About This Blog

“Maecen tempu tel lus egetof condimentum rhoncus se quam semper libero”
by Namquam Adipiscing
Delete this widget from your Dashboard and add your own words. This is just an example!

Jodoh...

|

24 September 2008

( Jodoh ni tak mai bergolek masuk ikut depan pintu rumah kita atau terbang ikut tingkap. Kita kena ada usaha dalam bab-bab ni. Tapi, dalam kita berusaha, biarla saluran kita itu betoi-betoi sah, tak langkah batasan-batasan yang ditetapkan oleh agama. )

Aku pun tak perasan sebenarnya, sejak akhir² nih banyak member² yang kata mengingatkan aku, yang aku nih bila berchatting dengan depa selalu akan ungkit hal² berkaitan dengan jodoh dan perkahwinan. Paling lekeh ucapan muqaddimah aku bila berchating dengan depa, " Ang bila nak kawin?". Iskh...aku pun sebenarnya tak berniat apa² pun. Cuma saja nak tau tentang perkembangan dan perancangan depa untuk masa depan. Manala tau kot-kot aku buleh amik pengajaran atau serba-sedikit pengalaman dari depa untuk aku terapkan dalam kehidupan aku.

Tapi, sejak kesempatan yang aku dapat berchatting ngan member aku sorang nih, memang membuatkan aku banyak terfikir hal ni. Bukan masalah bila nak kawin? Tapi masalah mencari pasangan dan jodoh. Ya la...sapa tak mau kawin, rugi mampuih la sapa tak mau kawin. Kawin tu kan sunnah, dan kalau ikut naluri manusia pun, kawin ni macam pelengkap kejadian seorang insan yang bernama manusia. Tapi apakah bakal pasangan kita tu benar-benar menepati ciri-ciri wanita idaman kita? Kalau nak ikutkan, memanglah tadak orang yang sempurna atas muka bumi ni. Tapi sekurang-kurangnya kita memerlukan yang terbaik diantara yang terbaik.

Sekarang ni, kalau ikut kejadiaan yang benar-benar berlaku atas muka bumi ni, khususnya tanahairku yang tercinta, macam² cerita yang kita dengar. Cumanya dalam isu ini, aku suka nak rujuk berkenaan dengan masalah ibu tunggal. Ibu yang beranak tadak bapa. Pendek kata perlakuaan zina yang semakin menjadi-jadi di negara kita. Ini la yang menjadi punca ketakutan bila nak kawin. Macam-macam cerita dah aku dengar. Yang berkahwin tak dan apa-apa dah bercerai gara-gara kerana terkantoi cerita lama-lama dulu khusunya si isteri . Ya la, sapa tak mau hat fresh. Semua bila tanya, semua nak hat fresh hat segar bugar. Tapi dalam dunia sekarang macam-macam buleh jadi, bak kata pepatah macam-macam ada. Tapi sebagai seorang insan yang banyak membuat kesalahan kita patutnya merenung ayat Allah taala yang berbunyi " (Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik." -Annur 26-. Sendiri mau fikir laa.

Dalam masalah mencari jodoh atau pasangan hidup kita, Nabi kita awai-awai lagi letak kaedah yang perlu kita jadikan panduan semasa nak memilih. 4 perkara yang Nabi tekankan kecantikannya, keturunannya, hartanya, keimanannya. Nabi tambah pula menyuruh kita memilih dari hal agamanya, supaya kita beruntung kelak. Memetik kata² Umar al Khattab kat isterinya,"...aku mencintaimu kerana agama yang ada pada dirimu,jika kau hilangkan agamamu, maka hilanglah cintaku padamu..". Tu la dia serba sedikit ciri-ciri wanita yang perlu kita jadikan panduan.

Tapi masalah dia macam mana kita nak setting semua tu? Cuba tengok ataih balik, yang aku buat dalam kurungan tue...tu la sebenarnya yang menjadi punca aku jadi tak tentu hala pagi ni. Lalu aku membuat keputusan untuk mengisi masa dengan menulis dalam blog. Macam² cara yang kita buleh detect member² guna dan pakai dalam memilih pasangan hidup depa. Ber"chatting", Ber"sembang pakai henset" & Ber"sms"(biar habis duit beli kredit pun takpa,walaupun duit tu duit mak bapak depa), Ber"jalan-jalan"(padahai haram tadak ikatan apa pun), Ber"bicara" la kununya nak rancang masa depan. Semua nih style yang agama tak berapa berkenan. Lalu bagaimana nak buat cara yang agama kita berkenan? La ni bukan macam dulu-kala, la ni macam-macam dok ada, hat tua kata muda, hat janda kata dara, hat laki kata pompuan pun ada.

Berbalik kita pada kesempatan berchating ngan member aku sorang ni. Aku cuba mengungkitkan masalah yang sama. Seperti biasa, soalan aku paling lekeh " Bila ang nak kawin". Dia kata " as soon as posibble". Dia tambah kat aku, sekarang nih tak berapa nak posibble sebab ada beberapa perkata yang dia perlu selesaikan. Aku cuba menduga masalah dia tue. Tapi dia tak mau bagitau. Member aku sorang ni memang baguih sungguh, dari dulu lagi sejak mula aku kenai dia, dia memang A, ngaji pun pandai, lepaih tu dalam hal-hal agama dia tak kurang hebatnya. Dia secara tegas menolak sebarang hubungan yang tidak bepaksikan kepada hukum-hakam Al-quran walaupun dia hidup dalam komuniti yang diserang dengan masalah hubungan bercelaru ni.

Satu pendapat atau pun langkah yang aku dapat waktu aku sembang ngan dia, dan ianya merupakan cetusan pandangan daripada dia ketika kami sembang bab memilih pasangan atau jodoh hidup, adalah dengan " memberikan kepercayaan untuk "orang lain" memilih untuk kita ". Menterjemah tak sama macam mentafsir. Mentafsir hanya boleh dilakukan oleh orang² yang betoi² ahli atau specialist (pengkhususan) saja. Cumanya dalam kita mentafsir, kita perlukan saluran-saluran perdana yang tidak terbabas dari batasan agama kita. Terpulanglah pada kehendak masing² yang nak menterjemahkan makna "orang lain" dalam bab ini. Kalau ikut aku, aku lebih suka " orang lain" itu adalah ibu bapa aku sendiri. Bukan sebab mereka ini mempunyai pertalian darah dengan aku saja, tapi memang selama ni depa 2 ja yang aku betoi-betoi boleh percaya disamping ada lagi beberapa individu lain termasuk ustaz-ustaz dan kawan-kawan aku yang lain. Pernah baca Novel Ayat-Ayat Cinta? Ha...macam tu la lebih kurang, Fahri tu dia menyerahkan urusan memilih jodoh bulat-bulat pada Sheikh dia yang memang dia percayai. Nasib dia dapat hat cun, lagi lawa. Maklumlah orang Turki nuuu, hidung semua mancung-mancung. Tapi itu semua bukan persoalan dia. Persoalan dia sejauh mana kita boleh menaruh kepercayaan kepada orang yang bertanggungjawab nak memilih pasangan hidup kita? Jawapan bagi persoalan tu, ada kat kita saja. Kita saja yang berhak tentukan.

Aku cerita ni bukan ada niat apa-apa pun, cumanya bila tengok balik cara dan langkah yang dipakai oleh sesetengah member aku dalam memilih pasangan depa agak terpesong dari acuan Islam. Islam bukan mai nak bagi kita hidup dalam susah, Islam mai nak bagi kita hidup bahagia. Bila Islam kata tak buleh, bukan tak buleh saja, ada benda yang Islam tak mau timpa kena kita, yang boleh membinasakan kita kelak. Sampai setakat tu saja dulu untuk bab-bab yang berbentuk " perancangan masa depan ". Aku pun sebenarnya tak biasa dalam bab-bab ni. Pendek kata masih baru lagi. Tadak pengalaman. Tapi aku suka nak dengar apa-apa komen dari hangpa yang singgah kat blog aku ni untuk kita berkongsi sama-sama dalam membina ummat yang diredhai dan dirahmati dan bukan dimurkai oleh Allah S.W.T. Sama-sama la kita berusaha kearah merealisasikan impian itu. Nabi berpesan " Sesiapa yang melihat kemungkaran, hendaklah dia mengubah dengan tangannya, sekiranya dia tidak mampu, hendaklah dengan lidahnya, dan sesiapa yang tidak mampu maka dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman."(H.R Bukhari&Muslim).

P/S: Kita suruh orang lain perbetoi, dalam masa yang sama kita pun kena perbetoi, baru la pakai-pakat betoi.

0 comments: