About This Blog

“Maecen tempu tel lus egetof condimentum rhoncus se quam semper libero”
by Namquam Adipiscing
Delete this widget from your Dashboard and add your own words. This is just an example!

Pijat & Puasa

|

11 September 2008

Usai solat zuhur tadi, aku terus melaksanakan aktiviti aku telah rancang sejak awal ramadhan hari itu. Ya, menghapuskan pijat yang telah sekian lama meng"hujum" beberapa batang tubuh member-member aku yang membaringkan diri mereka diatas katil aku. Sebenarnya sudah sekian lama pijat itu menapak dan sekaligus menetap di celahan kayu-kayan katil aku. Namun mungkin kerana kulit aku yang tidak begitu sensitif dalam menerima serangan mereka, aku tabah menerima sahaja kehadiran mereka selagi mana mereka boleh bertoleransi dengan tidak menggigit kulit aku yang agak tebal ini. Keadaan berubah bila beberapa orang member mengadu sakit dan gatal-gatal apabila mereka baring diatas katil aku :

Member : " Amin, hapuskan pijat dengan segera, kalau tidak tadak sapa nak mai tidoq atas katil hang nih ".

Aku : " Baiklah...nanti aku buat operasi kecil-kecilan menghapuskan mereka ".(dalam hati aku) : " padan muka, sapa suruh tidoq ataih katil aku, katil umah hangpa ada, huhuhu "

Mungkin ada benarnya kenyataan yang pernah diungkapkan oleh seorang member yang tinggal di tingkat bawah rumah aku ; " Pijat will never dare to bites you as long as you never dare to abuse or insult it. Just let it be on its own way ".

" Keadaan telur-telur pijat setelah disembur dengan racun penghapus serangga ".

Operasi penghapusan serangga itu aku buat tak sampai 20 minit sambil diiringi musik yang dimainkan melalui internet oleh sebuah stesen radio yang agak tidak terkenal, Hot Fm . Dj yang aku tidak kenal itu, memutarkan lagu yang agak sentimental mungkin kerana dia ada penyakit mental sambil membaca beberapa permintaan pendengar yang meminta lagu pujaan hati mereka diputarkan ;

Dj : " Ya, selepas ini kita akan tunaikan permintaan dari seorang jejaka yang berasa diri dia macho, Amy ( bukan nama sebenar ). Amy dari johor meminta untuk diputarkan lagu raya dengan ucapan Selamat Menyambut Lebaran yang bakal menjelma.

Aku : " Apo kono dengan Amy tu, baru ja berpuasa dah nak lagu raya...yang DJ ni pun satu hal, yang pegi layan permintaan budak tu pasaipa? Apa nak jadi la dengan masyarakat tanahiar aku ni, kurang didikan dan asuhan agama la tu ".

Sambil melayan telatah Dj dengan ucapan-ucapan yang disampaikan, aku sempat membelek sebuah buku yang dihadiahkan oleh Ibu aku ketika aku mula-mula hendak bertolak ke Mesir. Akhlak Seorang Muslim, begitulah tajuk buku yang dikarang oleh seorang ulama terkenal Sheikh Muhammad Al-Ghazali.

Aku tertarik dengan penulisan beliau pada bab yang pertama iaitu Rukun Islam Dalam Pembinaan Akhlak. Ini adalah diantara perenggan yang menarik perhatian aku untuk dikongsi bersama dengan hangpa yang singgah kat blog aku ni ;

" Begitu juga Islam mengajarkan ibadah puasa, bukan hanya sekadar menahan diri dari makan dan minum dalam waktu yang terbatas, tetapi lebih dari itu merupakan latihan menahan diri dari keinginan melakukan perbuatan keji yang dilarang. Adapun hal-hal yang merosak puasa antara lain, sabda Nabi s.a.w yang bermaksud :

Abu Hurairah r.a berkata: Bersabda Nabi s.a.w ; " Siapa yang tidak suka meninggalkan kata-kata dusta dan perbuatan yang palsu, maka Allah S.W.T tidak memerlukan daripadanya, puasa meninggalkan makan dan minumnya ". (H.R Bukhari ).

Sabda Nabi s.a.w lagi yang bermaksud ; " Bukanlah puasa itu hanya dari makan dan minum sahaja, tetapi bahawasanya puasa itu menahan diri dari perkataan-perkataan dan perbuatan yang keji. Kalau ada seorang datang padamu memarahi dan mengatakan engkau bodoh ( dan sebagainya ), katakanlah " aku sedang berpuasa "". ( H.R Ibnu Khuzaimah)

Allah S.W.T tidak menetapkan suatu perintah kepada manusia, sekiranya perintah itu tidak mengandungi kemanfaatan. Perintah Allah S.W.T yang wajib kita laksanakan banyak macamnya, akan tetapi dalam kesempatan kali ini sengaja akan kami huraikan satu sahaja di antara perintah-perintah yakni perintah puasa. Kita yakin bahawa ibadah puasa pasti mengandungi manfaat bagi manusia, juga kita menyedari bahawa manfaat puasa akan dapat dilihat dari segi kesihatan mahupun dalam membentuk peribadi. Tegasnya dari segi manapun ibadah puasa mampu memberikan kemanfaatan yang nyata ".

Perenggan yang menarik, " Akan tetapi wajibnya perintah puasa itu bukanlah semata-mata disebabkan adanya kemanfaatan-kemanfaatan itu, lebih dari itu ialah sebab Allah S.W.T menghendaki kita semua menjadi orang-orang yang bertaqwa. Atas dasar kemanfaatan-kemanfaatan yang tumbuh dari pelaksanaan ibadah puasa itulah seseorang dapat meningkat pengabdian dan ketaatannya beribadah kepada Allah, sehingga menjadilah ia seorang yang berperibadi Muttaqin ".

Jadinya kita sebagai muslim yang mahu berperibadikan keperibadian Muttaqin seharusnya faham akan makna sebenar berpuasa. Puasa boleh dijadikan sebuah pusat pertarbiahan yang terbaik dan berkesan untuk kita dan ahli keluarga kita.

Cukup untuk sekadar itu sahaja pada petang yang agak mendung nih kalau ikut kata member sebilik aku kelmarin. Walaupun ketika member aku tu mengucapkan perkataan sedemikian rupa, pintu bilik sebenarnya ditutup untuk melindungi cahaya dari terbias masuk ke dalam bilik sekaligus menggangu tidurnya yang nyenyak, aku layan saja sambil memberi respon terhadap kenyataannya yang dibuat ketika mamai, " Hermm...mendung la, tapi dalam bilik ni sahaja, kalau luar tue panas membakar ".

P/S: Bunuh pijat tak kurang pahala posa kot nooo...

0 comments: