About This Blog

“Maecen tempu tel lus egetof condimentum rhoncus se quam semper libero”
by Namquam Adipiscing
Delete this widget from your Dashboard and add your own words. This is just an example!
2

Habih dah....

|

12 June 2010


Selesai sudah imtihan untuk madah terakhir yang aku ulang (ia'dah). Soalan payah nak mampuih. Ntah la, aku sendiri pun tak tau nak bagitau lagumana. Ala kulli hal, jawab jugak la. Orang kata tak tinggai kertas kosong out. Sebab Syeikh sendiri pesan, " kalau hampa tinggai kertas kosong, aku pun bagi markah kosong jugak dekat hampa. Jadi, baik hampa tulih apa yang hampa tau dari hampa tinggai kertas kosong kat aku!". Jadi, aku pun buat lebih kurang apa yang dia bagitau la. Moga-moga dia kesian kat aku sekaligus bagi aku lulus. Amin ya Rabb.

Piala Dunia start dah. Tak sat tuan rumah South Africa seri dengan Mexico 1-1. Tahniah!. Mexico bukan pasukan caroi. Depa tu kira kuat jugak. Tapi hampa buleh seri dengan depa Kira hampa best la jugak, walaupun nanti mesti ada orang kata hampa bernasib baik, sebab hampa Tuan Rumah. Biasa la tu. Janji hampa buat terbaik untuk pasukan hampa. Perancis seri dengan Uruguay. Depa kata Perancis main tak bagus lansung. Aku penah sokong depa ni waktu ada Zidan. Tapi lepas lepas Zidan bersara, aku tengok depa main tak baguih dah. Jadi aku malaih nak sokong depa dah. Padan muka depa!.

Tiket nak balik Malaysia tempah lama dah. InsyAllah, kalau tadak apa-apa halangan, awai bulan 7 aku terbang. Tak tau nak bawak balik apa. Sebab abang aku baru ja balik tahun lepas. Tak sampai setahun lagi pun. Dia balik haritu pun, tak bawak apa-apa. Lagipun, ni bukan kali pertama aku balik. Masuk kali ini, dah kali ke-2. Sebelum tu pun abang aku dok balik Malaysia kerap jugak. Jadi sampai tak reti apa dah nak bawak balik. Kalau ikut aku, dengan duit tadak ni, aku nak balik lenggang ja. Tapi rasa macam tak syok pulak. Adoih, payah sungguh!

La ni, aku lepak saja ja. Sambil dok tunggu tarikh nak terbang, layan-layan la sat Piala Dunia kat sini. Kalau balik layan kat sana pun payah jugak. Depa tengok awai pagi. Sini ngan South Africa tak jauh dah. Jadi masa pun tak lari jauh.

OK. Kepada sahabat-sahabat yang masih berjuang, teruskan perjuangan kalian. Moga-moga semangat kalian akan terus berada pada tahap yang kental dan tinggi. Aku sentiasa doakan yang terbaik untuk kalian.

Sekian.

P / S : aku sokong Brazil!
0

Isu Palestin VS Piala Dunia 2010

|

6 June 2010

( Anggaran jumlah keseluruhan hadiah wang tunai yang disediakan untuk pasukan-pasukan yang menyertai Piala Dunia 2010 adalah mencecah USD 420 Juta. Ianya merupakan peningkatan 60% dari apa yang disediakan pada Piala Dunia 2006 yang lalu. Juara Piala Dunia 2010 pada kali ini bakal membawa pulang lebih kurang USD 78 Juta. Yahudi adalah di antara para penaja terbesarnya? )


Tindakan Kejam Yahudi Israel Terhadap Konvoi Keamanan.


Kita semua sedia maklum tentang kekejaman dan kerakusan puak-puak Yahudi Israel. Terbaru, Yahudi Israel bertindak menawan dan merampas kapal-kapal milik konvoi keamanan yang disertai oleh peserta dari lebih 50 buah negara dalam misi keamanan membawa bekalan barang keperluan untuk penduduk Palestin. Tidak ketinggalan dalam misi ini adalah sukarelawan dari Malaysia yang mempertaruhkan keselamatan bahkan nyawa mereka dalam menyemarakkan lagi usaha untuk membantu rakyat Palestin.

Pastinya, ini adalah satu kekejaman dan penindasan rakus yang sudah semestinya akan mengundang kecaman dari pelbagai negara. Pun begitu, kecaman bukanlah senjata ampuh yang mampu untuk menghancurkan keegoan Yahudi Israel, bahkan mereka menjadi berani sekaligus memberi amaran kepada dunia, bahawa mereka akan menyekat mana-mana kapal yang kununnya mencabul kedaulatan negara haram mereka.

"Kami akan menghentikan kapal, dan juga setiap kapal lain yang akan mencuba untuk merugikan kedaulatan Israel. Tidak ada kesempatan kapal Rachel Corrie akan mencapai pantai Gaza," kata Menteri Luar Negeri Rejim Zionis, Avigdor Lieberman pada TV Israel Channel 1."

Apa yang semakin jelas, dunia seakan muak, benci, menyampah, meluat dan jelik dengan perlakuan Yahudi Israel.  Kebiadaban mereka mencabul prinsip kemanusian dan alasan-alasan tidak munasabah serta tidak masuk akal  yang diberikan, ibarat sampah dan najis yang jika diambil hanya akan menambahkan kotordan busuk yang sukar dihilangkan walau dicuci dengan pencuci yang paling handal di dunia.

Ecuador telah pun menunjukkan kebenciannya terhadap negara haram itu dengan memanggil wakil kedutaan mereka pulang sebagai tanda protes terhadap perlakuan kejam mereka. Turki juga sedia bertindak dan memberi amaran supaya "jangan mencabar kesabaran mereka" atau Yahudi Israel menerima padahnya.

Piala Dunia 2010.

11 Jun 2010 adalah tarikh yang ditunggu oleh seluruh peminat-peminat bola sepak di serata dunia. Piala Dunia 2010 bakal menyingkap tirainya kurang seminggu dari sekarang. Kali ini, Benua Africa dipilih untuk  menganjurkan Piala Dunia. South Africa telah berjaya mengenepikan pencabar-pencabarnya termasuk "Misr Ummu Donya" dalam melobi untuk merebut hak sebagai penganjur. Mereka sekaligus menjadi negara Africa pertama yang dipilih untuk menganjurkan Piala Dunia.

Dengan beberapa insiden kecederaan  yang menyelubungi beberapa tonggak utama kepada beberapa buah negara yang bakal berentap seperti England dan Itali, ada yang membuat andaian awal bahawa Piala Dunia kali akan hilang serinya.

Namun yang pasti, jika anda adalah seorang peminat bola sepak yang tegar, jangan pernah membiarkan keghairahan Piala Dunia 2010 ini MELALAIKAN, MENGHILANGKAN DAN MEMBUNUH ingatan, belas kasihan, perasaan simpati serta SIFAT KEMANUSIAAN yang anda milikinya sejak azali, kepada apa yang berlaku terhadap rakyat Palestin. Jangan pernah anda lupa terhadap peserta Konvoi Keamanan yang dibunuh dengan kejam hanya kerana mereka PEDULI TENTANG NASIB RAKYAT PALESTIN.

Imtihan.

Tarikh peperiksaan aku tak jauh sangat dari tarikh Piala Dunia 2010, iaitu sehari sebelum kejohanan itu bermula. Maknanya, aku memiliki keselesaan yang penuh tanpa dijengah rasa takut dan gelisah memikirkan tentang peperiksaan. Cuma mungkin ada sedikit perasaan takut bila mengenangkan keputusan peperiksaan yang akan aku tatapi tatkala tiba saatnya nanti. Terkadang, rasa serba salah dan tidak sedap hati untuk melayannya gara-gara mengenangkan kelakuan Yahudi Israel. Terdetik seketika, mungkinkah ini semua adalah salah satu agenda Yahudi Israel untuk melalaikan Ummat Islam sejagat??

Ala kulli hal, doa sahabat-sahabat aku dambakan dalam menempuh perjuangan ini. Jangan pernah lupa aku dalam doa kalian.

Sekian.

P / S : Dunia benci Yahudi Israel? Sapa sayang APCO ? ? ?

0

BaHaSa aRab + aKu + BoLa SePaK...

|

1 May 2010

[ Sheikh Mansour bin Zayed bin Sultan Al Nahyan adalah seorang ahli politik berbangsa Arab yang berasal dari UAE. Beliau juga merupakan pemilik sebuah kelab ternama di Liga Perdana Inggeris iaitu, Manchester City.]


1) Aku lebih berasa senang dan "enjoy" menyaksikan perlawanan bola sepak bersama dengan pengulas berbahasa Arab.

2) Jika aku terpaksa menyaksikan perlawanan bola sepak bersama dengan pengulas bahasa lain, aku rasa kurang seronok dan hilang semangat untuk menontonnya, biarpun semata-mata ingin meraikan sahabat-sahabat yang gemar menyaksikannya bersama pengulas berbahasa Inggeris.

3) Harus jelas, aku bukan jumud. Aku bukan anti Bahasa Inggeris. Malah aku juga tidak pernah menafikan kepentingan bahasa-bahasa lain terutamanya bahasa itu. Bahasa Inggeris adalah bahasa utama di dunia. Bahkan, hampir setiap sekolah di setiap peringkat di dunia diterapkan Bahasa Inggeris supaya mereka dapat menguasainya dengan baik termasuk di M'sia.

4) Biarpun ramai yang beranggapan bahawa mereka (pengulas berbahasa Arab) ini terlalu melampau (overact), riuh rendah, menggelabah dan sebagainya ketika membuat ulasan, tetapi itulah salah satu keunikan yang mereka miliki yang jarang ada pada Bahasa Inggeris. Siapa yang menyaksikan pertandingan dalam keadaan senyap dan sunyi sepi?

5) Bagi mereka yang tinggal di Mesir dan gemar menonton perlawanan bola sepak, aku sarankan supaya mereka beralih menyaksikannya bersama pengulas berbahasa Arab.

6)  Nama-nama seperti Hasbullah Awang dan Zainal Abidin Rawop adalah di antara pengulas-pengulas terkenal di  M'sia. Yusuf Seif dan Faris Ewad adalah di antara nama-nama pengulas berbahasa Arab yang terhebat di negara Arab. Aku paling minat dengan seorang pengulas yang bernama Essam Syawali yang berasal dari Tunisia. Suaranya seakan mempunyai aura yang mampu membangkitkan keghairahan dan semangat untuk menyaksikan perlawanan bola sepak.

7)  Jangan melihat kepada keterlampauan mereka sewaktu mengulas sesebuah perlawanan sahaja. Cuba lihat manfaat lain yang anda akan dapat. Biarpun anda merasakan ianya tidak banyak membantu anda untuk menguasi bahasa arab dengan berkesan, tetapi anda masih berpeluang untuk menambah mufradat (perkataan/vocab) baru dalam usaha untuk memantapkan Bahasa Arab anda. Aku banyak mempelajari istilah-istilah moden dalam ulasan mereka.

8) Anda harus lebih realistik. Anda bukan berada di sebuah negara yang majoriti rakyatnya mampu bertutur dengan baik dan fasih di dalam Bahasa Inggeris seperti Filipina, Cameroon, Nigeria dan South Africa serta lain-lainnya. Anda bukan berada di England, bukan juga di Australia. Tetapi anda berada di sebuah negara yang penduduknya menjadikan Bahasa Arab sebagai bahasa utama di dalam menjalani kehidupan seharian mereka.

9) Malah, satu perkata yang anda sendiri sedia maklum bahawa, masih ramai rakyat penduduk di negara ini yang lemah bertutur di dalam bahasa Arab Rasmi (baku/fusha). Mereka lebih gemar dan selesa bertutur dengan bahasa arab pasar (dialek). Mungkin ianya membuatkan anda sedikit serabut. Jadi, untuk lebih selesa berkomunikasi dan memudahkan urusan muamalah dengan mereka, kaedahnya adalah anda perlu sedikit sebanyak menguasi bahasa mereka. Apa yang anda cuba buktikan ketika enggan menggunakan bahasa Arab di negara mereka!!?. Jangan lupa kepada pepatah "masuk kandang kambing, mengembek, masuk kandang kerbau, menguak".

10) Jelasnya, penguasaan bahasa asing adalah satu cara yang membolehkan anda terlepas dari tipu daya yang mereka rancangkan!

Tambahan ;

1) Aku lemah dalam Bahasa Inggeris walaupun itu adalah bahasa asing pertama yang aku kenal dalam hidup aku.

2) Pengakuan jujur : Aku masih belum mampu untuk menguasi Bahasa Arab dengan baik sekalipun aku menghabiskan masa yang agak lama di negara Arab.

3) Bahasa Arab juga sudah mempunyai nilai yang cukup tinggi dan mempunyai peranan penting di dunia yang serba moden ini. Tidak keterlaluan jika aku katakan bahawa bahasa Arab adalah bahasa globalisasi yang harus dikuasi oleh setiap bangsa yang ada di atas muka bumi ini. Ianya sudah hampir setanding dan setaraf dengan bahasa-bahasa utama dunia yang lain.

4) Bahasa Arab secara tidak lansung mendapat tempat yang Istimewa dari segi ekonomi. Asia Barat yang memuatkan negara-negara Arab di dalamnya, adalah diantara zon yang memiliki pelabur-pelabur yang berpontensi tinggi dan mampu untuk menjana pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Malaysia juga banyak berusaha menarik mereka untuk datang melabur di negara itu.

Sekian.

P / S : "Hongga-Bongga" bukan berasal dari Arab atau Melayu. Kajian masih giat dijalankan untuk mencari dari mana perkataan itu datang.
2

Lantaklah...

|

29 April 2010

[ FAKTOR EKONOMI TERBUKA : Sekitar era 80an dan 90an, M'sia merupakan destinasi yang sering dituju oleh kebanyakkan pelabur asing. Namun dengan kebangkitan beberapa buah negara khususnya di Asia, seperti India, China dan Vietnam serta negara yang dahulunya agak ketinggalan sedikit seperti Indonesia dan Filipina, destinasi atau modal yang direbutkan adalah menjadi semakin kecil bagi M'sia. - M.E.R.E.K.A- ]

1) Semalam Inter Milan kalah kepada penjahat Barca. Tetapi mereka menang aggregate dengan 3-2. Aku tengok Mourinho berlari berarak satu padang sambil Xavi, kapten gang penjahat Barca, mengelap air matanya yang meleleh menahan pedih dan perit kerana tewas.

2) Hari Khamis aku ada kuliah. Oleh kerana sibuk melayan FB, meng"update" status menyatakan kegembiraan di atas kekalahan penjahat Barca, maka aku tidur agak lewat. Natijahnya, pagi tadi aku tak sempat berada di dalam kelas tepat pada waktunya. Kelihatan Syeikh mengerling mata sambil memerli aku.

3) Ramai juga yang tak berpuas hati dengan kenyataan aku terhadap penjahat Barca. Mereka tetap mempertahankan penjahat Barca sebagai pasukan terbaik kerana bermain dengan cantik meskipun hakikatnya mereka kalah. Aku tetap dengan peraturan pertandingan, bahawa yang kalah akan tetap diukir oleh sejarah sebagai pasukan yang kalah dan begitu juga kepada pasukan yang menang. Pun begitu, rata-rata mereka masih tidak berpuas hati. Lantaklah!

4) Di dalam kelas, seperti biasa Syeikh akan membuka topik hangat untuk diperbahaskan. Kesudahannya aku sekali lagi menjadi sasaran. Natijahnya... Syeikh geleng kepala kerana kecewa dengan aku, aku geleng kepala kerana tidak mampu mengungkap memberi respon, walaupun sepatah perkataan. Syeikh bingung melihat aku yang bengong!

5) Inter Milan akan bertemu dengan Bayern Munich di Santiago Bernabeau, stadium Real Madrid, pasukan kesayangan aku. Bila? Aku pun tak tahu. Sahabat-sahabat sudah mula galak bertanya pasukan mana yang akan aku sokong. Aku pun keliru dan tak tahu. Lantaklah!

6) Hadaf aku menyokong Inter Milan adalah, bukan kerana Inter Milan merupakan pasukan pilihan, tetapi kerana penjahat Barca merupakan musuh ketat kepada Real Madrid, pasukan kesayangan aku. Lantaklah!

7) Aku sangkakan ini merupakan minggu terakhir pengajian bagi matapelajaran yang aku hadiri itu. Namun sangkaan aku meleset sama sekali, kerana Syeikh enggan menamatkan pengajian pada minggu ini. Aku merasakan bahawa Syeikh tidak akan menamatkan pengajian selagi kulit tidak bertemu kulit.

8) Hari ini tugasan memasak untuk tengahari terlucut dan terlondeh kerana aku dan sahabat aku mengambil keputusan untuk berpuasa. Oleh kerana dia telah menyediakan hidangan waktu sahur, makanya, untuk berbuka terpaksalah aku yang menyediakannya.

9) Inter Milan di kendalikan oleh Jose Mourinho. Dengarnya, dia adalah calon untuk mengetuai cabaran skuad Real Madrid pada tahun hadapan. Sejauh mana kebenarannya, ... lantaklah!

Sekian. Forza Inter Milan, Hala Madrid...!

P / S : Tambang tiket pulang M'sia naik mendadak. Aku tak pandai Ekonomi! Lantaklah!