About This Blog

“Maecen tempu tel lus egetof condimentum rhoncus se quam semper libero”
by Namquam Adipiscing
Delete this widget from your Dashboard and add your own words. This is just an example!
0

Tahniah, Mabruk Skuad Kenari...

|

23 August 2008



Tahniah,
Kerana berjaya menjuarai Piala Malaysia.

Tahniah,
Kerana berjaya mengekalkan ketiga-tiga piala utama untuk 2 musim berturut-turut.

Tahniah,
Kepada semua pemain import Skuad Kenari yang telah banyak memberikan sumbangan dalam memastikan Kedah terus berada di puncak.

Tahniah,
Kepada jurulatih Kedah yang berjaya membawa nafas baru dalam Skuad Kenari yang terumbang-ambing suatu ketika dahulu.

Tahniah,
Kepada barisan-barisan pegawai dan jurulatih diatas jasa dan bakti yang telah dicurahkan.

Alfu Mabruk,
Kepada semua penyokong-penyokong yang tidak pernah jemu memberikan sokongan kepada Skuad Hijau Kuning. Sokongan anda semua amatlah bermakna dan banyak membantu dalam memastikan kebangkitan Skuad Kenari.


P/S: Tahniah...Tahniah...Tahniah...
0

Masam Manis...

|

18 August 2008

Yang Masamnya...
  • Lee Chong Wei, pemain perseorangan badminton negara kecundang dengan begitu mudah di tangan pemain nombor satu dunia. Kekalahan ini berpunca dari rasa gemuruh dan gugup yang membuatkan dia tidak dapat memberikan perhatian sepenuhnya terhadap permainan. Dia secara terbuka mengaku bahawa ini merupakan kekalahannya yang paling mudah di tangan Lin Dan. Tetapi pujian tetap diberikan kepada Lee Chong Wei kerana berjaya mengharumkan nama malaysia walaupun sekadar ditempat kedua. Lin Dan mempunyai banyak kelebihan selain bermain di hadapan penyokong sendiri, dia juga bermain di atas tanah tempat kelahirannya. Tahniah Chong Wei !!!....
  • Real Madrid, pasukan kesayangan aku, tumpas dengan Valencia dalam perlawanan Spanish Super Cup. Bermain tanpa kelibat Snijder dan beberapa pemain utama, permainan Real nampak sedikit tidak teratur. Pun begitu, mereka berjaya mendahului tuan rumah, selepas Nistelrooy berjaya menjaringkan gol. Masalah yang sama dihadapi oleh Chong Wei bermain di tempat lawan, apabila Real terpaksa bertungkus-lumus menahan serangan bertubi-tubi dari tuan rumah. Perlawanan menjadi semakin sengit apabila kedua-dua pasukan terikat 2-2. Tetapi kelebihan bermain ditempat sendiri tidak disia-siakan oleh Valencia apabila berjaya menjaringkan gol kemengangan sebagai bekalan untuk dibawa ke Santiago Bernabeu minggu depan.
Yang Manisnya...
  • Satu lagi kelab kesayangan aku, Skuad Kenari, Kedah Darul Aman berjaya melayakkan diri mereka ke perlawanan akhir menentang Selangor 23hb ini. Walaupun tumpas dengan tuan rumah Terengganu 2-0, keputusan itu tidak membawa apa-apa makna selepas Kedah tetap menang dengan keputusan agregat 3-2. Ini berikutan kejayaan kedah menumpaskan skuad Penyu itu di Darul Aman 3-0. Keputusan ini sedikit sebanyak mengubat kedukaan aku yang tak parah langsung ini. Apapun, pasukan itu perlu diberikan pujian selepas menurunkan 100% pemain tempatan tanpa menggunakan khidmat pemain import. Memang ramai yang sudah menjangkakan perlawanan akhir adalah diantara Selangor dan Kedah. Dengan rekod yang berjaya dicatatkan oleh Skuad Kenari pada musim lepas, Kedah lebih nampak berada dalam landasan yang agak selesa untuk menjuari Piala Malaysia. Huhuhuhuhuhu....

    P/S: hat ni saja ja, tak bagi kesan pun kat kehidupan aku...
0

Serabutnya...

|

17 August 2008

Serabut jugak kepala ni memikirkan apa yang sepatutnya aku nak tulih dalam blog aku nih. Dah lama jugak aku tak update. Semalam kalau sapa yang sempat singgah kat blog aku nih mesti dah baca tulisan aku yang aku baru delete tak sat. Bukan apa, aku rasa aku belum cukup layak untuk bercakap tentang tue. Takut nanti timbul kekeliruan gara-gara tulisan aku yang ditulis tanpa ada ilmu mengenainya langsung. Jadi untuk tidak memanjangkan perkara itu, aku ambil keputusan untuk delete post tersebut.

Pun begitu, aku bersetuju dengan kenyataan Presiden dan Mursyidul Am PAS bahawa apa yang dilakukan oleh budak tersebut adalah menyimpang dari ajaran Islam. Mungkin dari apa yang aku faham, sumpahan itu tetap diterima, selagi mana ia bersulamkan nama Allah s.w.t yang Maha Mulia, tetapi cara bersumpah dengan memegang Al-Quran itu menyerupai penganut agama kristian yang juga bersumpah dengan memegang bible mereka.

Dari sudut lain pula, tindakan " Mr. Sayfool " ni, nampak seolah-olah mempunyai kepentingan berbaur politik. Memang la dia tidak bertanding, apatah lagi dia ni memang tak nampak langsung seorang yang pandai dalam bidang politik. Tapi perbuatan dia bersumpah sehari sebelum penamaan calon dengan kenyataan bodoh beliau bahawa dia tidak tahu-menahu bahawa Anwar Ibrahim akan bertanding esok adalah tidak masuk akal. Agaknya dia ni buta dan pekak kot. Takkanlah sampai tak tengok TV atau dengar radio langsung. Yang pasti, mesti ada sesuatu disebalik perkara ini yang perlu diberi perhatian serius. Atau mungkin sahaja ada pihak yang berada di belakang sebagai " mastermind " yang mengawal segala tindak-tanduk budak ni.

Herm...mungkin terlalu awal untuk memberi sebarang ulasan mengenai isu ini, atau mungkin aku yang ter "over" sangat buat ramalan. Tapi itula...kepala aku nih serabut jugak bila dah pukul 4.00 pagi pun aku tak berjaya melelapkan mata. Ditambah pula komputer aku yang sering buat hal tak sudah-sudah. Jadinya untuk mengisi ruang waktu sementara menunggu subuh menjelma, aku tulih la apa yang terlintas kat hati aku nih. Aku bukannya sasterawan nak gubah syair, puisi, sajak atau apa sahaja la yang depa lakukan. Jadi aku hanya mengikut gerak jari-jemari aku bermain diatas keyboard nih. Itupub nasib baiklah jari aku nih sudi, kalau tidak jangan harap blog aku nak ter"update".

So, di kesempatan hening subuh yang bakal menjelma sebentar lagi, aku nak menyeru la kepada sesiapa yang teringin nak buat macam " Mr. Sayfool " tu supaya fikir banyak kali dulu. Kerana kesan dia tue teramatlah dahsyat. Sumpah ni bukan buleh main-main. Sumpah ni adalah di antara kita dengan Maha Pencipta. Sesungguhnya Allah itu tidak pernah menzalimi hamba-hambaNya, tetapi manusia sendiri yang menzalimi diri mereka sendiri.

P/S: Sapa Uncle Pet nih? Siasat la oghang tua tue...ntah-ntah dia ni...
1

" Menantu takpa, jangan hantu "

|

9 August 2008


P/S: Bukan macam menantu soghang lagi tu...hat tu tak buleh pakai...
0

Jangan dok buat pasai !!!

|

8 August 2008

WARNING

.:ISLAM IS OUR WAY OF LIFE, RESPECT TO BE RESPECTABLE:.
.:STEP DOWN, GET LOST:. .:JANGAN BIADAP:. .:EVERYTHING FOR ISLAM:.


Puak-puak ni makin lama makin naik lemak. Ini bukan kali pertama dan bukan juga kali terakhir puak-puak kurang ajar ini buat macam ni. Puak-puak ini tidak akan berdiam dri dan akan terus bergerak untuk merealisasikan cita-cita mereka agar Islam setaraf dengan agama lain seterusnya terhapus di Malaysia. Kerajaan seharusnya memainkan peranan penting dalam hal ini dengan mengarahkan supaya Forum ini dibatalkan serta-merta. Kalau nak di bandingkan dengan ceramah politik dan agama, perkara ini lebih jelas menggugat keamanan negara dan berbaur perkauman. Rakyat, khususnya ummat Islam di Malaysia harus sedar. Mungkin anda tidak tahu yang anda adalah salah satu penyebab perkara ini boleh terjadi. Kalau anda memilih Islam untuk mentadbir negara anda seterusnya membawa keadilan serta keamanan di tanah tumpah darah anda, andalah yang harus berani membuat keputusan. Jangan hanya melihat keadaan di mana anda berada, cuba fikirkan di mana anda akan berada?Jangan sampai Islam dan maruah kita tergadai!!!

------------------------------Lawyer zu4kulim------------------------------

Saya melihat akhir-akhir pihak-pihak bukan Islam bertambah biadap didalam tindak-tanduk mereka dalam hal berkaitan Islam & bangsa Melayu. Bermula dengan menggunakan kes murtadnya Azlina Jailani menjadi Lina Joy. Tindakan Gereja Fatimah Brickfield membaptiskan Azlina tetapi tidak dikenakan sebarang tindakan membuatkan mereka besar kepala.

Kemudian muncul Penerbitan Herald menuntut hak menggunakan nama ALLAH, yang tuntutan ini disokong pulak oleh Persatuan Gurdwara (Punjabi) Malaysia. Ini diikuti oleh tuntutan Sidang Injil Borneo menuntut hak membawa masuk penerbitan Kristian Bahasa Melayu dari Indonesia. Muncul pula Majlis Peguam mengadakan seminar berkaitan Hak Istimewa Melayu.

Kebiadapan mereka khususnya Majlis Peguam makin ketara bila mereka berkeras mahu menganjurkan Seminar Masuk Islam dengan fokus kepada mempertikaikan Artikel 121A yang memberi bidangkuasa kepada Mahkamah Syariah. Mahkamah Persekutuan dalam kes Azlina Jailani telah membuat keputusan bahawa persoalan murtad dan convert adalah dibawah bidangkuasa mutlak Mahkamah Syariah. Malahan Mahkamah Persekutuan memperjelaskan bahawa persoalan murtad/convert hendaklah diputuskan oleh Mahkamah Syariah mengikut undang-undang Islam.

Keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut dibuat setelah menafsir Artikel 121A dan Artikel 11 Perlembagaan. Malahan kedua-dua pihak Islam dan bukan Islam diberi peluang sepenuhnya untuk mengemukakan hujah.

Tindak-tanduk Majlis Peguam seolah-olah mempertikaikan keputusan Mahkamah Persekutuan.
Sebagai badan Peguam, sepatutnya mereka lebih arif menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan. Mempertikaikan keputusan Mahkamah bererti menghina Mahkamah.

Saya melihat tindakan Majlis Peguam memperkudakan kes Shamala & Subashini sebagai bahan seminar adalah jalan pintu belakang untuk mempertikaikan keputusan Mahkamah. Lebih serius daripada itu, tindakan mengadakan seminar ini jelas menghina Islam.

Saya menyeru pembentang kertas kerja beragama Islam supaya menarik diri daripada menyertai seminar tersebut. Saya juga meminta para peguam Muslim supaya kita segera membuka mata mempertahankan Islam. Mungkin sudah tiba masanya kita peguam Islam berusaha mengambil alih Majlis Peguam. Bulan Oktober ini adalah bulan pemilihan ahli Majlis Peguam. Kita harus mengatur strategi yang jelas. Saya cabar peguam-peguam Islam supaya menyatakan pendirian kita dengan jelas.

Saya juga memberi amaran kepada Majlis Peguam khasnya dan golongan bukan Islam umumnya supaya jangan mencabar hak umat Islam. Kesabaran umat Islam ada batasnya. Kamu mungkin melihat umat Islam di Malaysia ini kelihatannya lemah. Mungkin kamu sedang mengambil kesempatan melihat kedudukan umat Islam yang kelihatannya lemah akibat percakaran politik sesama kami.

Tetapi ingatlah disana ada umat Islam yang sedang memerhati gelagat kamu. Kami tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap kamu sekiranya kamu terus-menerus dengan sikap provokatif kamu.

Saya menyeru kepada umat Islam supaya bersatulah kita di atas tali ALLAH. Ketepikan sentimen politik sempit dan rakus. Pertahankan maruah agama kita. Dan marilah kita buktikan kesatuan ummah kita dengan turun dalam Himpunan Umat di hadapan bangunan Majlis Peguam pada pagi Sabtu 9 Ogos di Lebuh Pasar Besar, KL (sebelah Pasar Seni/Bank Pertanian). Mari kita adakan perhimpunan aman dihadapan Majlis Peguam sekiranya mereka berkeras mahu meneruskan seminar biadap tersebut.

Let us be counted by ALLAH. Islam is under attack..Islam needs you..buktikan kecintaan kita kepada Islam. Turun ramai-ramai pada masa & tarikh yang disebut diatas.

ALLAH hu akbar..
0

SELAMAT PENGANTIN BARU

|

7 August 2008


P/S: Tinggai la lagi 2 orang...sapa dulu ni?...Iskhh..

0

F.A.M : Oppss!!! We Did It Again .

|

4 August 2008

Keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menghentikan penggunaan khidmat pemain import dalam Liga Malaysia mulai musim depan mendapat reaksi yang kurang senang dari pelbagai pihak. Keputusan ini di lihat akan memberi kelebihan kepada pihak-pihak tertentu. Memang sejak dulu lagi pihak FAM mengamalkan sikap menjaga KRONI mereka.

Ini terbukti bila FAM sudah beberapa kali meminda peraturan bagi membenarkan pemain import untuk bermain dalam liga Malaysia kita. Kalau benar kata Timbalan Presiden FAM, Khairy Jamaluddin bahawa khidmat mereka masih gagal menyumbangkan sesuatu yang membina kepada kemajuan bola sepak negara apatah lagi tidak mencapai tahap yang sepatutnya dan tiada daya tarikan penonton untuk menghadiri stadium, mengapa tidak ditetapkan dari dahulu lagi dan mengapa keputusan itu dipinda dari masa ke semasa?

Inilah di antara penyebab yang menyumbang kepada kemunduran bola sepak tanahair kita. FAM sesuka hati menukar dan meminda peraturan² tanpa merujuk kepada para profesional. Ini bukan kali pertama FAM meminda peraturan mengenai penghentian penggunaan khidmat pemain import, sudah beberapa kali FAM meminda peraturan tersebut dan ianya tidak sedikit pun membawa impak atau kesan ke arah kemajuan bola sepak Malaysia.

Bukannya risau akan kemunduran atau sebarang kesan negatif yang bakal menimpa skuad kesayangan, bahkan skuad itu tidak ada masalah langsung dan tidak akan terkesan dengan keputusan FAM itu. Cumanya hairan dengan sikap FAM yang suka bercakap kosong dan tidak pernah berfikir secara positif terhadap setiap keputusan yang di ambil. FAM juga dilihat sebuah badan yang tidak boleh menerima pandangan dan kritikan dari orang lain. Kalau ada pengkritik yang berani menegur cara mereka sudah pastinya orang itu akan dikenakan tindakan yang kurang wajar dari mereka seperti yang berlaku kepada Allahyarham Datuk Ahmad Basri Akil, bekas Naib Presiden FAM dan juga merupakan bekas Pengurus Bola Sepak Negeri Kedah. Allahyarham dilihat sebagai seorang wira selepas menyuarakan pendapat beliau secara terbuka dan mengkritik badan tersebut.

FAM sepatutnya di anggotai oleh orang-orang yang lebih berpengalaman dalam perkara ini, bukan dengan mengambil seorang yang bertali leher, keluaran oxford tetapi tidak pandai menggunakan otak untuk berfikir dan hanya ambil keputusan selepas melihat ianya akan membawa keuntungan sesuatu pihak. Dia ini bukanlah sesiapa pun tetapi hanyalah seseorang yang gilakan jawatan dan kedudukan.

~PeNyOkOnG SeTiA HiJaU KuNiNg ~