About This Blog

“Maecen tempu tel lus egetof condimentum rhoncus se quam semper libero”
by Namquam Adipiscing
Delete this widget from your Dashboard and add your own words. This is just an example!

Masam Manis...

|

18 August 2008

Yang Masamnya...
  • Lee Chong Wei, pemain perseorangan badminton negara kecundang dengan begitu mudah di tangan pemain nombor satu dunia. Kekalahan ini berpunca dari rasa gemuruh dan gugup yang membuatkan dia tidak dapat memberikan perhatian sepenuhnya terhadap permainan. Dia secara terbuka mengaku bahawa ini merupakan kekalahannya yang paling mudah di tangan Lin Dan. Tetapi pujian tetap diberikan kepada Lee Chong Wei kerana berjaya mengharumkan nama malaysia walaupun sekadar ditempat kedua. Lin Dan mempunyai banyak kelebihan selain bermain di hadapan penyokong sendiri, dia juga bermain di atas tanah tempat kelahirannya. Tahniah Chong Wei !!!....
  • Real Madrid, pasukan kesayangan aku, tumpas dengan Valencia dalam perlawanan Spanish Super Cup. Bermain tanpa kelibat Snijder dan beberapa pemain utama, permainan Real nampak sedikit tidak teratur. Pun begitu, mereka berjaya mendahului tuan rumah, selepas Nistelrooy berjaya menjaringkan gol. Masalah yang sama dihadapi oleh Chong Wei bermain di tempat lawan, apabila Real terpaksa bertungkus-lumus menahan serangan bertubi-tubi dari tuan rumah. Perlawanan menjadi semakin sengit apabila kedua-dua pasukan terikat 2-2. Tetapi kelebihan bermain ditempat sendiri tidak disia-siakan oleh Valencia apabila berjaya menjaringkan gol kemengangan sebagai bekalan untuk dibawa ke Santiago Bernabeu minggu depan.
Yang Manisnya...
  • Satu lagi kelab kesayangan aku, Skuad Kenari, Kedah Darul Aman berjaya melayakkan diri mereka ke perlawanan akhir menentang Selangor 23hb ini. Walaupun tumpas dengan tuan rumah Terengganu 2-0, keputusan itu tidak membawa apa-apa makna selepas Kedah tetap menang dengan keputusan agregat 3-2. Ini berikutan kejayaan kedah menumpaskan skuad Penyu itu di Darul Aman 3-0. Keputusan ini sedikit sebanyak mengubat kedukaan aku yang tak parah langsung ini. Apapun, pasukan itu perlu diberikan pujian selepas menurunkan 100% pemain tempatan tanpa menggunakan khidmat pemain import. Memang ramai yang sudah menjangkakan perlawanan akhir adalah diantara Selangor dan Kedah. Dengan rekod yang berjaya dicatatkan oleh Skuad Kenari pada musim lepas, Kedah lebih nampak berada dalam landasan yang agak selesa untuk menjuari Piala Malaysia. Huhuhuhuhuhu....

    P/S: hat ni saja ja, tak bagi kesan pun kat kehidupan aku...

0 comments: