About This Blog

“Maecen tempu tel lus egetof condimentum rhoncus se quam semper libero”
by Namquam Adipiscing
Delete this widget from your Dashboard and add your own words. This is just an example!

BOIKOT TIDAK RELEVAN???

|

2 April 2008


Sejak penayangan video klip yang dibuat oleh seorang ahli parlimen belanda, isu ini hangat diperkatakan. Samada muslim atau non muslim.Kebanyakkannya memandang tindakan yang di ambil olehnya adalah tidak patut, dan tidak mencermin bahawa dia sebagai seorang yang berpengetahuan apa makna demokrasi.

Aku juga tidak terlepas dari membincangkan isu ini bersama-sama teman seperjuangan. Baik di kuliah mahupun ketika diskusi kitab. Isu ini akan menjadi salah satu topik yang mahu tidak mahu setiap orang akan tetap akan memperkatakan pendapat masing-masing.

Aku sempat berchatting melalui salah satu laman web yang baru sahaja diperkenalkan (www.alwahy.com). Katanya laman web ini bertujuan menggantikan yahoo atau hotmail yang dipercayai kedua-dua merupakan milik yahudi .Jadi sebagai salah satu alternatif, diperkenalkanlah laman web ini. Memang la tak menarik macam depa punya, tapi OK la untuk kita jadikan sebagai satu "our best choice" untuk tidak memilih keluaran musuh-musuh kita.Daripada maklumat yang aku terima, setiap kali kita melayari laman web depa tu,kita nih dikira menyumbang kepada mereka dari pelbagai aspek yang aku sendiri tak berapa pasti. Akan tetapi yang pastinya,sudah tentu akan menguntungkan kantung mereka sekaligus mereka menggunakannya untuk menghentam kita umat Islam. Jadinya, penubuhan laman web tersebut seharusnya menjadi pilihan kita umat Islam sebagai cara untuk memulaukan produk mereka. Kita pun tahu, mereka menggunakan media massa untuk menghentam kita, memutarkan belitkan cerita, mengada-adakan berita sekaligus kita dipandang herot dan senget oleh manusia yang membaca pembohongan mereka.

Waktu aku chatting tu, aku cuba bawa topik "fitna" kat depa (tak ramai pun, kebanyakkan aku rasa budak Al-Azhar jugak) untuk dibincangkan secara ilmiah. Aku cuba bawak salah satu seruan yang dilaungkan oleh salah seorang ulama kontemporari yang terkenal iaitu Prof. Dr. Yusof El-Qardhawi. Dr. Yusof El-Qardhawi dalam salah satu cadangan beliau menyeru kepada semua penduduk muka bumi yang beragama islam khususnya untuk memboikot produk keluaran Belanda sebagai protes atau bantahan terhadap kelakuan biadap mereka. Dalam pada aku punya syok dok chatting tiba-tiba ada seorang chatter(ustaz ka ustazah aku pun tak tau) cuba memberi pandangan dia berkenaan kes ini;

"Ana rasa seruan enta untuk memboikot produk keluaran mereka tak relevan dan perlu dikaji semula"

Aku terus confuse, lalu bertanya, "Awat kata lagutu, apakah anda mempunyai cara yang baik dan lebih berkesan untuk mengajar mereka ni?".

"Enta jangan fikir dari satu segi sahaja, kerana boikot merupakan jalan yang akan menyebabkan sedara Islam kita di Belanda akan menerima tempiasan kesan berikutan pemboikatan kita itu".

"Apa maksud enta?"

"Cuba enta fikirkan, kalau semua ummat Islam di dunia nih memulaukan atau memboikot barangan keluaran negara itu, sudah tentunya ia akan memberi kesan kepada Ekonomi negara terbabit, dan enta sendiri sedar akan peranan Ekonomi dalam sesebuah negara. Keruntuhan Ekonomi bukan sahaja akan melemahkan negara bahkan akan menjadikan negara tersebut sebagai negara yang tak bermaya."

"Baguih la tu, itu yang kita inginkan.Biar mereka sedar akan perbuatan mereka itu tidak dapat diterima oleh masyarat dunia Islam".

"Bagaimana dengan sedara Islam kita yang dianggarkan lebih kurang 1 juta yang berada dalam negara tersebut?Tidakkah kerana tindakan itu akan menyebabkan mereka juga menerima tempiasan itu, sedangkan mereka sedara seislam kita, atau enta nak menempah sejarah membina palestin kedua gara-gara sikap kita itu".

Terkezut aku, tak sangka pulak yang dia ni pikiaq sampai ke situ. Aku pun buntu sat.Macam mana nak yakinkan dia nih? Sebenarnya aku bukan nak dia terima seratus peratus apa yang aku katakan.Aku juga tak nafikan apa yang dia lontarkan. Cumanya agenda "boikot" ini dicadangkan oleh seorang ulama yang terkenal, dan sudah tentu beliau sudah mengkaji dengan lebih dalam hal ni. Takkan dia nak keluarkan kenyataan sebarang.

"Antum cuba fikirkan. That's just only my opinion.Well, everybody got his own way.I've to go.Assalamualaikum".

Room tue jadi senyap buat seketika. Aku yakin masing-masing tengah fikirkan tentang apa yang dia perkatakan. Walaupun ada yang berkeras untuk mempertahankan prinsip masing-masing. Namun sedikit sebanyak mesti bagi kesan. Paling tidak, isu ini akan diketengahkan dan dilebarkan untuk mencari hujah-hujah yang sesuai.

Aku termenung sat, memikirkan masalah ni. Walaupun sebelum aku keluar tadi masing-masing seolah-olah bersetuju untuk ikut corak pemikiran masing-masing.

"La ni macam ni la.Kita seharusnya saling hormat-menghormati pendapat masing-masing.So kalau korang berpendapat nak teruskan boikot, teruskanla, yang taknak tak payah.Kan senang, tak payah nak panas-panas kat room ni", kata seorang chatter yang nak kuar.

Selepas satu perbincangan yang panjang dengan seorang member seperjuang, aku dapat la satu alasan untuk menyokong pendapat "boikot" tu. Perbincangan yang membawa sampai ketengah malam akhirnya menghasilkan satu kesimpulan yang walaupun tak pasti tepat atau tidak, tapi aku mengharapkan pembaca dapat membetulkan pandangan kami.

Sebenarnya agenda boikot yang cuba kita seru dan gesa kepada semua manusia khususnya Muslim adalah bertujuan untuk memprotes tindakan Geert Wilders tu. Tindakan itu juga bertujuan untuk memberi tekanan terhadap kerajaan Belanda khususnya Geert Wilders itu sendiri (walaupun kebanyakkan dari pemimpin atau orang atasan negara itu membantah, tetapi tidak ada tindakan rasmi yang dikenakan kepada Ahli Parlimen itu). Seperti yang kita sedia maklum, Ekonomi merupakan tunjang untuk memastikan sesebuah negara itu dapat terus membangun dan berada dalam keadaan selesa.Jadi, dengan usaha pem"boikot"an ini diharap ianya dapat memberi impak kepada ekonomi negara tersebut.

Negara Belanda adalah negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen. Secara ringkasnya, orang-orang atasan negara yang mengamalkan sistem demokrasi, semuanya dipilih berdasarkan sistem pilihanraya. Ini bermakna kerajaan yang mengamalkan konsep demokrasi secara umumnya ditentukan oleh rakyat negara tersebut.

Apa yang kita harapkan adalah, bila keadaan ekonomi negara belanda dalam keadaan serius atau meruncing sudah tentunya akan meletakkan situasi negara itu dalam keadaan bahaya. Gara-gara tindakan yang bersifat tidak matang itu, bukan dia seorang sahaja yang akan menerima akibatnya, tetapi rakyat juga akan turut merasakan hal ini.Muslim ka dia, non muslim ka dia, tidak ada sesiapa yang suka haknya dicabul sesuka hati, apatah lagi tindakan yang disifatkan sebagai "personal opinion" turut mengheret semua rakyat negara itu untuk menerima akibat sengsara.Jadinya, kebangkitan rakyat untuk memberontak sudah tentunya akan berlaku. Ini yang kita mahukan. Kemungkinan besar kerana desakan rakyat, ahli parlimen itu akan meletak jawatan, atau dipaksa letak jawatan (pecat la tu) dan dibuang negara, atau bermacam-macam lagi jenis hukuman yang dikenakan. Dan seterusnya, perkara ini akan dijadikan tauladan dan pedoman bagi negara-negara lain untuk berfikir sebelum bertindak.Jangan kerana tindakan kita, orang lain turut menerima padahnya.

Satu lagi yang menjadi pertanyaan, adakah agenda pelaksanaan boikot oleh setiap muslim di dunia ini yang dianggarkan lebih kurang 1.5 billion dari 6.60 billion penduduk dunia akan benar-benar melumpuhkan ekonomi negara belanda?Adakah mereka akan terkesan dengan reaksi golongan yang kecil? Perlu ditekankan, bahawa isu pemboikotan ini adalah kerana meluahkan rasa tidak puas hati kita pada mereka, biarlah mereka peduli atau tidak, kita tetap akan memboikot mereka.

Err..sahabat-sahabat boleh aku minta maaf kalau pendapat aku ngan member aku tak berapa jelas dan tak tepat, minta sahabat dapat memperbetulkannya? Sesungguhnya kami ini insan yang lemah.

Assalamualaikum....

0 comments: