About This Blog

“Maecen tempu tel lus egetof condimentum rhoncus se quam semper libero”
by Namquam Adipiscing
Delete this widget from your Dashboard and add your own words. This is just an example!

Sumbangan kita

|

13 January 2009

Ada kebenarannya juga apabila ramai dari forumers bola sepak yang secara sinis menyatakan " kalaulah sekiranya tulisan yang tertera pada baju pemain bola sepak tersebut adalah perkataan I S R A E L I A, sudah semestinya dia tidak akan dikenakan apa-apa tindakan ". Beberapa hari yang lalu, seorang pemain dari kelab bola sepak sepanyol telah disaman EUR3000 di atas tindakannya menonjolkan baju yang termaktub perkataan PALESTINA. Pemain ini dikatakan cuba menghantar mesej yang menuntut keamanan dan kesejahteraan serta mengutuk serangan yang dilancarkan oleh puak Zionis Yahudi di semenanjung Gaza.

Israel yang ganas menyerang Palestin sejak akhir tahun lepas semakin hari bertambah rakus menganyang rakyat negara tersebut. Terbaru Israel dikatakan menggunakan sejenis BOM yang telah diharamkan penggunaannya dalam memastikan gaza benar-benar musnah. Berbagai-bagai jenis usaha yang cuba dicaturkan oleh pelbagai pihak dalam memastikan tindakan Israel ini dihentikan serta-merta. Rundingan gencatan senjata yang cuba diusahakan oleh beberapa buah negara yang kununnya bersimpati di atas keadaan tersebut tidak dilayan dan dipedulikan sama sekali oleh Israel. Malah ianya seolah-olah permainan apabila Israel terus membedil Gaza tanpa belas kasihan.

Muzaharat atau demontrasi begitu aktif dilaksanakan di seluruh dunia terutamanya penduduk Timur Tengah yang menuntut supaya para ketua-ketua negara mereka segera bersatu mencari jalan penyelesaian dan membasmi kegiatan Israel. Tidak kurang rancaknya juga muzaharat ini dilaporkan aktif dilakukan oleh negara-negara Eropah yang melihat perbuataan Israel ini adalah satu penindasan dan pencerobohan secara haram yang sepatutnya tidak berlaku di dalam keadaan dunia yang matang pada masa kini. Namun disebalik kerancakan itu, apa yang paling menyedihkan apabila negara yang menjadi harapan dan dikatakan memiliki kekuatan yang cukup untuk membantu mengubah nasib rakyat Palestin lansung tidak mempedulikan malah bertindak liar menangkap mereka yang terlibat dalam demontrasi tersebut. Rejim Presiden Husni Mubarak dikatakan turut mempunyai saham di dalam serangan Israel ke atas Palestin apabila beliau enggan membuka pintu sempadan yang menghubungkan wilayah Gaza dengan negara Mesir untuk kemasukan bantuan-bantuan dari luar. Keengganan beliau ini menimbulkan rasa marah dan syak wasangka bahawa beliau merupakan salah seorang orang kuat yang mendalangi serangan ganas tersebut.


Kempen memboikot barangan Israel dan sekutu kuatnya Amerika juga dikatakan mendapat sambutan hebat dan berkesan. Ini terbukti apabila syarikat-syarikat yang beroperasi menjual barangan mereka ini melahirkan kegelisahan dan ketakutan akan melemahkan kewangan syarikat tersebut. Rentetan dari situasi tersebut, ada juga suara-suara yang mahu kempen boikot ini difikirkan kembali akan kewajarannya. Ini berikutan kedudukan Amerika sebagai sebuah negara yang mendominasi Ekonomi dunia. Namun begitu, tidak ada apa yang perlu dirisaukan sebenarnya. Ini kerana, Amerika juga merupakan negara pencetak wang dan sudah semestinya mereka akan menanggung kerugian dengan lebih berganda terhadap syarikat-syarikat yang memperdagangkan barangan mereka.


Apa yang perlu difikirkan sekarang adalah sumbangan kita sebagai Umat Islam kepada saudara-saudara seagama kita yang sedang ditindas. Mungkin kita masih belum bersedia untuk mengangkat senjata berperang menangkis segala serangan mereka . Namun ini tidak bermakna kita hanya tunggu dan lihat dan tidak mencari jalan atau peluang yang dirasakan mampu untuk membantu insan seagama kita di sana. Dalam manhaj atau kaedah terakhir mengubah kemungkaran adalah dengan membenci perkara tersebut dengan hati. Namun begitu kebencian terhadap kemungkaran itu tidak hanya bersarang dalam hati, malah ianya perlu ditaswirkan dalam pelbagai bentuk yang menunjukkan bahawa kita benar-benar membenci perkara tersebut.

P/S:Adoi la imtihan...awat payah sangat tak tau???

3 comments:

Mohd Syauqi said...

anehnya, kita (saya) tetap suka tengok bola sepak eropah

Anonymous said...

Err..tengok bola suka-suka takpa kot..ka macammana?

Anonymous said...

suka- suka ka? chek tgok ka tgok bola sampai naik nyok ma. ka guane gamok?