About This Blog

“Maecen tempu tel lus egetof condimentum rhoncus se quam semper libero”
by Namquam Adipiscing
Delete this widget from your Dashboard and add your own words. This is just an example!
|

30 July 2008


Ada segelintir yang tidak mahu langsung membicarakan tentang politik. Kata mereka, gara-gara politiklah keutuhan ummat dan masyarakat tercabar dan tergugat. Politik juga menyebabkan perpecahan dan perbalahan sesama sendiri. Tak kurang juga yang mengaitkan politik punca pelbagai masalah yang melanda di seluruh negara, kalaulah politik tidak wujud, nescaya manusia akan hidup aman dan damai tanpa ada sebarang gangguan.

Mungkin kata-kata sebegitu terkeluar kerana mereka tidak memahami politik itu sendiri. Aku juga bukanlah pandai sangat nak bercakap tentangnya, jauh sekali untuk menyusun strategi politik, tetapi apa yang berlaku di tanahair cukup membuatkan orang macam aku mengenal dengan lebih dekat apa itu politik.

Senario yang berlaku di tanahair baru-baru ini sangat luar biasa. Kesannya bukan saja terasa di Malaysia, tetapi juga di serata dunia. Ianya juga memberi impak yang tidak kurang hebatnya kepada persatuan-persatuan pelajar di luar negara.

Aku sebenarnya tertarik dengan 2 perkara yang sedang hangat diperkatakan di Malaysia. Ianya tidak lain dan tidak bukan adalah mengenai muzakarah dan cadangan Tuan Guru Nik Aziz untuk menyatukan UMNO dan PAS di dalam satu parti yang berdasarkan kepada Al-quran dan sunnah.

Bagi aku, cukuplah dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Pucuk Pimpinan Pas yang bersetuju bahawa tidak ada apa yang istimewa di dalam perjumpaan ini, ianya hanyalah muqabalah (pertemuaan) biasa, disamping membincangkan perkara yang berkaitan dengan Islam khususnya melayu umumnya. Rasanya dengan kenyataan itu sudah cukup untuk membuatkan rakyat bertenang dan tidak perlu gusar dan risau akan kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh Pas kepada Pakatan Rakyat dalam untuk membawa keadilan di bumi Malaysia.

Karpal dilihat sudah keterlaluan dengan kenyataannya meminta supaya Pakatan Rakyat mengkaji semula keterlibatan pas dalamnya. Dari dulu lagi sebenarnya Tok Karpal ni tak puas hati dengan Pas. Perlu ditegaskan bahawa Pas tidak akan mengorbankan prinsipnya sama sekali walau dalam apa keadaan sekali pun. Jadi tidak ada sebab yang dirasakan patut untuk dilayan cadangan yang bakal merugikan banyak pihak ini. Mungkin Karpal yang perlu mengkaji semula keterlibatan beliau dalam kancah politik Malaysia samada perlu atau tidak untuk dia terus berada dalam parti yang dianutinya sekarang.

Perkara yang menarik juga adalah mengenai saranan Tuan Guru Nik Aziz supaya Pas dan Umno dibubarkan untuk menubuhkan satu parti baru yang berdasarkan Al-Quran dan Hadis secara TOTAL. Herm...mungkin ada orang yang kurang senang dengan cadangan ini. Namun cadangan ini bukannya cadangan semata-mata. Sekiranya Umno berani untuk membubarkan parti mereka, mungkin dengan cara ini masyarakat malaysia dapat hidup dengan aman dan selesa di bawah pentadbiran Islam yang Syumul tanpa ada "double standart" yang diamalkan oleh mereka dulu, kini dan selamanya. Pas memang komited untuk menubuhkan sebuah kerajaan yang secara total menjalankan pentadbiran Islam secara syumul.

Tidak dapat dinafikan lagi, Islam dan politik adalah satu. Jangan pisahkan kedua-duanya. Berjuang melalui politik adalah salah satu proses yang paling berkesan yang sedia ada sekarang untuk memerintah. Jikalau ada yang rasa kita boleh memerintah tanpa kita berpolitik, itu adalah pendapatnya. Mungkin juga ada NGO-NGO yang merasakan mereka mampu mengubah pemikiran pemimpin-pemimpin yang sedia ada. Tetapi sejauh mana? Sudah berapa tahun agaknya usaha mereka itu? Dan berapa tahun lagi agaknya usaha itu akan membuahkan hasil? Adakah mereka akan menemui hasil hanya selepas melihat rakyat terus dizalimi, sedangkan mereka sedar bahawa perkara itu tidak akan menjadi realiti?

0 comments: