About This Blog

“Maecen tempu tel lus egetof condimentum rhoncus se quam semper libero”
by Namquam Adipiscing
Delete this widget from your Dashboard and add your own words. This is just an example!

Imtihan habis....

|

2 June 2008

Imthihan fasal ke-2 Tahun Pertama aku dah menemukan noktahnya. Seronok rasa...bahagia...macam dah tadak beban kat pundak bahu nak ditanggung dan dipikul. Entah la nak cakap macam mana...

Tapi yang pastinya perjuangan belum berakhir...Mungkin ianya baru suku atau tak sampai pun suku...masih banyak lagik cabaran dan rintangan yang perlu ditempuhi...Ilmu yang ada didada masih diparas bahaya...banyak cerita lagik la pendek kata...

Apapun, cuti kali nih aku berazam nak jadikan cuti yang bermanfaat kat diri aku...selama hampir 4 tahun aku kat Bumi Barakah nih, habis cuti aku gasak dengan benda-benda kurang bermanfaat...bukan tadak langsung...cuma kureng...

Hati berdebar jugak tunggu keputusan, nak mengharap tinggi puncak gunung pun, usahanya ciput nak mampuih, serba tak kena aku. Apapun yang menanti, aku perlu telan, semuanya yang terhasil dan terjadi adalah hasil dari tangan dan perbuatan aku sendiri, mana leh salahkan benda lain. Sebagai manusia, kena amik la apa yang dah ditakdirkan, kalau manis, Alhamdulillah...kalau sebaliknya...terima seadanya...semuanya dari Allah, mesti ada hikmah, boleh amik sebagai pedoman dan panduan. Yang pastinya, Allah selalu bersama dengan hamba-hambaNya yang bertaqwa dan beramal soleh. Allah tidak pernah akan meninggalkan hambaNya. Cuma hambaNya sahaja yang terkadang berpaling akan rahmatNya.

Slamat...

0 comments: