About This Blog

“Maecen tempu tel lus egetof condimentum rhoncus se quam semper libero”
by Namquam Adipiscing
Delete this widget from your Dashboard and add your own words. This is just an example!

Anak-anak kita...

|

29 October 2008

(...anak-anak kitakah yang memikul beban kesilapan kita?, hingga dia tak kenal budaya canggung bangsa sendiri. Selamatkan anak kita, dari padang jerangkap samar, selamatkan anak kita, orde baru politikus usang...) ~ Anak-anak kita by M. Nasir

Anak-anak yang berjaya menjadi kebanggaan Ibu bapa (gambar sekadar hiasan sahaja semata-mata)

Arrghh...tension aku balik Kaherah hari itu. Bukan apa, sejak abang aku bawak balik buku Mastika, habis budak-budak yang baca buku tu jadikan rujukan untuk menempelak orang Kedah kununnya orang Kedah ni teruk, soSIAL yang tak terkawal, tadak akhlak dan bermacam-macam lagi tuduhan sumbang mereka. Jadi sebagai anak jati Kedah D.A, terpaksalah aku mempertahankan negeri kesayanganku dan semua rakyat jelata yang berada dalamnya.

Aku bukan tak setuju semua yang didedahkan dan dipaparkan. Cumanya mengapa 2,3 keluaran Mastika, negeri Kedah sahaja yang menjadi fokus utama? Bukankah dalam masalah keruntuhan moral yang melibatkan para remaja, sepatutnya mereka (media massa) lebih bersikap menyeluruh kerana masalah yang datang adalah dari seluruh pelusuk negara Malaysia? Atau apakah Mastika mempunyai agendanya tersendiri bila menjadikan negeri yang diperintah pembangkang sebagai fokus utama? Atau apakah aku yang terlalu bersifat ke"NEGERI"aan apabila bersungguh-sungguh mempertahankan negeri yang aku cintai dan sayangi. Argghh...aku tertekan...aku tidak sama sekali mahu dituduh sebagai seorang yang mempunyai semangat kenegeriaan yang melampau-lampau dan meluap-luap hingga tidak mampu menelan pahit walaupun ianya adalah kebenaran...tension...tension...tension. Apa yang aku mahukan adalah Keadilan, Keadilan, Keadilan (bukan Parti Keadilan, tapi tiru gaya percakapan hang jebat dalam filem P. Ramlee tu) dalam menyampaikan berita dan maklumat kepada segenap alam.

Memang tak dinafikan, sekarang media massa di Malaysia khususnya sedang berhadapan dengan masalah dalam menyampaikan berita yang benar. Mereka seolah-olah terpaksa atau sudah menjadi trend untuk menulis berita-berita yang memburukkan orang. Apa yang lebih dahsyat apabila berita bohong yang disampaikan itu diterima oleh rakyat dan dijadikan pula sebagai hujah untuk menempeleng dan menempelak pihak-pihak tertentu, seperti terjadi terhadap diriku sewaktu balik ke Kaherah. Nasib baik la aku berjaya menerangkan keadaan sebenar kepada mereka. Walaupun nampak dari mimik muka macam tak puas hati, namun mereka berdiam seribu bahasa...huhuhuhuhu...(jangan marah).

Berbalik kepada soal keruntuhan moral yang semakin menjadi-jadi di negara kesayangan kita, Malaysia. Anak-anak remaja sekarang lebih terpengaruh dengan gejala negatif yang dibawa oleh barat khusunya. Mereka seolah-olah hilang pedoman dan pegangan apabila dengan bersahaja dan penuh bergaya memberikan diri mereka untuk dipergunakan oleh syaitan durjana yang sudah tentunya semua ini adalah agenda dari musuh Islam dalam menghancurkan ummat Islam dari akar umbi.

Namun siapakah yang sepatutnya lebih bertanggungjawab dalam hal ini? Institusi keluarga menyalahkan kerajaan kerana gagal mengawal dan mewujudkan suasana yang positif dikalangan remaja. Kerajaan sebagai pemerintah negara, kata mereka, yang betanggungjawab menyediakan kemudahan dan ransangan supaya anak-anak remaja rosak dengan menganjurkan program-program yang tidak berfaedah dan tidak dapat membantu institusi keluarga lansung dalam memberikan asuhan dan didikan kepada mereka. Kerajaan pula dengan tegas menyeru seluruh institusi keluarga memainkan peranan yang lebih penting dalam didikan dan asuhan anak-anak mereka. Ini kerana kata mereka, anak-anak adalah cermin kepada didikan dan asuhan ibu-bapa mereka. Masakan pokok cermai yang ditanam, tetapi pokok belimbing buluh pula yang hidup (sebab kedua-dua pokok tu dulu ada sebelah rumah aku. Mungkin sebab orang tua aku suka makan masam-masam agaknya dulu).

Aku sebagai salah seorang dari jutaan rakyat yang berhak menyuarakan pandangan dalam hal ini (walaupun dalam perancangan lambat lagi nak kahwin) dan dari puluhan ribu dari rakyat Malaysia yang mempunyai blog untuk meng"UTARA"kan pandangan dan buah fikiran berpendapat bahawa institusi keluarga sepatutnya lebih bertanggungjawab dalam hal didikan dan asuhan anak-anak. Ini kerana, berdasarkan dari hadis Nabi Muhammad S.A.W yang mana baginda pernah bersabda yang bermaksud : "Setiap bayi yang dilahirkan adalah dalam keadaan fitrah (suci bersih/Islam), maka ibu bapanyalah (yang berperanan) menjadikannya (samada) Yahudi, Nasrani atau Majusi ), dan banyak lagi hadis Nabi yang secara jelas menegaskan bahawa pendidikan dan asuhan adalah bermula dari institusi keluarga itu sendiri.

Tetapi secara peribadi aku tidak menolak satu kenyataan iaitu, kerajaan juga sepatutnya lebih bersikap membantu dan bekerjasama dengan institusi keluarga dalam membentuk dan mencorak anak-anak bangsa. Membantu dalam memperkasakan institusi keluarga bukan membantu untuk meruntuhkan institusi keluarga!!! Zaman sekarang anak-anak lebih terpengaruh dengan suasana keadaan diluar rumah. Suasana didalam rumah sekarang berbeza. Kalau dahulu suami di tempat kerja isteri sebagai suri rumah yang setia menanti dan menjaga anak-anak. Tetapi sekarang (tuntuan zaman agaknya), dengan keadaan keperluaan rumah yang terpaksa menyebabkan kedua-duanya berpisah dari anak-anak yang akhirnya menyebabkan si anak merasa bosan dengan situasi dalam rumah seterusnya lebih suka untuk berada di luar rumah. Di luar rumah pula, dunia mereka lebih luas dan kununnya tidak dikongkong oleh mana-mana pihak, nakkan kebebasan, dengan keadaan soSIAL yang tidak terkawal dan betapa mudahnya kemasukkan anasir-anasir jahat dari luar, dengan keadaan masyarakat yang lebih suka membuat hal sendiri (kununnya tidak mahu menjaga tepi kain orang sebab busuk) dan KERAJAAN atau PEMERINTAH yang sibuk hendak mengekalkan jawatan atau kerusi empuk masing-masing yang akhirnya mengakibatkan anak-anak bangsa lebih suka untuk mengikut jejak syaitan yang direjam.

Bila timbul satu gejala negatif yang sudahpun merebak entah sampai ke dalam mana, maka sibuklah institusi keluarga dan kerajaan bertekak yang seterusnya menimbulkan ketegangan yang membawa kepada bencana yang tidak dapat aku gambarkan kat sini (sebab tadak gambar nak capture). Keluarga menyalahkan kerajaan, kerajaan menyalah keluarga. Rakyat lebih suka berdiam seribu bahasa. Ahli-ahli potilik yang berpolitiKING sibuk hendak mempertahan kerusi masing-masing, dan yang paling bangang adalah sikap beberapa pihak yang sibuk ampu-mengampu kerajaan.

Dalam hal ini, sepatutnya pihak-pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung khususnya institusi yang beragama Islam perlulah mengamalkan tatacara hidup apa yang telah diajarkan oleh Islam. Islam adalah jalan penyelesaian. Dengan Islam kita mampu mencorakkan dan membentuk masyarakat yang harmoni dan sejahtera. Institusi keluarga perlu memperkasakan lagi kekeluargaan sesama mereka. Kita ada Al-quran dan Sunnah Nabi, mengapa kita tinggalkan kedua-dua di belakang kita? Kerajaan pula (yang tinggal nyawa-nyawa ikan), jikalau tidak bersikap adil dan saksama tunggulah bencana dari Allah s.w.t. Jikalau ibu bapa merupakan ketua kepada anak-anak mereka yang bakal dipertanggungjawabkan dihadapan Allah s.w.t satu hari nanti, maka kerajaan pula adalah ketua kepada masyarakat yang sudah tentunya akan diperhadapkan di hadapan Allah s.w.t satu hari nanti. Jika apa yang anda jalankan hari ini adalah benar dan berasaskan kepada apa yang disuruh oleh Allah, maka bergembiralah pada hari itu nanti. Tetapi jika sebaliknya.....TUNGGU LA, TAKDAN BERAPA HARI LAGI....

P/S: Bekerjasama dalam kebajikan, bukan dalam kemaksiatan.

3 comments:

Anonymous said...

salam ustaz Min. rasa rendah diri tiba2 menyelubungi diri ini tatkala membaca tulisanmu. TAHNIAH. teruskan lagi

Anonymous said...

media lani suka bukak cerita.. cerita buruk cukup suka cerita.. perangai pa taktau.. kira nak untung kot cerita buruk orang saja..

negeri mana dia bukak cerita tu takdak masalah sangat. tp yg suka bukak cerit buruk tu yg tak syok.. sama la utusan ka berita harian. bukan takat mastika tu saja majalan kecik suka cerita hantu tu.. hat penyebar fikiran rakyat pun serupa.. kira cerita bunuh, rogol, curi, kapak.. hat tu ja.. kira boleh modai kot tu la.. mana ada modai nak cerita baguih2..

xlarat komen byk2...

Anonymous said...

ni yg jebat dok derhaka nie...bleh depa kutuk kedah noh meen...saja xmau bahagia...hehe...ala....kita pon x nafi la...selagi mn ada manusia kat muka bumi ni msti ada kemngkaran punya..cuma.. xsedap dgr jenis menambah lebih2 nie...siap mastika pasni.. amuk jgk kang..hehe....raaaw!!...nasi tambah tu kenyang depa kata meen...kih2...