About This Blog

“Maecen tempu tel lus egetof condimentum rhoncus se quam semper libero”
by Namquam Adipiscing
Delete this widget from your Dashboard and add your own words. This is just an example!

Rokok oh Rokok!!!

|

27 May 2008

Ada pendapat sahabat-sahabat yang masih berpandangan bahawa rokok itu hukumnya adalah HARUS. Perbuatan seperti "menegakkan benang yang basah ini" akhirnya membawa kepada pertelingkahan yang tidak berkesudahan seterusnya membawa kepada permusuhan. Dalam usaha untuk mengubah pandangan ini, aku bawakan sebuah artikel dan beberapa fakta yang mungkin akan mengubah persepsi mereka berkenaan hal ini. Diharap kepada sahabat-sahabat yang masih lagi dalam kekaburan dan dibelenggu kejahilan dapat mengambil istifadah seterusnya memikirkan tentang pegangan yang kurang berasas yang menjadi hujah-hujah pihak tertentu. Artikel dan fakta yang aku datangkan lebih kepada analisis serta kajian pakar-pakar kesihatan. Ini kerana sahabat-sahabat perokok masing-masing menasabkan fatwa-fatwa kepada beberapa tokoh-tokoh ulama yang mengharuskan perbuatan tersebut. Mungkin kerana kekurangan fakta pada masa lepas, lantas mereka menghukumkan rokok sebagai HARUS atau sekadar MAKRUH. Apapun diharapkan mereka dapat meneliti semula pendapat tersebut. SLAMAT......


SUMBANGAN ROKOK KEPADA DUNIA

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan penggunaan tembakau mungkin menyebabkan lebih satu bilion kematian sepanjang abad ini, dengan China dan India masing-masing menganggarkan hampir satu juta rakyat mereka maut akibat tembakau setiap tahun. Abad ke-20 telah mencatatkan 100 juta kematian akibat tembakau dan dijangka meningkat 10 kali ganda abad ini jika tindakan berkesan tidak diambil dengan segera.

Mengikut jangkaan WHO, kematian berkaitan tembakau mungkin meningkat kepada lapan juta orang setiap tahun menjelang 2030, 80 peratus daripadanya di negara membangun. Satu laporan WHO juga mengenalpasti peningkatan bilangan perokok kini paling banyak berlaku di negara berpendapatan rendah yang dikaitkan dengan peningkatan bilangan penduduk.

Di India, hasil penyelidikan yang menunjukkan satu daripada 10 kematian di negara itu akan berpunca daripada penggunaan tembakau menjelang 2010. Kumpulan penyelidikan berkenaan menjelaskan perokok bukan sahaja akan maut akibat kanser dan masalah paru-paru malahan juga akibat tuberkulosis (tibi) dan penyakit jantung.

Antara kaedah yang telah disarankan untuk mengawal tabiat merokok termasuk polisi mencegah (daripada mula merokok), melindungi orang ramai daripada asap rokok (perokok pasif), menawarkan bantuan untuk perokok berhenti merokok dan penguatkuasaan terhadap larangan iklan rokok serta meningkatkan cukai terhadap rokok. Kos penggunaan tembakau di seluruh dunia pula dikatakan mencecah beratus bilion dollar setiap tahun dengan AS sahaja mencatatkan anggaran kerugian ekonomi AS$92 bilion (RM295.14 bilion) setiap tahun.

WHO baru-baru ini turut mengumumkan rancangan untuk satu perjanjian antarabangsa baru dalam menentang perdagangan tembakau secara haram menjelang 2010. Perdagangan tembakau secara haram dianggarkan merangkumi 10 peratus jualan tahunan tembakau dunia yang menyebabkan kerugian antara AS$40 hingga AS$50 bilion (RM128.33 hingga RM160.40 bilion) setiap tahun. Tindakan terhadap perdagangan haram tembakau dilihat amat penting bagi melindungi generasi muda daripada mula dan ketagih merokok berikutan harga rokok seludup yang jauh lebih murah.

sumber - UTUSAN

FAKTA ROKOK

  • Dr Yusuf Qardhawi : Rokok haram kerana membahayakan. Demikian disebut dalam bukunya ‘Halal & Haram dalam Islam’. Menurutnya, tidak boleh seseorang membuat bahaya dan membalas bahaya, sebagaimana sabda Nabi yang diriwayatkan Ahmad dan Ibnu Majah. Qardhawi menambahkan, selain berbahaya, rokok juga mengajak penikmatnya untuk buang-buang waktu dan harta. Padahal lebih baik harta itu digunakan untuk yang lebih berguna, atau diinfaqkan bila memang keluarganya tidak memerlukannya.
  • Racun utama pada rokok adalah tar, nikotin dan karbon monoksida. Tar adalah bahan hidrokarbon yang bersifat lekit dan melekat pada paru-paru. Nikotin adalah zat adiktif yang mempengaruhi saraf dan peredaran darah. Zat ini bersifat karsinogen dan mampu menyebabkan kanser paru-paru yang mematikan. Karbon monoksida adalah zat yang mengikat hemoglobin dalam darah, membuat darah tidak mampu mengikat oksigen.
  • Efek atau kesan racun pada rokok ini membuat penyedut asap rokok mengalami risiko yang tinggi (berbanding yang tidak menyedut asap rokok):

- 14x menderita kanker (penyakit) paru-paru, mulut, dan tenggorokan
- 4x menderita kanker esophagus
- 2x kanker kandung kemih
- 2x serangan jantung

  • Rokok juga meningkatkan risiko keparahan bagi penderita pneumonia dan jantung gagal serta tekanan darah tinggi. Menggunakan rokok dengan kadar nikotin rendah tidak akan membantu, kerana perokok cenderung menyedut asap rokok secara lebih keras, lebih dalam, dan lebih lama untuk mengikuti keenakan zat adiktif.

Semua fakta-fakta yang dinyatakan di atas adalah hasil kajian pakar-pakar kesihatan sehingga tidak ada sesiapa pun yang menyangkalnya.

Pengusaha Rokok pun mengyiyakan hal tersebut, dan menulis diatas kotak rokok amaran ;
MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN.

KALAU PENGELUAR SENDIRI MENYATAKAN BAHAWA PRODUKNYA BERBAHAYA, BAGAIMANA MUNGKIN PENGGUNA MASIH MAHU MENGINGKARINYA???LU PIKIR LA SENDIRI...

* TIDAK SEMPURNA IMAN SESEORANG KAMU SEHINGGA DIA SUKA APA YANG DISUKAI PADA DIRINYA. -hadis syareef-

0 comments: