About This Blog

“Maecen tempu tel lus egetof condimentum rhoncus se quam semper libero”
by Namquam Adipiscing
Delete this widget from your Dashboard and add your own words. This is just an example!
0

Melizziaaa...

|

20 July 2010

Sudah 2 minggu berada di Malaysia. Setakat ini tidak ada lagi aktiviti-aktiviti menarik yang dilakukan melainkan....tidoq. Entah bila aktiviti ini akan berakhir, tidaklah aku mempunyai ilmu akannya. Mungkin juga sehingga kaki ini bisa melangkah dengan lebih panjang dan pandai mencari arah tujunya sendiri. Bila? Entahlaa...

Kepulanganku ke tanahair kali ini tidak banyak bezanya kalau nak dibangdingkan dengan cuti yang aku habiskan 2 tahun yang lalu. Cuma kali ini, anak-anak buah sudah besar panjang. Maka lahirlah berbagai-bagai telatah budak kecik dari mereka yang sememangnya kecik dari segi umur dan tubuh badan.

Keadaan suasana sekeliling juga tidak banyak berubah. Sepertimana aku tinggalkan 2 tahun lalu, sebegitu jugalah rupanya disaat ini. Cumanya, cerita sanak-saudara banyak yang aku ketinggalan. Sepupu-sepapat yang dahulunya menjadi rakan sepermainanan, kini sudah mampunyai kerjaya yang boleh membanggakan. Hal yang paling mengembirakan, ada juga yang memilih untuk menamatkan zaman bujang mereka tidak lama lagi. Adapun aku....?

Politik Malaysia masih lagi serabut dan semakin hari semakin bertambah serabut. Hal keserabutan itu tidak hanya memberi impak kepada mereka yang sedang berpolitik, tetapi tempiasnya turut dirasakan rakyat marhaen di Malaysia. Hari demi hari, keadaan terus dicemari dengan pelbagai karenah yang memuakkan. Rakyat terus menanggung beban. Kos sara hidup semakin lama semakin mencapai tahap meruncing dan merunsingkan. Namun itu semua seolah tidak dipedulikan mereka yang berada di atas sana.

Untuk menghadapi hari-hari yang mendatang yang lebih cerah dan selesa, sememangnya transformasi perlu berlaku. Transformasi dari buruk kepada yang baik bahkan lebih baik. Paling penting adalah, transformasi daripada terus jauh dan jauh dari Allah kepada pendekatan kepadaNya yang sudah semestinya akan terus mengundang rahmat dan anugerah daripadaNya.

Sekian.