About This Blog

“Maecen tempu tel lus egetof condimentum rhoncus se quam semper libero”
by Namquam Adipiscing
Delete this widget from your Dashboard and add your own words. This is just an example!
3

Pindah...

|

18 December 2010

Sejuk nak mampuih. Tak muhung hangpa aih. Kalau aku kata sejuk ni lain daripada yang lain, nampak macam aku bohong sangat. Tapi serius, memang sejuk sungguh! Tak tau nak bagitau macam mana. Sakhanah pula tak pernah wujud dalam rumah ini!

Minggu depan aku nak kena pindah. Pindah keluar dari rumah lama ini. " Kenangan manis kau dan aku " akan aku abadikan selamanya. Semua ini gara-gara Moma (tuan bangunan merangkap tuan rumah) yang tidak mahu bertolak ansur lansung dalam perbincangan mengenai sewa rumah. Bayangkan, kenaikan yang perlu kami tanggung pada setiap setiap tahun mencecah LE100. 3 tahun menyewa, ini bermakna hampir LE300 kenaikan itu berlansung. Aku pasti, jumlah kenaikan ini adalah jumlah yang terlalu tinggi bagi mereka yang menyewa rumah.

Tapi, yang paling syok, bila kami bagitau kat dia, kami nak pindah, tanpa teragak-agak dan berasa geli-geleman, dia menurunkan kadar sewa rumah kepada LE300 sebulan. Separuh harga dipotong demi memastikan kami terus tinggal menyewa di rumah dia. Tapi, semua tahu akan perangai mujamalah ini, semuanya semata-mata politik busuk. Semuanya mainan semata-mata untuk mengaburi mata kami yang cerah lagi terang-benderang. Semua pelajar sedia maklum akan perangai mereka ini bila mereka bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sesuatu. Manis mulut dari gula yang ada melekat pada kek coklat manis. Manis mulut dari kadar gula yang berada dalam sebatang tebu yang besar. Maaf, kami tidak akan termakan dengan pujuk rayu yang sedemikian. Semuanya telah terlambat wahai Moma. Kami tidak akan berganjak dari keputusan yang telah kami buat. Lagipun kami dah bayar pun deposit untuk rumah baru! Selamat tinggal Imarah Ummu Hannan!

Itu semua di Tanta.

Di Kaherah, aku juga berhadapan situasi yang agak sama. Dengan penetapan undang-undang baru yang menghalang mana-mana pelajar yang belajar di luar Kaherah (seperti aku) untuk terus menyewa di DMAK, aktiviti yang aku rancangkan sewaktu berada di tanahair untuk mengisi kekosongan masa, berada dalam keadaan tidak menentu. Namun, rayuan demi rayuan aku buat demi memastikan rancangan aktiviti aku berjalan seperti yang telah diaturkan.

Ada berita katanya salji akan turun di beberapa tempat di Mesir. Menurut berita yang aku baca, salji pernah turun menimpa bumi Anbiya' ini pada sekitar tahun 80an. Mungkin aku belum lahir atau masih kecil. Tunggu punya tunggu, seketul pun tak turun. Aku rasa berita itu saja buat gimik atau sengaja diada-adakan. Maklumlah, kebanyakkan media sekarang semuanya gilakan publisiti. Benda yang tak terjangkau akal sekalipun, jika ianya dapat mempengaruhi populariti mereka, pasti ianya akan disiar dan disebarkan.

Sebelum aku terlupa, aku ingin mengucapkan Alfu Mabruk kepada mahasiswa-mahasiswa Mesir, Al-Azhar khususnya, yang telah berjaya menamatkan pengajian mereka. Seronok aku tengok riak wajah ahli bait aku sorang ini setelah menerima keputusan peperiksaan yang mengesahkan bahawa dia layak untuk pulang ke tanahair sebagai seorang graduan Al-azhar. Kepada dia dan semua yang berjaya, aku doakan yang terbaik untuk kalian.

Kalian pada sudut pandangan mata masyarakat adalah umpama untaian kurma-kurma yang masak ranum seterusnya dipetik dan dipaketkan dalam bungkusan berjenama Yusof Tayyib yang sedang laku dan ada harga di pasaran. Jangan lupa kami dalam doa kalian.

Sekian.

P / S : masih mengharap salji akan turun........
0

malang tak berbau...

|

3 December 2010


Amat malang sekali bagi Real Madrid apabila kecundang di Nou Camp dengan 5-0. Kejayaan ini bermakna Barcelona berjaya menjarakkan 2 mata untuk merampas takhta mengemudi liga.

Sudah menjadi lumrah pertandingan, kemenangan pasti akan mengiringi pasukan yang kuat dan gagah. Tidak wajar untuk melayan perasaan kecewa dan sedih.

Kekalahan ini merupakan satu contoh peristiwa tragis yang pahit untuk ditelan tetapi ianya adalah sebuah kenyataan yang perlu dihadapi. Penyokong yang setia akan sentiasa berada di samping pasukannya walau dalam apa keadaan sekalipun. HALA MADRID!

Sekian.

P / S : menyampah tengok Mourinho cakap besaq sangat...

0

Alhamdulillah...

|

29 October 2010


Alhamdulillah. Sudah seminggu sampai mesir. Tak banyak perubahan pun yang berlaku. Semuanya seakan hampir sama seperti biasa. Samada Kaherah mahupun Suburbay, Tanta.

Pastinya, mungkin yang akan banyak berubah adalah aku. Ntah la. Itupun kalau dapat buat perubahan. Tapi, kalau setakat dimulut kata nak berubah, semuanya sia-sia.

Arghhh,,,...keputusan yang diterima betoi-betoi menyakitkan hati. Terkandas lagi aku rupanya. lain digambarkan, lain pulak yang dipaparkan. Aku masuk fasa kritikal. Fursoh Akhirah. Sedikit kesilapan, bermakna aku terpaksa menanggung kekesalan yang pastinya membuatkan aku hidup dalam keadaan yang serba salah.

Salah pada kedua orang tuaku, keluargaku, sanak saudara dan semuanya yang menaruh harapan untuk melihat kejayaanku.

Tapi, salah sapa?

Sapa pun tak salah, kecuali aku. Sikap terlalu ambil mudah dalam banyak perkara, sehingga perkara-perkara yang wajib dititikberatkan pun, aku abaikan.

Natijahnya...terpelanting aku menanggung kecewa yang tak sudah!

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Aku pasrah dengan ketentuanNya.

Namun alhamdulillah, aku masih diberi peluang. Peluang untuk membuktikan bahawa aku mampu untuk merealisasikan impian yang hampir-hampir terkubur.

Sedih bukan kepalang. Tapi tiada siapa yang mampu menghalang. Jika tidak kerana lalai dan leka menjadi tulang, malas menjadi tunjang, pasti impian dan harapan terjulang.

Mohon doa.

Sekian.
0

Melizziaaa...

|

20 July 2010

Sudah 2 minggu berada di Malaysia. Setakat ini tidak ada lagi aktiviti-aktiviti menarik yang dilakukan melainkan....tidoq. Entah bila aktiviti ini akan berakhir, tidaklah aku mempunyai ilmu akannya. Mungkin juga sehingga kaki ini bisa melangkah dengan lebih panjang dan pandai mencari arah tujunya sendiri. Bila? Entahlaa...

Kepulanganku ke tanahair kali ini tidak banyak bezanya kalau nak dibangdingkan dengan cuti yang aku habiskan 2 tahun yang lalu. Cuma kali ini, anak-anak buah sudah besar panjang. Maka lahirlah berbagai-bagai telatah budak kecik dari mereka yang sememangnya kecik dari segi umur dan tubuh badan.

Keadaan suasana sekeliling juga tidak banyak berubah. Sepertimana aku tinggalkan 2 tahun lalu, sebegitu jugalah rupanya disaat ini. Cumanya, cerita sanak-saudara banyak yang aku ketinggalan. Sepupu-sepapat yang dahulunya menjadi rakan sepermainanan, kini sudah mampunyai kerjaya yang boleh membanggakan. Hal yang paling mengembirakan, ada juga yang memilih untuk menamatkan zaman bujang mereka tidak lama lagi. Adapun aku....?

Politik Malaysia masih lagi serabut dan semakin hari semakin bertambah serabut. Hal keserabutan itu tidak hanya memberi impak kepada mereka yang sedang berpolitik, tetapi tempiasnya turut dirasakan rakyat marhaen di Malaysia. Hari demi hari, keadaan terus dicemari dengan pelbagai karenah yang memuakkan. Rakyat terus menanggung beban. Kos sara hidup semakin lama semakin mencapai tahap meruncing dan merunsingkan. Namun itu semua seolah tidak dipedulikan mereka yang berada di atas sana.

Untuk menghadapi hari-hari yang mendatang yang lebih cerah dan selesa, sememangnya transformasi perlu berlaku. Transformasi dari buruk kepada yang baik bahkan lebih baik. Paling penting adalah, transformasi daripada terus jauh dan jauh dari Allah kepada pendekatan kepadaNya yang sudah semestinya akan terus mengundang rahmat dan anugerah daripadaNya.

Sekian.