serupa tanpa ada perbezaan dan batasan atau sekatan yang dikenakan terhadap mereka.

P/S: Sabda Nabi Muhammad S.A.W : " Kita adalah kaum yang dimuliakan oleh Allah dengan Agama Islam ".
0

Kalah & Menang

|

6 November 2008

(Real Madrid tumbang di hadapan penonton sendiri kepada musuh tradisi, Juventus. Barack Obama menang dalam pilihanraya Presiden Amerika)

Bagi penyokong kelab-kelab bola sepak (eropah khususnya), pastinya hampa akan merasa terkilan, hampa dan "ketidakpuashatian" apabila pasukan yang hampa sokong menerima kekalahan. Apatah lagi pasukan hampa tersebut, kalah di tempat sendiri, setelah kalah di tempat lawan.Tambahan pula, beberapa jam sebelum perlawanan bermula, pihak pengurusan pasukan hampa, melalui lawan web rasmi atau tidak rasmi, menyatakan bahawa mereka akan berhempas-pulas menebus kekecewaan sekaligus mencapai kemenangan yang mereka dan hampa impikan.

Akhirnya...padan muka hampa. Fanatik sangat. Tak pasai-pasai hampa nak mendemtumkan daun pintu bilik hampa serta berketat muka seolah-olah kehidupan hampa pada hari itu tak bermakna (malang la kununnya). Secara faktanya, samada pasukan yang hampa sokong tu menang atau kalah, hampa secara lansung atau tidak lansung tidak akan mendapat apa-apa keuntungan baik di atas dunia yang fana ini mahupun di akhirat yang kekal abadi. Apa yang hampa lakukan tu sebenarnya, hanyalah semata-mata menggambarkan rasa "ketidakpuasan" hati hampa, yang mana selepas itu mengakibatkan hampa punya perasaan di balut dengan kekecewaan dan kehampaan. Apa la hampa ni, jadilah hamba Allah yang senantiasa mesyukuri nikmat yang diberi dengan percuma ni. Huhuhu...sekali lagi PADAN MUKA HAMPA!!!wekk!!!

Apa pun, semestinya aku nak ucapkan tahniah (sudah tentu bukan kepada kelab-kelab bola sepak yang berjaya layak ke pusingan seterusnya) kepada "The New President Of United States Of Amerika" Barack Obama. Beliau merupakan bangsa Afrika-Amerika berkulit hitam yang pertama dan merupakan yang ke-44 menjawat jawatan No1 di Amerika. Walaupun sebelum ini banyak spekulasi liar yang dilemparkan terhadapnya, Obama tetap meraih kemenangan yang cukup besar dalam sejarah pencalonan presiden Amerika. Ini menunjukkan bahawa rakyat negara itu benar-benar terdesak dan amat memerlukan kepada perubahan.

Dengan kemenangan ini, Obama bukan saja dilihat sebagai pemimpin negara itu, bahkan Obama juga merupakan seorang ketua kepada negara UNILATERAL. Ini bermakna, selepas ini Obama bakal memainkan peranan yang cukup besar dalam membawa perubahan kepada senario politik dunia. Beliau juga bertanggungjawab dalam memastikan satu perubahan yang perlu berlaku kepada dasar-dasar negara itu terutamanya dasar luar. Ini termasuk apa yang berlaku sewaktu pemerintahan Bush berkenaan dengan pencerobohan dan peperangan yang dicetuskan di serata dunia.

Sebagai umat Islam, sudah tentu kita mahukan satu perubahan yang bersifat adil dan saksama dalam memastikan agama Islam terpelihara. Sudah lama Islam sering dijadikan bahan cemuhan dan kritikan. Pelbagai jenis tuduhan dilemparkan terhadap Islam gara-gara sikap tidak bertanggungjawab pihak-pihak tertentu. Justeru dengan kemenangan Obama, semoga beliau lebih bersikap prihatin dan segera mencari jalan penyelesaian terhadap konflik global, khususnya yang berkaitan dengan keganasan dan pencerobohan serta peperangan yang mengakibatkan kebuluran dan kemiskinan seperti yang berlaku di Palestin, Afghanistan dan Iraq serta beberapa buah negara yang lain khususnya negara Islam. Obama juga diharapkan dapat mengkaji kedudukan pengaruh Israel yang dilihat sebagai punca utama pergolakan yang berlaku dan merupakan penyebab misi kedamaian dan kesejahteraan tidak dapat di laksanakan.

Sesungguhnya, kemenangan dan kekalahan itu adalah adat di atas dunia. Apa yang kita rancangkan semuanya akan ditentukan oleh Allah S.W.T. Kata pepatah, " Bola itu bulat, macam-macam boleh terjadi".

P/S:Arrghhh...tidak...tidak...tidak...
3

Anak-anak kita...

|

29 October 2008

(...anak-anak kitakah yang memikul beban kesilapan kita?, hingga dia tak kenal budaya canggung bangsa sendiri. Selamatkan anak kita, dari padang jerangkap samar, selamatkan anak kita, orde baru politikus usang...) ~ Anak-anak kita by M. Nasir

Anak-anak yang berjaya menjadi kebanggaan Ibu bapa (gambar sekadar hiasan sahaja semata-mata)

Arrghh...tension aku balik Kaherah hari itu. Bukan apa, sejak abang aku bawak balik buku Mastika, habis budak-budak yang baca buku tu jadikan rujukan untuk menempelak orang Kedah kununnya orang Kedah ni teruk, soSIAL yang tak terkawal, tadak akhlak dan bermacam-macam lagi tuduhan sumbang mereka. Jadi sebagai anak jati Kedah D.A, terpaksalah aku mempertahankan negeri kesayanganku dan semua rakyat jelata yang berada dalamnya.

Aku bukan tak setuju semua yang didedahkan dan dipaparkan. Cumanya mengapa 2,3 keluaran Mastika, negeri Kedah sahaja yang menjadi fokus utama? Bukankah dalam masalah keruntuhan moral yang melibatkan para remaja, sepatutnya mereka (media massa) lebih bersikap menyeluruh kerana masalah yang datang adalah dari seluruh pelusuk negara Malaysia? Atau apakah Mastika mempunyai agendanya tersendiri bila menjadikan negeri yang diperintah pembangkang sebagai fokus utama? Atau apakah aku yang terlalu bersifat ke"NEGERI"aan apabila bersungguh-sungguh mempertahankan negeri yang aku cintai dan sayangi. Argghh...aku tertekan...aku tidak sama sekali mahu dituduh sebagai seorang yang mempunyai semangat kenegeriaan yang melampau-lampau dan meluap-luap hingga tidak mampu menelan pahit walaupun ianya adalah kebenaran...tension...tension...tension. Apa yang aku mahukan adalah Keadilan, Keadilan, Keadilan (bukan Parti Keadilan, tapi tiru gaya percakapan hang jebat dalam filem P. Ramlee tu) dalam menyampaikan berita dan maklumat kepada segenap alam.

Memang tak dinafikan, sekarang media massa di Malaysia khususnya sedang berhadapan dengan masalah dalam menyampaikan berita yang benar. Mereka seolah-olah terpaksa atau sudah menjadi trend untuk menulis berita-berita yang memburukkan orang. Apa yang lebih dahsyat apabila berita bohong yang disampaikan itu diterima oleh rakyat dan dijadikan pula sebagai hujah untuk menempeleng dan menempelak pihak-pihak tertentu, seperti terjadi terhadap diriku sewaktu balik ke Kaherah. Nasib baik la aku berjaya menerangkan keadaan sebenar kepada mereka. Walaupun nampak dari mimik muka macam tak puas hati, namun mereka berdiam seribu bahasa...huhuhuhuhu...(jangan marah).

Berbalik kepada soal keruntuhan moral yang semakin menjadi-jadi di negara kesayangan kita, Malaysia. Anak-anak remaja sekarang lebih terpengaruh dengan gejala negatif yang dibawa oleh barat khusunya. Mereka seolah-olah hilang pedoman dan pegangan apabila dengan bersahaja dan penuh bergaya memberikan diri mereka untuk dipergunakan oleh syaitan durjana yang sudah tentunya semua ini adalah agenda dari musuh Islam dalam menghancurkan ummat Islam dari akar umbi.

Namun siapakah yang sepatutnya lebih bertanggungjawab dalam hal ini? Institusi keluarga menyalahkan kerajaan kerana gagal mengawal dan mewujudkan suasana yang positif dikalangan remaja. Kerajaan sebagai pemerintah negara, kata mereka, yang betanggungjawab menyediakan kemudahan dan ransangan supaya anak-anak remaja rosak dengan menganjurkan program-program yang tidak berfaedah dan tidak dapat membantu institusi keluarga lansung dalam memberikan asuhan dan didikan kepada mereka. Kerajaan pula dengan tegas menyeru seluruh institusi keluarga memainkan peranan yang lebih penting dalam didikan dan asuhan anak-anak mereka. Ini kerana kata mereka, anak-anak adalah cermin kepada didikan dan asuhan ibu-bapa mereka. Masakan pokok cermai yang ditanam, tetapi pokok belimbing buluh pula yang hidup (sebab kedua-dua pokok tu dulu ada sebelah rumah aku. Mungkin sebab orang tua aku suka makan masam-masam agaknya dulu).

Aku sebagai salah seorang dari jutaan rakyat yang berhak menyuarakan pandangan dalam hal ini (walaupun dalam perancangan lambat lagi nak kahwin) dan dari puluhan ribu dari rakyat Malaysia yang mempunyai blog untuk meng"UTARA"kan pandangan dan buah fikiran berpendapat bahawa institusi keluarga sepatutnya lebih bertanggungjawab dalam hal didikan dan asuhan anak-anak. Ini kerana, berdasarkan dari hadis Nabi Muhammad S.A.W yang mana baginda pernah bersabda yang bermaksud : "Setiap bayi yang dilahirkan adalah dalam keadaan fitrah (suci bersih/Islam), maka ibu bapanyalah (yang berperanan) menjadikannya (samada) Yahudi, Nasrani atau Majusi ), dan banyak lagi hadis Nabi yang secara jelas menegaskan bahawa pendidikan dan asuhan adalah bermula dari institusi keluarga itu sendiri.

Tetapi secara peribadi aku tidak menolak satu kenyataan iaitu, kerajaan juga sepatutnya lebih bersikap membantu dan bekerjasama dengan institusi keluarga dalam membentuk dan mencorak anak-anak bangsa. Membantu dalam memperkasakan institusi keluarga bukan membantu untuk meruntuhkan institusi keluarga!!! Zaman sekarang anak-anak lebih terpengaruh dengan suasana keadaan diluar rumah. Suasana didalam rumah sekarang berbeza. Kalau dahulu suami di tempat kerja isteri sebagai suri rumah yang setia menanti dan menjaga anak-anak. Tetapi sekarang (tuntuan zaman agaknya), dengan keadaan keperluaan rumah yang terpaksa menyebabkan kedua-duanya berpisah dari anak-anak yang akhirnya menyebabkan si anak merasa bosan dengan situasi dalam rumah seterusnya lebih suka untuk berada di luar rumah. Di luar rumah pula, dunia mereka lebih luas dan kununnya tidak dikongkong oleh mana-mana pihak, nakkan kebebasan, dengan keadaan soSIAL yang tidak terkawal dan betapa mudahnya kemasukkan anasir-anasir jahat dari luar, dengan keadaan masyarakat yang lebih suka membuat hal sendiri (kununnya tidak mahu menjaga tepi kain orang sebab busuk) dan KERAJAAN atau PEMERINTAH yang sibuk hendak mengekalkan jawatan atau kerusi empuk masing-masing yang akhirnya mengakibatkan anak-anak bangsa lebih suka untuk mengikut jejak syaitan yang direjam.

Bila timbul satu gejala negatif yang sudahpun merebak entah sampai ke dalam mana, maka sibuklah institusi keluarga dan kerajaan bertekak yang seterusnya menimbulkan ketegangan yang membawa kepada bencana yang tidak dapat aku gambarkan kat sini (sebab tadak gambar nak capture). Keluarga menyalahkan kerajaan, kerajaan menyalah keluarga. Rakyat lebih suka berdiam seribu bahasa. Ahli-ahli potilik yang berpolitiKING sibuk hendak mempertahan kerusi masing-masing, dan yang paling bangang adalah sikap beberapa pihak yang sibuk ampu-mengampu kerajaan.

Dalam hal ini, sepatutnya pihak-pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung khususnya institusi yang beragama Islam perlulah mengamalkan tatacara hidup apa yang telah diajarkan oleh Islam. Islam adalah jalan penyelesaian. Dengan Islam kita mampu mencorakkan dan membentuk masyarakat yang harmoni dan sejahtera. Institusi keluarga perlu memperkasakan lagi kekeluargaan sesama mereka. Kita ada Al-quran dan Sunnah Nabi, mengapa kita tinggalkan kedua-dua di belakang kita? Kerajaan pula (yang tinggal nyawa-nyawa ikan), jikalau tidak bersikap adil dan saksama tunggulah bencana dari Allah s.w.t. Jikalau ibu bapa merupakan ketua kepada anak-anak mereka yang bakal dipertanggungjawabkan dihadapan Allah s.w.t satu hari nanti, maka kerajaan pula adalah ketua kepada masyarakat yang sudah tentunya akan diperhadapkan di hadapan Allah s.w.t satu hari nanti. Jika apa yang anda jalankan hari ini adalah benar dan berasaskan kepada apa yang disuruh oleh Allah, maka bergembiralah pada hari itu nanti. Tetapi jika sebaliknya.....TUNGGU LA, TAKDAN BERAPA HARI LAGI....

P/S: Bekerjasama dalam kebajikan, bukan dalam kemaksiatan.