About This Blog

“Maecen tempu tel lus egetof condimentum rhoncus se quam semper libero”
by Namquam Adipiscing
Delete this widget from your Dashboard and add your own words. This is just an example!

التبشير والتيسير

|

10 September 2008

قال رسول الله صلى الله علبه وسلم : بشروا ولا تنفروا ، ويسروا ولا تعسروا

Salah satu wasiat yang Rasulullah selalu pesan kat para sahabat sewaktu mengutuskan mereka didalam beberapa perkara seperti berdakwah adalah menyeru dengan membawa kepada mereka berita yang gembira, bukan dengan cara menjauhkan dan mengasingkan mereka dan memudahkan mereka didalam sesuatu perkara tidak dengan menyusahkan mereka terhadap sesuatu tuntutan.


Pada mulanya aku juga kurang faham bagaimana yang dimaksudkan dengan " التبشير "dan " التيسير ". Selepas membaca beberapa artikel, apa yang aku dapat rumuskan, ianya adalah salah satu kaedah yang perlu diterapkan dan dibawa ketika berdakwah supaya memberi kesan yang sangat mendalam.

Ada juga beberapa tulisan yang secara tegas menolak pendapat ulama masa kini dengan alasan mereka ini memudah-mudahkan meringan-ringan agama Islam, khususnya yang berkaitan dengan hukum-hakam yang furuq. Umpamanya hukum mendengar alunan musik. Mereka menempelak beberapa ulama-ulama terkemuka yang menghalalkannnya. Mereka menuduh bahawa ulama-ulama tersebut mempunyai kepentingan sendiri dan demi survival kerjaya dan pengaruh masyarakat sekeliling mereka sanggup menghalalkan apa yang diharamkan dan mengharamkan apa yang dihalalkan.

Puak-puak berikut adalah golongan yang seringkali mengungkit permasalahan kecil dan menjadikan ianya satu isu yang besar selain melahirkan rasa tidak berpuas hati hanya kerana tidak mengikut telunjuk mereka. Bagi aku, ulama-ulama demikian bukanlah bertindak mengikut hawa nafsu mereka semata-mata apatah lagi untuk kepentingan duniawi, tetapi semua perkara itu dibuat dengan ilmu pengetahun yang mereka miliki.

Agama kita terbina diatas kesenangan dan kelapangan serta mengangkat kepayahan. Allah Taa'la tidak menjadikan keatas kita pada agama kita kepayahan dan kesusahan. Kita dijadikan oleh Allah sebagai insan yang lemah. Sesungguhnya Allah Taa'la mahu melapangkan dan memudahkan kita kerana kelemahan dan ketidakupayaan kita.

قال تعالى : " يريد الله بكم اليسر ولا يريد بكم العسر" وقال أيضا : " يريد الله أن يخفف عنكم وخلق الانسان ضعيفا

Berikutan kerosakan dan kemusnahan yang terjadi pada zaman ini, manhaj " التبشير " dan " التيسير " lebih perlu dipraktikkan berbanding dengan zaman-zaman sebelumnya. Dan diantara kaedah-kaedah syara' yang mashyur :

المشقة تجلب التيسير . وإذا ضاق الأمر اتسع ، والضرورات تبيح المحذورات

dan keperluan kepada semua ini telah sampai ke tahap dharurat, yang kalau tidak dipraktikkan akan membawa kepada bencana yang lebih besar.

Apa yang aku cuba nak bagitau kat sini, adalah peringatan terhadap para-para pendakwah supaya kita selalu berfikiran sederhana dan tidak terlalu melampau dalam sesuatu perkara. Agama kita ini adalah agama yang membawa kepada kesejahteraan dan keamanan. Bukan kita tunduk atau patuh pada kehendak zaman, tetapi Islam itu sendiri memang relevan pada setiap tempat dan masa hingga ke hari kiamat.

Kalau ada salah dan silap dalam penulisan aku, tolong tegur dan aku minta maaf diatas kecetekan Ilmu yang aku miliki ini. Hanya sekadar nak berkongsi pendapat.

P/S: Islam itu tinggi, tidak ada yang boleh menandinginya.

0 comments: