About This Blog

“Maecen tempu tel lus egetof condimentum rhoncus se quam semper libero”
by Namquam Adipiscing
Delete this widget from your Dashboard and add your own words. This is just an example!

Ramadhan...

|

7 September 2008

Alhamdulillah...Ramadhan yang sudah berusia 6 hari ini aku tempuhi dengan penuh rasa bersyukur. Selain dapat menyempurnakannya dalam keadaan yang lapang, Alhamdulillah... ujian dan dugaan yang menimpa tidak mengganggu-gugat ibadat puasa aku. Pahala puasa adalah yang paling special sekali dalam banyak-banyak pahala ibadat. Ini kerana Allah menegaskan dalam sebuah hadis khudsi bahawa berpuasa adalah kepadaNya, dan hanyasanya Dialah sahaja yang layak untuk membalasnya.

Bulan yang penuh dengan rahmat dan keberkatan ini, kalau tidak diisi dengan perkara-perkara yang bermanfaat adalah amat rugi. Tak payah la aku ceritakan kelebihan bulan ramadhan. Semua kita sudah sedia maklum tentang perkara itu. Kepada yang belum, rajin-rajin la menjenguk masjid dan mentelaah kitab-kitab agama. Pun begitu, aku sendiri kecewa dengan sikap aku yang suka bertangguh untuk melaksanakan aktiviti yang telah aku rancangkan sebagai pengisian dalam bulan ramadhan. Sudah tentu ianya bukan kerana sibuk urusan pengajian, tetapi kerana malas dan rasa tidak bersemangat untuk melakukannya. Sebelah siang, hampir separuh masa aku habiskan dengan lena. Walaupun ada setengah kawan-kawan yang berkata "Ala...dari keluar tak tentu arah siang hari musim panas pulak tue, baik tidur kat dalam bilik, mata kita sudah tentu terpelihara",tetapi sebenarnya, masih banyak lagi perkara-perkara bermanfaat yang boleh dilakukan. Lain orang lain persepsinya. Aku sendiri sebenarnya lebih gemar dengan persepsi itu.Huhuhu....

Herm...hanya tinggal lebih kurang 9 hari lagi sebelum impian Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan baru tercapai. Walaupun cakap-cakap mengenai beberapa orang MP BN akan melompat parti dalam masa terdekat ini, namun semua itu masih lagi menjadi tanda tanya, dan lebih merunsingkan lagi, setakat ini masih tidak ada sumber yang kukuh dan benar-benar konkrit bahawa semua ini akan berlaku, hattakan beberapa orang kanan dalam pakatan rakyat sendiri mengambil sikap tunggu dan lihat. Aku sendiri sebenarnya berharap bahawa semua ini akan benar-benar menjadi realiti. Aku percaya sebahagian besar rakyat malaysia menantikan perubahan yang bakal merubah corak pentadbiran negara sekaligus membawa harapan baru kepada mereka dalam membentuk sebuah negara yang adil, aman dan bersih. Sudah tentunya semua itu hanya akan dicapai dengan mendasarkan Islam sebagai tunjang perlembagaan negara. Apa pun, pentadbiran perlu dikuasi sebagai satu kunci utama untuk merealisasikan impian sebahagian besar rakyat malaysia ini.

Walau apapun yang akan berlaku, umat islam diingatkan jangan terlalu ghairah dalam melakukan sesuatu perkara. Semuanya masih belum pasti. Kita di dalam bulan yang penuh barakah. Jadi kita sepatutnya lebih menumpukan terhadap amal ibadat kita dalam memastikan kita tergolong di dalam golongan orang-orang yang benar-benar mencapai kejayaan.

tanta,7/9/08,2.21a.m...

0 comments: