About This Blog

“Maecen tempu tel lus egetof condimentum rhoncus se quam semper libero”
by Namquam Adipiscing
Delete this widget from your Dashboard and add your own words. This is just an example!

Alhamdulillah syukur...

|

30 April 2008

Hurgada...

Rumah Baru...
Alhamdulillah...selepas beberapa bulan menumpang kat rumah member,akhirnya aku berjaya juga merasai nikmatnya tinggal kat umah sewa sendiri. Memang payah kalau asyik menumpang kat rumah orang saja, dah tue nak buat macam rumah sendiri pulak, sapa yang suka...walaupun tuan rumah tu tak cakap apa-apa, tapi takkan kita sebagai yang menumpang kena la faham-faham, jangan sampai esok depa ligan kita dengan penyapu, baru kita nak sedar. Ala kulli hal...aku bersyukur la sangat sebab dapat umah, nak kata besaq tu, takla besaq sangat, ala-ala padang bola sepak Santiago Bernabeau kat Madrid ja kot...tapi setakat nih memang puas hati la...tak penah terbayang pulak nak dapat rumah macam tue, tapi dah rezeki, sebat ja la. Sewa rumah tu pun masih termampu untuk membayarnya. Kami berkongsi 3 orang setakat ni...memang tak serabut la ceghita dia...

Imtihan...
Jadinya...kerana dah dapat rumah sewa yang lebih daripada yang diharapkan, kena la tingkatkan kerajinan. Imtihan pun dah dekat sangat, lebih kurang nak sama dengan jarak dari rumah aku tu dengan kuliah...dekat la sangat...nasib baik kuliah dah start tawaqquf waktu aku mula-mula dapat rumah haghitu...kalau tidak...mesti aku boleh menang Anugerah Pelajar Paling Rajin Ke Kuliah...sure aku dapat punya laa...tak payah harapkan vote dari pengundi-pengundi pun takpa...huhuhuhu
Sempena dengan Imtihan yang kian hari kian tersingkap tirainya,
aku nak memohon banyak-banyak kemaafan dari sahabat-sahabat seperjuangan dan semua yang mengenali diri aku ini, sekiranya selama perkenalan,ada hak-hal yang belum tertunai, ada tanggungjawab yg belum terlaksana, ada janji yg belum dipatri, ada hutang yang belum dilangsai, ada musykilah yang belum dirungkai... andainya pernah diri ini terkasar bahasa, terlanjur bicara, tersilap kata, tersalah duga, terover suara.. AMPUN & MAAF dipinta.. Al-maklumlah, aku juga insan yang lemah seperti hangpa semua. Segala yang baik itu datang dari Allah dan yang tak baik itu datang dari diri aku sendiri.

SaLaM ImTiHAn & SeLaMaT BeRJuAnG SaHaBaTkU SeMuA...!!! DOAKAN KEJAYAAN KITA..BITTAUFIK WANNAJAH..

0 comments: