About This Blog

“Maecen tempu tel lus egetof condimentum rhoncus se quam semper libero”
by Namquam Adipiscing
Delete this widget from your Dashboard and add your own words. This is just an example!

Kedah Juara

|

13 April 2008

Gambar sekadar hiasan jaa. Tidak ada kena mengena dengan penulis blog.

Kedah dengan "gah" nya berjaya mempertahankan kejuaran mereka buat kali kedua berturut-turut. Kemenangan yang dicipta ke atas Terengganu di Darul Aman sekaligus menobatkan kedah sebagai jaguh yang tidak boleh dipertikaikan lagi.

Kekalahan yang menimpa Red Giant ( yang dianggap sebagai pencabar utama Sang Kenari untuk mempertahankan kejuaraan ) di tangan pasukan tercorot liga sekaligus membolehkan Sang Kenari terbang tinggi ke awan melepasi Atmosfera bumi dengan lebih awal tanpa perlu menunggu keputusan di Darul Aman . Keadaan Selangor bertambah parah apabila mereka berhadapan dengan pengurangan tiga mata selepas dihukum oleh jawatankuasa disiplin Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berikutan jurulatihnya Dollah Salleh yang mengarahkan empat orang anak buahnya meninggalkan kem latihan yang dikendalikan bekas penyerang Liverpool, Ian Rush, bagi memberi perhatian kepada saingan Piala FA. Namun begitu mereka masih mempunyai peluang untuk membuat rayuan untuk memastikan mereka tidak kehilangan mata yang akan memberi peluang yang lebih cerah kepada mereka untuk merangkul tempat Naib Juara.

Tempat Naib juara sebenarnya masih terbuka luas kepada Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan Johor FC ketika saingan liga elit Malaysia itu masih berbaki tiga perlawanan.

Kejuaraan yang ditempah oleh Skuad Kenari sudah semestinya akan memberi mereka ruang untuk menumpukan perhatian kepada AFC Cup 2008. Diharapkan skuad Kenari akan mencipta satu sejarah baru sekaligus memberikan sedikit maruah kepada bolasepak malaysia yang dirundung dengan pelbagai masalah. Paling tidak, mungkin akan menunjukkan kepada negara-negara yang lain yang kita masih mempunyai kelab yang masih mampu bertanding dan bersaing dengan mereka.

0 comments: