About This Blog

“Maecen tempu tel lus egetof condimentum rhoncus se quam semper libero”
by Namquam Adipiscing
Delete this widget from your Dashboard and add your own words. This is just an example!

Koreksi minda...

|

12 February 2009

Dah lama aku menyepi dari alam blog ini. Walaupun tiada sesiapa yang bertanya, namun aku tetap juga nak memberitahu bahawa sesungguhnya aku telah lama menyepi dari menulis blog. Pun begitu, penyepian aku ini bukan bermakna aku berhenti menulis blog, sekali lagi aku menjawab kepada persoalan yang tidak wujud bahawa ini semua berlaku kerana kemudahan mendapatkan internet selain kekeringan dan kekurangan idea untuk menulis.

Sebenarnya idea dan cetusan minda ini boleh terhasil dari mengikuti perkembangan semasa. Sejak akhir-akhir ini, begitu banyak perkara-perkara dan peristiwa-peristiwa yang berlaku disekeliling kita. Jadi sepatutnya tidak timbul isu kekeringan dan kekurangan idea. Tetapi bagi seorang blogger seperti aku, aku bukannya kurang berminat dan kurang suka untuk mengulas isu semasa, namun di sana ada benda yang perlu dijaga dan ditapisi bagi mengelakkan berlaku sebarang pertembungan yang tidak diingini yang seterusnya membawa kepada keadaan yang tidak menentu dan selesa. Ditambah lagi dengan kekurangan ilmu dan pengetahuan terhadap sesuatu perkara yang hendak diulasi dan digambarkan sehingga ianya boleh membawa kepada salah faham dan juga keraguan dalam huraian-huraian tersebut. Imam Ghazali pernah berkata: " Mengaji tanpa berfikir amat merugikan, berfikir tanpa mengaji amat membahayakan ". Seperti yang sedia maklum, menulis ini merupakan interpretasi kepada apa yang ada dalam pemikiran. Namun begitu, ini bukan bererti aku seorang yang jenis mudah mengadaikan prinsip-prinsip yang aku pegang selama ini, tetapi aku masih merasakan masanya belum sesuai dan keadaan belum mengizinkan untuk semua itu.

Aku sudah banyak kali sebenarnya mencuba untuk mengulas isu-isu panas yang berlaku sejak akhir-akhir ini. Hampir 3 ke 4 tajuk yang aku tukar hanya semata-mata hendak mendapatkan "feel" menulis kununnya. Akhirnya, aku tersungkur dihadapan monitor komputer yang besarnya 21 inci ini. Mana tidaknya, serba salah aku dibuatnya tatkala sampai satu babak atau bab yang mendorong aku untuk memaki hamun dan mencarut dalam penulisan aku. Ini semua terjadi gara-gara emosi dan perasaan aku yang kadang-kadang sudah sampai kemuncak dan tidak dapat dibendung lagi. Kalau tidak kerana tunduk kepada pertimbangan agama, sudah lama blog aku ini dipenuhi dan diisi dengan perkataan-perkataan yang tidak senonoh, bermoral serta beretika. Alhamdulillah semuanya masih dikawal.

Apapun yang berlaku dan terjadi, satu perkara yang aku pohon kepada sesiapa sahaja yang berkunjung ke blog aku secara sengaja atau tidak sengaja supaya sentiasa menjadikan agama Islam sebagai paksi pertimbangan hidup. Jangan jadikan pertimbangan akal dan perasaan atau emosi semata-mata kerana ianya boleh membawa kepada bencana dan ketidaktentuan yang sekaligus meninggalkan kesan yang mendalam dalam hidup kita. Perlu diingatkan bahawa semua yang berlaku itu ada hikmahnya tersendiri. Manusia yang beriman memang akan diuji untuk membuktikan sejauh mana dalamnya keimanannya kepada Allah. Aku juga ingin mengambil kesempatan kali ini untuk menyeru supaya teruskan perjuangan menegakkan kebenaran walau apapun yang mendatang. Moga pahit manis perjuangan akan membentuk diri menjadi mukmin sejati!!!

P/S: Usah takut usah gentar seandainya kita dipihak yang BENAR.

1 comments:

Anonymous said...

takpa.. pasni kita pakat ulas, kita boh parabola, pakat tengok aljazeera, mbc, cnn, abc, dan lain2 lagi la.. pastu pakat ulas.. baru sedap..

camna?